Misi Sukarelawan Aceh Part 1

Bismillah .

Fuh bersawangnya blog ni . Astagaa . Takpelah meh kita update sikit entry since lama dah sangat menyepi . Ni pun terasa nak update sebab ada yang tanya-tanya pengalaman masa menyertai misi sukarelawan di sana . 

Awkward gila weii  nak menaip . Nak start pun tak tahu guane . Hahah. fuhfuh . Takpelah halal lah eh kalau ayat tunggang langgang masa hangpa baca sat lagi . 

Klia 2

So first masa tahu pasal bende ni bila dapat info dari group kelas . Masa bacatu memang interested gila lah sebab weii Acheh kot dan untuk 6 hari dan weii misi sukarelawan . Orang kata sambil menyelam sambil minum air . Mula ajak juga rakan seUnisza tapi sebab kan beberapa faktor memang tak da geng lah yang sekali . Time ni dah redha dah sebab pi sorang dengan tak da geng , tak kenal sesapa .

Sekali bila dia kata boleh ajak orang luar dari unisza , memang terus ws beberapa orang kawan and yesss my best friend since primary ( Aina ) interested but masa tu belum bagi kata putus . Waktu tu memang doa sangat dia dapat pi and Alhamdulillah dia join sekali dalam misi . heh tak dalah rasa lonely sangat .

Bayaran yang dikenakan RM 700 termasuk tiket flight , makan minum , transport , insurans and others . Tak silap unisza support lagi RM 600.  Pakai duit sendiri lah  , tapi memang nak dapat izin ibu je lagi  ( tapi kene lupakan nak beli laptop baru lah . hahahaha ) . Sebenarnya memang dah save untuk pergi ke Korea tapi kene lupakan dulu lah citernya ( in wishlist , hoho ) .

So let start on date  24/8

Rombongan kami terdiri daripada 17 orang pelajar ( 3 orang lelaki, 14 orang perempuan ) , 2 orang guru pengiring iaitu pensyarah ( En hafiz ) dan pegawai hepa ( puan muza ) . So since kami time tu tengah  semester break dan bukan semua asal dari terengganu, jadinya ada 10 orang yang naik bas dari terengganu dan kami yang luar terengganu bergerak dari rumah ke airport .

So Aina and me bertolak dari rumah petang lagi dan berhenti di Seremban sekejap sebab kebetulan ayah Aina yang hantar ada kursus di Seremban . So we just chill kat hotel tu dulu sebab malam nanti baru gerak ke KLIA sebab kami dikehendaki berkumpul pukul 1 pagi .

Anyway kalau dari tentatif dan briefing memang first and second day kene pakai baju kurung sebab kami akan membuat lawatan ke dua buah universiti dahulu . So kami ni dengan gigihlah sampai airport dengan baju kurung . Siap kene tegur ayunya dengan orang yang lalu sebelah kami -.-



Pergh panjang kan mukadimah . Dipendekkan cerita kami bermalam di airport . Duk tepi je tido ( memang tak tido mana lah kan ) . Pukul 2/3 gitu kami dah sibuk timbang berat beg masing-masing sebab takut terlebih kilo plus dengan nak bawak barang sumbangan lagi . Dan ceritanya memang terlebih kilo . But Alhamdulillah semuanya settle .

25/8


Airport Aceh 


Tak duduk seat tepi pun ( act memang dapat seat tepi ) tapi takpelah bagi chance lah budak tu duduk . Janji dapat ambik gambo macam ni cukuplah . I love this moment . Sebab rasa awan tu macam gula kapas. Yummyyy . 


Aceh here we go ! 

Tempat pertama yang kami pergi selepas tiba di airport ialah kuburan massal . Berasal dari perkataan inggeris iaitu "mass" yang bermaksud beramai-ramai . Di sinilah antara perkuburan yang terbesar untuk mangsa tsunami . Terdapat 3 lapisan tanah dan perempuan lelaki bercampur kuburnya kerana mayat tidak dapat dicam lagi . Mayat-mayat ketika itu hitam legam dan kembung sehingga identiti tidak dapat dikenal pasti . Tiada jugak sebarang tanda . Hanya tanah lapang yang terbentang . Dalam kuburan ini terdapat lebih 40000 ribu mayat . Allah :'(  . Al-fatihah kepada mangsa-magsa tsunami di Acheh . 

Selepas ke kuburan massal destinasi seterusnya ialah ke " kapal atas rumah " . Masa sampai tu macam wooo camana lah kapal ni boleh ada atas rumah . Kalau kita dengar cerita mengenai ni memang rasa " subhanAllah , besar sungguh kekuasaan Allah " . Kapal ini telah menyelamtkan kira-kira 57 orang penduduk kampung tersebut . Kapal tu sebenarnya rosak/ ada bocor tapi dengan kuasa Allah , kapal yang tiada nakhoda itu telah digerakkan menghampiri sebuah rumah yang menjadi teduhan penduduk tersebut . Waktu tu rumah teduhan mereka itu yang setinggi 2/3 tingkat ( lupa ) dah ditenggalami air tapi waktu lah kapal ni telah dihanyutkan menghampiri mereka dan akhirnya mereka terselamat di atas kapal ini ketika tsunami . Serious2 kalau dengar depan-depan rasa macam ya Allah , hebat-Nya kekuassan - Mu . Kalau tanya dekat penduduk kampung yang terselamat pun mereka akan cakap " Semua ini berlaku hanya dengan izin Allah "

Ada satu lagi kisah seorang ibu menceritakan kepada kami bagaimana dia terselamat dengan bergayut pada dahan pokok kelapa . Ibu ini sangat terkenal di Malaysia jugak sebab selalu bagi talk di Malaysia . Suami beliau pun ada tulis buku tapi tu lah lupa jugak apa nama dia . hoho . Kalau pi boleh lah beli buku-buku yang dijual di situ . Duit Malaysia jugak boleh guna kat sini masa beli cenderahati .
Seterusnya, kami lalu di perkuburan Makam Syiah Kuala . Ni bukan " syiah " yang hangpa paham tau, yang ajaran terpesong tu . No no . Sebutan dia pun ada lain sikit . Syiah disini bermaksud syiar ataupun syariat . Gitu lah . Dan makan ni sebenarnya tepi laut but dengan kuasa Allah masa tsunami tak terusik langsung makan ulama syiah kuala  ini . Padahal memang sebelah laut weyhh . Sungguh Allah akan sentiasa melindungi wali-wali-Nya .

Okay perut pun dah lapo kan ? Apo lagi kit makan lah dulu . Tekstur nasi dia macam lembut-lembut macam pulut sikit but overall sedap je . Hoho den tolak sayur je pun . Tapi air dia pelik sikit sebab tak tahu lah jus apa dia buat tapi rasa macam air batuk tapi tu lah den minum je . 

Lepas dah makan kami pulang ke hotel untuk check in . Gambo hotel tak da pulak . Nama hotel kami " Hotel 66 " . Well depan hotel tu A&W and sebelah tu tempat game . Okay mula den takut jugak lapo kat sana sampai bawak maggie tapi lepas tengok A&W dekat hotel tu rasa macam tak lah risau mana . So solehah dapat 1 bilik yang dua orang kat tingkat bawah . Ofcourse lah duduk dengan Aina . Memang terlentang lah sekejap sebab penat sangat . 

Petang selepas solat zohor di hotel , kami telah mengadakan lawatan di fakultas ekonomi dan bisnes islam di Universitas Al Raniry .


Dialog perbincangan di mulakan . For me, perbincangan yang dikemukan sangat menarik . I m so excited masa dengar tu mungkin sebab banyak kaitan dengan kos kewangan Islam . Sebab sekarang Acheh telah mengunakan sistem perbankan Islam dengan meluas . Tapi tulah silap diri sebab tak buat research lebih jugak pasal bende ni. Haish but serious nak tahu banyak lagi . Serious menarik .

Selepas habis je lawatan ke Universitas tersebut kami pulang semula ke hotel untuk berehat .


Tadaaa. Ni untuk makan malam . Serious cakap makan sumpah heaven kat sini . Banyak gila makan kat Aceh ni . Okay dah rindu  masakan kat sana -.-'

So yes hambis dah entry for part 1 . Pheww sebabkan lama tak menulis rasa panjang dah entry ni . Okay doakan sis rajin nak sambung lagi part 2 okay . Hoho . Boiii . Assalamualaikum :)

Terhasilnya channel LTL


Assalamualaikum guys . Dalam entry lepas dah bagitahu kan yang ceq dah buat satu channel di telegram ? Nama channel Langkah Tanpa Lelah (LTL) . Sebenarnya tak sangka ada sambutan dengan channel tu . Tak layak nak kata tu channel dakwah yang gah cuma orang kata trying to spread the good vibes :)

Okayy, meh share sikit apa maksud good vibes dari urban dictionary

meaning all of the people, places, ideas, and possibilities that evoked positive, safe, happy sensations. Good vibes indicated a "green light, go for it" type of decision and described synchronicities, beneficial encounters, and sensations of protection and grace

Spread ibrah lah kirahnya jugak . Share peringatan dan sebaginya . Untuk diri jugak kan sebab bila kita nasihat orang , kita jugak tengah nasihat diri kan ? 

Dan kadang rasa bersyukur Allah gerak kan hati masa nak create channel . Sebab lepas tu , ada beberapa orang yang berkongsi masalah dan sebagainya , and time tu lah rasa " Ya Allah, baiknya Kau " .  Ingat , Allah tak akan menguji seorang hambaNya melebihi kemampuan yang ada pada diri kamu . Keep strong okay dan silakan pm ceq kalau nak berkongsi cerita dan sebagainya .

Jadi hari ni share post pertama yang ditulis pada 26/11/2015 di channel . Semoga bermanfaat naa ^_^

Langkah tanpa lelah ?

Memang fitrah dalam kita melangkah ,
Kita akan rasa lemah ,
Kita akan rasa futur (give up) .

Ini dalam konteks langkah dalam berhijrah,
Kadang dalam kita melangkah juga ,
Kita pasti akan terjatuh .

Sakit bukan ?
Ini kerana mungkin langkah yang 
Dihayun terlampu laju tapi tak istiqamah .

Ye lah ,
Hatta bila kita berjalan pun,
Biarlah slow tapi istiqamah , 
Laju nak buat semua benda sampai 
Lupa nak kekalkan momentum .

Kan ?
Jadi formulanya 
Dalam melangkah menuju lillah ,
Perlu istiqamah 

Dan bila kita rasa jatuh ,
Kita rasa nak give up ?

Erk, jangan sahabat ,
Langkah ini menuju lillah ,
Langkah ini perlu diteruskan ,

Sampai bila?

Sampai kita melangkah ke dalam syurga :)

okayy tu saja nak share hari ni . Terima kasih ya yang still di blog ni . Stay tune ! Fi Hifzillah

part time freelance writer



Assalamualaikum and hai semua. First entry untuk tahun 2016 . So since dah lama tak menulis di blog ni , rasa awkward sikit lah , sampai tajuk pun blur nak tulis apa .

Okay, so ceq nak habaq yang sekarang ni lebih aktif jadi " part time freelance writer " di channel telegram . Jadi mai join channel , search je di telegram :

                                                     @langkahtanpalelah

Tak tahu macam mana boleh terlintas nak letak tajuk channel tu . But thank you buat semua yang support channel ni . Sebenarnya one of reason kenapa wujudkan channel ialah sebab nak mujahadah dengan diri supaya tak menulis benda yang lagha . cehh 

Since dah deactived laman sosial seperti wechat, twitter and facebook . Wechat and facebook nak dekat setahun dah deactived . Twitter dalam 5 bulan dah . Tinggal instagaram je . Rasa macam something missing bila tak boleh nak menulis atau tulis  . Tapi biarlah bukan catatan kosong jadi terhasilnya channel di telegram untuk sebarkan ibrah .

Because " Do what you love and love what you do " . Jadi ceq just do it je lah masa create channel tu sebab memang suka menulis , blogger kan . Hee..

Tapi rasa sayang kat blog ni sebab blog ni bermulanya medium untuk ceq menulis , memang lah ada lah jugak perasaan nak tukar tema sebab umur pun dah makin besaq tapi biaq pi lah . Comey apa penguin tu ? Yang penting rasa selesa dengan blog ni . So ceq tak nak tukar lah tema blog ni .

In fact , banyak catatan dulu-dulu yang dah delete . Maaf na . Lagi satu kat blog lebih suka bahasakan diri sebagai " solehah " , my name sebab rasa lagi dekat . Tapi kat channel tulis "admin " .

Dan buat yang baru follow ini , tahu link ada "saranghaesolehah " , mesti hangpa ingat ni belog cerita korea bagai . Tak tau . Lama dah tinggal semua tu cuma tak boleh nak tukar link sebab nanti follower lama tak dapat detect blog ni . Husnudzon sikit ;)

Jadi , ceq amik keputusan untuk post jugak tulisan yang ditulis di channel LTL (Langkah Tanpa Lelah ) tu supaya korang lebih senang scroll . Dan yang tak da telegram pun boleh turut baca sekali . Haa, tu je lah nak habaq .

Last but not least ,
Terima kasih buat semua yang masih support diri ini dan maaf sesangat ya atas post dulu-dulu yang banyak lagha . Moga kali ini boleh jadi medium untuk dapatkan ibrah .

Salam ukhwahfillah dari admin khai_sol . Fi hifzillah :)

simple reminder #hijrahku

Assalamualaikum guys . Sorry sangat buzy gila sebab final(PSPM) nak dekat . Doakan ceq okay ? And today nak tulis simple reminder for you and include me . Bila kita bagi nasihat , kita sebenarnya tengah nasihat diri kita juga kan .

Bismillah 

----------
Sahabat  ,
Kenapa ramai yang dah hijrah patah balik or tak nak langsung hijrah ? 
Kerana 
Tak semua orang mampu merasai kesakitan betapa seksanya nak tinggalkan maksiat dalam hidup :)

Yes , solehah faham . Sebab solehah rasa . 

Tapi sahabat , 
Bila kita melalui peritnya nak tinggalkan maksiat dalam diri,
Jangan sesekali mengaku kalah . 
Never Give Up . 
I know u can and U should stay strong ny dear ukhti . 

Dan wahai diri, 
Istiqamah(berterusan) lah dalam proses mengikis karat-karat jahiliah dalam diri sikit demi sikit . 

Tiada siapa tahu apa kita rasa melainkan Allah . 
Maka mintalah bantuan dari Allah . 
Moga Allah bantu .
Aamiin🌹

"Tiada daya dan kekuataan untuk melakukan ketaatan dan meningalkaan kemaksiataan melainkan dari Allah "

#SalamJumaat #AlKahfiJanganLupaGuys

Qawiylilahitaala # Hijrahku

Saat diri mula semakin perlahan mendaki tangga hijrah , mula ingin berpatah balik atau dengan kata lain futur , nak give up T_T

Cuba pandang belakang , setiap langkah anak tangga yang kau daki semasa hijrah dengan penuh susah payah . Kene perli , kene jihad berlawan dengan diri . Lawan separuh nyawa dengan nafsu kau :')

Memang kadang benda tu sangat disenangi oleh nafsu tapi dideritai oleh iman . Jangan patah balik . Maju ke hadapan . Hijrah demi Allah bukan manusia :)

Bila dah sampai tahap ni , mohonlah istiqamah . Mohon ditetapkan iman oleh Allah kerana iman tu memang turun naik . Jangan riak dah sampai tahap ni sebab kun fayakun kalau Allah nak tarik nikmat hidayah tu . Nauzubillah :(

Nilai nikmat hidayah Allah sungguh manis kan . Hanya orang yang merasainya yang tahu :v) Jangan sia-siakan . Terus kuat . Qawiylilahitaala . Allah sentiasa ada ..

Keep calm and strenghten your iman ^_^

| KS , 25/8 |

8 syawal


Assalamualaikum semua . Fuh cepat je masa berlalu , last post pasal " dah separuh ramdhan ni ?" . Lahh ni, ramadhan dah habis dah. Sobsob. Sungguh merindui mu ramadhan . Moga kita sempat berjumpa lagi tahun depan . In shaa Allah , kalau panjang umur . 

Well, nak ucap selamat hari rayo pun hari ni dah 8 syawal . Adush . Maaf sangat . Kekangan masa dan raya kan , takkan nak raya dengan laptop semua ? Tu yang sepanjang cuti ni , tak siap lagi semua assigment and kerja yang bertimbun T_T

Okayy, ceq nak minta maaf kat semua blogger dan reader blog ni kalau ada terkasar bahasa . Mungkin ada tulisan yang menyinggung ke . Terkasar ke . Maaf sesangat . Dan ampunkan lah post lagha dulu kala tu eh . I will try to improve myself .

Maafkan okay ? Serious ni . Tak sanggup nak merangkak kat padang masyhar nanti . Sebab nanti kita akan dipertanggunjawabkan dengan apa yang kita tulis . So, yesss , asiff jiddan 

Taqaballahu minna wa minkum

Raya dalam hidup ceq selalu ada suprise . Sedih mahupun gembira . Cuma Alhamdulillah tahun ni semangat dia lain . Dia bukan nak raya je . Macam ada sesuatu kekutaan yang lahir . Alhamdulillah Allah cause save and guide me :)

Oh yaa , lepas naik cuti raya ni solehah ada exam UPS (Ujian Pertengahan Semesta ) kat matrik . Doakan ye rakan-rakan . Cuak weyhh . May Allah ease everything . Rabbi Yassir Wala Tuassir .

Last reminder , jangan pula dah habis ramdhan ni , kita jadi malas nak baca Quran semua balik . Tak nak lah . Moga ramdhan dah berjaya memberi tarbiyyah buat kita . Peringatan buat diri yang mula lah dah maleh . Ish, ish . Tu je lah nak habaq . Tata. Fi Hifzillah semua ;)

Eh, jap nak duit raya please ? Hahaa. Okayy lah ,kalau tak dapat duit raya , tekan lah >sini< jap okay ? Mekasihhh 

Dah separuh Ramadhan dah ?



Assalamualaikum semua . Alhamdulillah dah 18 ramadhan dah . Bagaimana dengan amal dan iman ? Tepuk dada tanya lah diri , tak kan lah aku nak sia-siakan peluang sekali lagi ? Serious lah beb? Macam tentu je hidup lagi kan sampai tahun depan . Ish , dia ni asyik cakap pasal mati je .  Ehem awak orang yang mengingati tu ialah orang yang berjaya sebenarnya sebab fikirkan masa hadapan . Ye lah, masa hadapan , masa kat akhirat nanti ^^

Okay, den tak nak cakap pasal fadhilat ramadhan sebab pernah post dulu . Tak pun korang boleh google . Tapi ada beberapa peringatan yang diri  rasa sangat perlu .

Ramadhan ? Okayy, bila sebut ramadhan apa sebenarnya yang terbayang di fikiran ? Bazar ? Baju raya *ek* ? Penat sebab nanti nak puasa ? Uishh . Atau pun dalam fikiran terfikir malam lailatul qadar? khatam al quran ? Atau dah set dah nak kumpul amal sebanyak mungkin ? Allah , tanya lah hati . Kau boleh tipu manusia, tapi kau tak kan boleh tipu Allah . Tak akan....

Selama ni den perati , dah tegur pun . Allah , banyak sungguh alasan diberi . Okayy, so ceq tulis entry ni, harap boleh lah ambil iktibar jugak sebab kalau terasa tu, bahagialah anda kerana masih punya iman . Tu mungkin sekadar teguran dari Allah .



Kadang kan kita tak sedar yang kita ni banyak sangat merungut bila ramadhan menjelang kan . Macam
" malas lah nak terawih "
" ni lemah ni puasa "

Nauzubillah, kita rasa susah kita rasa sangat payah . Kenapa ye macam tu ? Okay , masa tu ada satu tazkirah dari ustaz kat Matrik Melaka , dia habaq that

" Jangan banyak keluh kesah bulan ramadhan . Jangan macam kita tak redha dengan hukum Allah . Sebab kalau Allah tarik nyawa kita masa tu, kita mati dalam murka Allah sebab kita tak redha dengan ketetapan fardhu puasa "

Shentap masa tu . Nak ke mati dalam keadaan Allah murka dengan kita ? Nak ke ? ALLAH , ceq tak nak . Nak meninggal dalam keadaan husnul khatimah ... Nak sangat . Aamiin

Maka , jangan banyak sangat merungut . Allah tahu apa yang terbaik untuk kita . Kita marah bila orang bukan Islam kutuk agama kita tapi kita sendiri tak tunjukkan yang kita ni muslim yang baik pun kan ? Ye lah, suruh puasa pun rasa terbeban sangat .

Kalau ikutkan dulu masa zaman Rasulullah, ada perang lagi . Kita ni, kat Malaysia, ada ke perang macam Palestine , Syria dan sebagainya ? Tak kan . Nikmat tu tetap ada . Jangan lah kita ni tergolong dengan orang yang dapat istidraj . Istidraj ni apa pulak dah ?

Istidraj ni ialah bila Allah bagi nikmat lagi dan lagi tapi kita makin jauh dengan Allah . Kita bahagia di dunia tapi akhirat kita akan merana ? Fikir lah, mana yang kekal ? Hidup kat dunia ke akhirat ?

Lagipun ni lah bulan kita nak tingkatkan ibadah . Tapi rasa macam sangat pelik bila orang dia tak nak langsung terawih, solat pun tak . Sedih beb sedih .

Alasan paling selalu dengar lah kenapa pelajar tak gi terawih ialah " tak cukup masa , banyak assigment " . Okay, diri mengaku bukan pelajar cemerlang (not yet) tapi kan ustaz Najib , asatizah yang pernah ajar  kat As Sofa dulu pernah pesan :

" Biarlah belajar tu berkat walaupun sedikit "

In shaa Allah weyh, kau buat solat terawih, baca Al Quran lepas tu kau study , In shaa Allah berkat . Lagipun doa orang berpuasa kan makbul .

Belajar kerana Allah kan . Lilahitaala kan . Biarlah berkat belajar ni . Tajdid niat . Tanyalah iman aku belajar ni sebab apa ? Nak redha ke murka Allah ? Nak kejayaan dunia semata ke ?

Kenapa susah sangat nak terawih ? Kenapa bila nak hujung fasa ramadhan makin ramai yang lesap ? Kenapa banyak sangat alasan ? Nanti jawab lah dengan Allah macam tu . Kau rasa kau boleh ke jawab macam tu ?

" sebab tak da masa"

Semua orang Allah bagi 24 jam jugak . Yang penting masa yang kita guna seharian tu berkat . Ni yang cakap istidraj jugak . Bila belajar ilmu dunia hingga lupa akhirat . Makin jauh dengan Allah . Allah :(

Ingat tak ceq pernah tulis ada orang datang dekat mimpi then  cakap " masa kau dah tak lama " , masa tu memang doa sampaikan lah at least ke ramadhan ini . Jadi kalau  Allah dah beri kesempatan  ini , jadi kenapa nak sia-sia kan ?

Jadi, ceq mohon buat diri dan sahabat sekalian, masih ada peluang lagi ramadhan ini untuk dimaanfatkan . Rebutlah . Hidup ni tak lama . Apa guna hidup kat dunia 1000 tahun kalau Allah tak redha pun dengan kita sepanjang umur ? *lap air mata*

Okayy, jadi in conclusion, jangan banyak keluh kesah , turun terawih , rebut kumpul amal . Moga Allah redha . Kerana " ibadah itu adalah hiburan buat seorang mukmin " dear . Cukup Allah bagiku . Cukup Allah .

Fi hifzillah :)

Berapa lama kah islam kamu ?

Assalamualaikum semua . Dis entry khas untuk kak hidayah yiong . Yes, for you my dear sister yang secara tak langsung beri impak yang besar pada diri .

Alhamdulillah , 12 Ramadhan here , and kak hidayah dah setahun menjadi muslim . Yes, she is mualaf . Dia pernah menganut agama budha and also kristian dan akhirnya hidayah Allah itu miliknya . SubhanaAllah :'D

Akak, akak ingat tak lagi masa akak cerita kisah akak masa baru masuk Islam dapat tentangan dari family semua ? Akak cerita pandangan akak terhadap muslim sebelum ni . Jujur akak, masa tu mata macam masuk bawang . Jujur akak, akak lebih sedarkan saya nikmat Islam yang saya dapat .

Hari tu puas saya muhasabah diri . Pernah ke aku bersyukur dengan nikmat Islam ? Lahir dalam keluarga Islam . Allah hu, tu nikmat yang paling besar . Nikmat iman dan islam * lap air mata *

Akak cakap akak nak belajar Islam sungguh-sungguh sebab akak nak selamatkan family akak . Akak nak family akak semua masuk Islam . Akak tak nak family akak masuk neraka . Akak nak bersama mereka ke syurga . Allah . Akak masa tu saya tersentap . Sebab selama ni saya jujurnya mengaku saya sayang keluarga saya tapi tak pernah pula saya usaha untuk menyelamatkan mereka . Akhirnya saya fikir kalau aku nak family aku berubah , aku yang kene berubah dulu . Bukankah sebaik-baik nasihat ialah akhlak ?

Dan ada satu masa kita pergi bank, keluar duit , akak cakap , akak banyak habiskan duit masa masuk Islam sebab nak beli baju menutup aurat , tapi akak kata takpe , semua tu pahala . Sekali lagi saya tersentap, sebab selama ni berkira nak beli tudung labuh, baju labuh katanya mahal dari tudung biasa . Astaughfirullah :')

yes, I know diri ini bukan rapat sangat dengan akak . Tapi akak banyak sedarkan diri secara tak langsung . Masa akak tegur pasal ikhtilat . Rasa macam ya Allah , macamana orang tak pandang serong terhadap islam ? * Baldi please * sobsob

Dan yang paling kita ingat ialah bila akak cerita masa akak dapat family angkat, dan akak pakai tudung labuh, diorang kata pakai je lah tudung biasa, yang pendek pun tak pa . Alasannya ? Akak kan baru lagi . Tabah nya hati akak .

Tapi akak , diri kagum dengan akak . Your spirit . Eventhough dah 18 tahun solehah hidup as a muslim, but layakkah diri digelar muslim ? Allah Allah :')

Kak hidayah yiong , terima kasih akak . Maaf kerana tidak menjadi contoh yang baik masa di As Sofa . Akak banyak sedarkan diri . Jangan pernah putus asa kak . Jalan ni memang payah kak . Ingat balik rasa nikmat mula-mula di jalan ini kak .

Rasulullah sendiri nak berhijrah kene susah payah . Moga kita terus berusaha jadi muslimah yang baik . Akak, uhibukumfillah . Ana sayang akak . If akak dekat , ana akan peluk akak dan cakap terima kasih kerana sedarkan diri . Sedarkan nikmat yang selalu diri lupa . Uhibukumfillah . Sungguh kak . Sungguh sayang dan rindu .

Reader yang muslim, read dis doa . Amalkan . Moga Allah kekalkan di jalan ini . Moga kita sama-sama dapat husnul khatimah . Semoga kita berjaya di dunia dan akhirat . Fi hifzillah .

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

Amin ya rabal Al alamin




Allahumma ahyina bil iman,
Allahumma amitsna bil iman,
Allahummah syurna bil iman,
Wa adkhilnal jannata ma'al iman,

Ya Allah hidupkan kami dengan iman
Ya Allah matikan dalam iman
Ya Allah bangkitkan kami dengan iman
Dan masukan ke syurgaMu dengan iman
posted from Bloggeroid

ر مضا ن



Assalamualaikum semua . Alhamdulillah hari ni dah masuk nya 1 Ramadhana yang sangat ditunggu oleh kita . Bulan untuk kita mengumpul pahala dan melipat gandakan amal ibadah .
Sebagaimana seorang penuntut ilmu sentiasa haus untuk mendapatkan ilmu . Maka seharusnya kita sebagai pendosa tanpa noktah merebut peluang keemasan untuk mengumpul pahalan berada di bulan mulia ni kan?

Ya lah, mana tahu ni ramadhan terakhir kita ? Allah sahaja yang Maha Mengetahui . Mati itu pasti sahabat . Moga sahaja kita semua meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah . Allahuma Amiin .

Just nak share pengalaman mimpi ceq beberapa hari lepas sebelum ramadhan menjelang yang buatkan rasa sangat tersentap .

Dalam mimpi tu diri nampak matahari dah terbit dari belah barat . Semua orang tengah kelam kabut . Tiba ada seorang hamba Allah ni datang kat ceq . Tahu dia kata apa ? " MASA KAU HAMPIR TIBA " . Terbangun terus  masa tu. Ya Allah . Masa kematian ku semakin menghampiri ke ? And start on that day, diri memang berharap sangat dapat sampai ke ramadhan dan dapat gunakan sebaiknya .

Alhamdulillah Allah bagi ceq peluang masih hidup :') . Bila ingat mimpi tu balik rasa diri meremang . Allah hu . Terima kasih atas ingatan buat diri yang leka .

Oh ya, buat sahabat, solehah dah uninstal wechat, facebook, twitter. Dah 4 hari dah dan masih bertahan T_T . Cuba untuk mujahadah nahi lagha . Moga diberi kekuataan oleh Allah . Sebab diri banyak leka lah dengan laman sosial ni . Whatsapp pun nak buang tapi semua inform kat situ, so tak leh ler . Tapi mula-mula tu rasa macam kosong gila phone . Hari ke 3 dah start biasakan diri . Sebab waliduna , syeikh Fuad pernah cakap kalau nak lawan hawa nafsu , salah satu caranya ialah kalau kita nak sangat makan roti canai, kita pi makan nasi lemak . Maksudnya cuba lawan, alihkan nafsu . Kita yang kene kawal nafsu tau , bukan nafsu yang kawal kita .

Ok, maybe kalau dah biasakan diri tak buka laman sosial ni, hanya akan bukak sekejap je sebab nak bukak kat internert kat HP memang payahlah .

Okayy , tu je lah , nak habaq dulu kat entry ni . Moga sahabat semua diredhai Allah dan semoga Ramadhan ini kita manfaatkan secukupnya . Bangun qiam , tadarus jangan lupa tau . In shaa Allah, doakan ceq juga untuk terus qowiy memperbaiki diri .

Eh jap sebelum lupa, tekan sini jap . Done ? hee, Alhamdulillah thanks ^^ May Allah bless all of you . Assalamualaikum . Fi hifzillah .
posted from Bloggeroid

Kopi pahit

Assalamualaikum semua . Okayy, so today just nak share satu kisah nasihat yang dapat dari sorang kawan . Deep to heart . So , selamat membaca . Muhasabah diri :)
---
Pak imam selesai mengimamkan solat. Lalu, dia duduk seketika di hadapan para makmum.
"Hari ini, tiada tazkirah...Cuma nak bertanya satu teka-teki."
Para makmum termasuk aku kehairanan. Dah buang tebiat ke pak imam ni? Aku menggosok-gosok jerawat di pipiku tanda curious tahap furious.
"Teka-tekinya berbunyi,
Dalam banyak-banyak kopi, kopi apa yang paling pahit?"
Jemaah tergelak. Ada yang menjawab,
Ni budak-budak duk sembang ni. Jawabnya KOPILIH DIA BUKAN AKU."
Pak imam tersenyum.
"Sipi-sipi. Tapi, tak tepat."
Aku pun menjegilkan mata pada pak imam.
" Dah tu, apa jawapannya?"
Jawapannya,
" Kopilih laman sosial untuk dibaca, bukan Al-Quran.
Kopilih untuk solat di rumah, bukan di masjid atau surau.
Kopilih untuk mengingat cinta dunia, bukan di hati ingat mati.
Kopilih untuk mengumpat mengata, bukan untuk berzikir dan istighfar.
Kopilih untuk menipu, bukan untuk menegakkan kebenaran.
Kopilih untuk membiarkan aurat dilihat, bukan untuk makin melindunginya dari dilihat.
Kopilih untuk glemer di dunia, bukan untuk terkenal di akhirat.
Kopilih untuk kaya dengan cara cepat, bukan untuk cari keberkatan rezeki yang halal.
Kopilih untuk hidup di bawah pemimpin zalim, bukan menaikkan pemimpin adil.
Kopilih budaya agama lain, bukan budaya agama Islam.
Kopilih untuk jatuhkan agama sendiri, bukan nak pertahankannya hingga ke titisan darah yang terakhir!"
Kami semua terkedu. Teka-teki pak imam memang pahit. Pahit sepahit-pahitnya. Pahit menusuk kalbu kami.
Aku terbeliak mata sekali lagi. Pak imam. Kau lejen suka melibas
---

Fi Hifzillah ^^




posted from Bloggeroid

Things need to make sure masa blogwalking

Assalamualaikum semua . Alhamdulillah blog dah meriah balik . Oh ya , kadang solehah lambat approve komen and balas kunjungan kat shoutbox sikit sebab sekarang nak blogwalking je dulu .

Okayy , solehah masa blogwalking , solehah perasaan ada kesilapan-kesilapan yang buat blogwalking korang tu sia-sia ? haa, sia-sia ? Camana lak tu ? Okay , so I make dis entry , supaya yang komen dekat shoutbox tu pastikan dulu a few things .

Sebab dulu solehah seronok berblogwalking , jelajah ke satu blog ke satu blog . Dah nak dekat berpuluh lah jugak . Then macam biasalah , tinggalkan link kat shoutbox . Pastu pelik sebab satu hari tu traffic langsung tak naik .

Rupa-rupanya salah link . Solehah tertinggal satu huruf . Tertulis link saranghaesolehah ke sranghaesolehah . Ye , walau tertinggal satu huruf , orang tak boleh detect . Kalau tertinggal blogspt pun tak tulis blogspot penuh pun sama gak . Make sure you link tu betul

Second , kan ada banyak jenis shoutbox sekarang kat cbox lah apalah . Contohnya kalau cbox kene letak kat link tu http:// then baru letak korang punya link . Kalau tak , tak boleh detect jugak . So, macamana nak make sure ? Lepas tekan shout tu , pastikan bila klik nama korang tu , terus link ke blog korang balik ke tak ? PENTING benda ni kalau tak sia-sia je korang jelajah . Letak http:// okay? 



Blogwalking ni sangat perlu supaya kita dapat tengok blog orang lain , amik inspirasi . Bila dah blogwalking , korang jadi reader pulak, komen lah kat entry  orang . Sebab macam solehah sendiri , sapa yang komen entri solehah , solehah konfirm akan baca entry dia balik . Bina reader yang setia dengan keep in touch with saling mengomen entry okay ?

So, I hope dis help. Bila hantar shout tu , check balik link korang . Macam kat shoutbox tu sapa yang link dia tak boleh tekan , camana solehah nak balas ? Haaa, tak ke dah rugi tu . Rugi beb rugi .
So, jadi lah blogger yang bijak yang berblogwalking sambil hati-hati . 

For new blogger , blogwalking ni bagus okay untuk kenalkan lagi blog tapi tapi kan ada beberapa bila solehah blogwalking solehah mesti mute kan suara kat laptop . Sebab kalau blogwalking mesti lah buka tabs blog banyak-banyak . Mati lah nak , kalau semua pakat pasang lagu .

Okay, tak salah pun , asalkan ada pause . Letak kat tempat yang senang untuk pause . Tapi memang sekarang kalau blogwalking solehah mute sebab lagu bercampur aduk oi . Dah malas nak tekan pause satu-satu . Dan pastikan blog korang tak terlalu berat . Simple pun tak pa okay ? Macam blog solehah yang simple mimple ni ^_^

Last , solehah ingatkan lagi CEK URL BLOG awak semua balik bila berblogwalking . Pastikan safelly linked . Okay , dah mari sambung berblogwaking . Tata . Fi hifzillah :)


Psst : Camana nak blogwalking ? Korang tekan je link-link blog tu yang join segmen ke yang ada kat shoutbox ke. Seronok  okay tengok blog orang dan baca kisah mereka :3

Stoking dan aku #HijrahKu


Assalamualaikum semua . Ni first entry solehah nak kongsi pengalaman solehah sendiri dalam proses hijrah . Dis is my blog , so yes perlu diingatkan , kalau setiap kali nampak post solehah ke apa rasa nak mengutuk ke apa, tutup je lah . Cuma tak nak awak tambah dosa dan sedekahkan pahala awak kat saya . So, saya ingatkan . Saya hijrah bukan untuk dapat redha manusia especially awak sebab saya nak redha Allah . Redha Allah okay ? :)

So, why nak tulis entry ni ? Nak menunjuk yang awak dah baik lah sekarang ? Uish awak . Husnudzon lah . Husnudzon ? Jadah apa tu ?  Husnudzon tu ialah bersangka baik sesama manusia

Sebenarnya solehah ada baca satu quotes dari #TarbiahSentap . Okay quote dari ahli psikologi dia kata macam ni 

" Cara terbaik untuk kau berubah ialah kau bagi tahu satu dunia yang kau nak berubah , dan kau ajak orang lain berubah . Supaya , bila kau tak berubah , orang akan tegur kau dengan mengatakan : "Kau kata kau nak berubah ? kenapa kau tak berubah ? "

So, bila satu hari solehah cuba nak jadi macam dulu balik , tolong ingatkan solehah balik okay ? Okay, umum nya kalau sesiapa yang rapat atau satu sekolah dengan solehah tahu solehah dalam proses hijrah kan . Sampai kan ada yang tetiba WS solehah tanya kenapa drastik sangat berubah -_-

Solehah bagi analogi macam ni kalau kau tengah bina satu tingkat bangunan , orang akan macam pandang " alah, apalah sangat " . Tapi cuba kalau kau dah bina sampai 100 tingkat ? Orang baru akan pandang kan ? Tapi tu pun akan ada mulut-mulut yang mengata . 

Macam tu lah hijrah solehah . Sebenarnya step by step , sebab sebelum ni solehah fikir nak hijrah kene dari segi pakaian , ala yang "nampak macam simple " tu . Hahahah, weyh dulu solehah rasa ala senang je . Sebenarnya "Nak kekal dan jaga hidayah adalah lagi sukar dari mendapat hidayah " .
 Istiqamah iaitu berterusan .

Nak ingat balik kan , masa form 3 , solehah try pakai tudung labuh , pastu tak pakai stoking or handsock . Dengan yakin kata nanti lah baru pakai . Sebab tu tak kekal hijrah tu . Sekejap je. Adoii so childish solehah . 



Ok, since when solehah start pakai stoking secara istiqamah ni ? Since ada peraturan asrama oleh Naqibah kata sapa tak pakai stokin kene denda . Solehah sekolah teknik bukan sekolah agama tapi ada je panggil sekolah Teknik Melaka yang paling macam beragama sebab ye lah warden kami Ustazah Nik . Tapi peraturan ni masa solehah dah form 5 .  Kiranya baru tahun lepas terbuka sikit-sikit hati . Well, ada je yang ambil sambil lewa tentang denda tu tapi solehah amik tu sebagai pendorong .

Sebab bila flashback ada satu malam tu , yang kene histeria kat surau . Benda biasakan bagi budak asrama kalau histeria ni ? Solehah tak lah kene yang meraung-raung tu . Cuma rasa sangat lemah bila mereka baca surah tu sampai nak muntah-muntah . Tak nak cerita apa yang jadi kat solehah masa tu . Tak nak ingat . Hee.. So masa seorang naqibah ni iaitu Epa dia papah solehah , dia bawak gi tempat kasut solehah .  Masa tu dia tanya "eh tak pakai stoking ? Nanti pakai stoking tau " . Tak tahu kenapa solehah macam ayat tu yang solehah paling ingat .

Masa form 5 kan banyak habiskan masa kat asrama , so citer dia , dah terbiasa pakai stoking . Mula-mula rasa macam aduh , malaslah . Tapi pujuk hati sebab pesan Imam Ghazali " Paksalah hati mu untuk buat kebaikan . Dan semoga nanti kamu ikhlas laku kannya " . Kawan-kawan ada jugak yang "Pakai stoking beb ? " tapi kau kene kuatlah . Nak down jangan lelama beb . Nak tahu lebih lagi ? Sinii

So, bila balik rumah , bila keluar tak pakai stoking rasa macam kaki kudung. Macamana kau rasa tak da kepala kalau kau dah terbiasa pakai tudung , macam tu lah jugak rasa kalau pakai stoking dan kau dah terbiasa .

Okay, solehah just nak share pengalaman . Basically 

Yang wajibnya bukan pakai stoking.. tapi wajib tutup aurat.. nak tutup aurat kaki, tak semestinya dengan stoking . Macam tudung . Nak pakai selimut pu boleh kan . Hee .

Faham dah kan ? Korang boleh search lagi . Solehah pun kadang susah gak nak jaga aurat kaki ni kan tapi cubalah . Moga terus istiqamah . Solehah fikir macam ni lah 

Sebenarnya seorang wanita itu tahu auratnya . Sebab bila dia nak solat , dia pakai telekung . Bila kain telekung  tak tutup kaki , dia tahu yang dia kene jugak cari kain yang tutup kaki .

Awak, sedar benda itu kan? Nak muhasabah pakaian kita tutup aurat ke tak , kalau masa darurat , dah tak da telekung , dengan pakaian kita tu , boleh tak kita solat ? Simple :)

Okay , alhamdulillah itu jelah perkongsian solehah pasal stokin ni . nanti jumpa lagi dekat entry #HijrahKu lagi . In shaa Allah . Tapi jangan lupa klik sini okay ? Syukran ^_^ 



Firman Allah yang bermaksud:



"Hai anak Adam, sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat." [Al-A'raf 7:26]

Takwalah yang memotivasikan wanita sama ada patuh atau angkuh dengan suruhan Allah SWT ini. Tepuk dada tanya iman. Jika iman masih malap, terangkan hati dengan ilmu dan amal. Fi Hifzillah 

WW#37 Discipline

#AutoPost

WW#36 Just Be Yourself


Blogger



Assalamualaikum semua.. Fuhhh,berhabuk kan blog. Gila lama tak bukak. Aish,thanks lah kepada sesiapa yang sudi support solehah jadi blogger balik. Ingat solehah lagi tak ni? Sorry sangat. Salah solehah ,asyik leka dengan FB sampai lupa blog.. I'm sorry.

Serious,hari ni rasa macam serba salah . Macam dah lamanya tak tengok blog. Medium yang solehah gunakan setelah sekian lama. Sebab solehah ada FB pun lepas PMR. So,blog is my number one and only one .. Haha,sweet tak? K,poyo. By de way,Hari ni solehah nak bincangkan apa pentingnya dan kelebihan kita sebagai blogger ,terutamanya dalam menyampaikan maklumat atau pendapat kepada masyarakat. .

 First , percaya atau tak , orang boleh detect "kematangan" kita melalui cara kita menulis sama ada  menulis menggunakan akal atau sekadar membuta tuli dan mengikut kata hati . Contohlah kan,kita tak suka sesuatu benda tu,kita bash dia teruk-teruk and tulis yang jahat-jahat pasal benda tu tanpa fikirkan perasaan orang lain. Itu tak ok . Everyone had their own opnion ,dear . Jangan tutup hati awak untuk tengok dan dengar pandangan orang lain juga. . Kita kene sedar tak mungkin semua orang boleh terima pendapat kita. So,nak buat apa? Keep calm and stay cool .



Orang takkan respect kita ,kalau kita asyik nak mencaci bagai sebab orang tahu yang kita menulis tu sekadar mengikut kata hati tanpa bimbingan akal yang jelas. Sorry,kalau solehah salah. Tapi ada orang cakap "matang dah cara solehah berblog" . Ok,solehah tak tahu betul ke tak. Tapi,thank you. Just solehah nak nasihatkan kalau marah ,jangan tulis entry dulu. Sabar . Sebab kita akan tulis apa yang kita rasa kita betul je :)

Satu lagi kepentingan blogger ialah you can change reader mood with your awesome entry.  Ok,kalau lah reader awak tu tengah putus harapan , tak nak hidup lagi dan so on, then tiba-tiba dia terjumpa entry awak pasal semangat . Trust me, tu boleh inspire dia. Kalau kita tulis pasal kesusahan hidup kita, rindu kat seseorang ,mood reader juga akan jadi sedih kan? So,sebenarnya bila orang membaca entry kita biarlah orang tu dapat merasai mood kita. Bagaimana? Senang je, yang penting kita ikhlas ketika menulis entry itu. Ikhlas untuk berkongsi sesuatu yang kita tahu ^_^

Penulis juga adalah manusia yang dekat kepada neraka. Mereka sudah melangkah sebelah kakinya ke neraka saat mereka menuliskan sesuatu yang jelek dan menghitamkan hati pembaca ataupun menuliskan benci yang memusnahkan bahagia.
Penulis juga adalah manusia yang sudah meletakkan sebelah kakinya di dalam syurga,pada saat mereka menuliskan sesuatu yang mebuatkan ramai manusia berusaha menjadi hamba yang mencari reda dan rahmat Tuhan. Namun yang paling pasti , dalam semua kisah penulis, bukan semuanya kisah yang bahagia
Via baharudin bakri (Penulis yang disayang tuhan)
 Ok,biar solehah jujur. Solehah dapat idea ni selepas baca buku bahrudin bakri yang bertajuk penulis yang disayang tuhan. Serious,terbaik. Solehah rindu nak taip entry. Thanks kepada buku tu sebab sedarkan solehah and ajar solehah how to be a better writer.



Apa yang solehah dapat dari buku tu ialah, jangan terlalu mengikut prinsip kita. Jangan asyik ego dan menyangka pendapat kita betul. Semuanya back to Islam. Jadikan islam sebagai panduan bukanya hawa nafsu  semasa kita menulis entry itu . Ok,dear ? Peringatan buat diri sendiri.

Satu lagi kata-kata solehah tertarik dalam buku tu  ialah  masa ada seorang perempuan ditanya kenapa dia suka menulis. Jawapannya sunggguh menarik. Solehah tutup entry ini dengan kata-kata perempuan itu k. Tata,thanks for reading and sorry jika ada terkasar bahasa. Saya budak baru belajar ;)

Perempuan itu aslinya pemalu. Malunya ada pada mata,lalu perempuan pejam . Malu juga ada pada wajah,lalu perempuan tunduk, perempuan itu juga sangat malu pada lidah,lalu perempuan diam. Lalu di mana perempuan seperti saya mahu memberitahu rasa hati sekiranya wajah tunduk,mata pejam dan lidah diam? Kami hanya mampu mengalirkan rasa hati pada jemari halus kami ,iaitu melalui tulisan :')

P/s: komen tak approve lagi :P

Alhamdulilah,ya Allah dia atas ujian-Mu =')


Ya Allah, Ampunkanlah aku kerana menafikan hati ini.
ampunkan aku kerana menyiksa jiwa ini
Ya Allah
Sesungguhnya... Amat berat ujianMu
Namun aku tetap menerimanya dengan hati yang redha
Ya Allah
Masih bersisa duka lalu
Kini hadir luka baru... menghiris dalam ke atmaku
Bukan aku merungut
Cuma ingin ku adu.. Resah dadaku
Ya Allah
Sungguh ku tak mampu membasuh luka itu dengan air mata kurniaanMu
Bukan kerna ku tak mensyukuri kehadirannya
Namun luka ku itu terlalu pedih untuk ku basuh sekarang
Biarlah luka itu kering dahulu
Kemudian akan ku basuhnya dengan jernihnya air mataku
Dalam sujud ku padaMu

Ya Allah
Ku mohon padaMu
Kau kurniakanlah aku segenggam benih tabah
Untuk ku semai menjadi sepohon kekuatan
Yang berbuahkan semangat...
Ya Allah
Sungguh engkau lebih mengetahui apa yang terbaik untukku
Aku hanya mampu melakukan yang terbaik
Dalam berjuang merempuh medan dugaan ini
Namun yang terbaik itu
Hanya dariMu
Ya Allah
Aku mohon kepadaMu
Berikanlah aku secebis ketenangan
Untuk ku jadikan bekal di dalam perjuangan
Ya Allah
Aku bersyukur kepadaMu
Kerana dalam jutaan manusia
Engkau memilihku untuk menghadapi dugaanMu
Alhamdulillah
Diuji tahap keimanan

Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya


If what ahead scares you,

And what behind hurts you,
Then looks above,
Allah Never Fails to Help You =')

P/s:Assalamualaikum and selamat sejahtera semua.. Maaf lah mood menaip hilang lah.. Ini adalah sekadar bingkisan hati.. Memang tengah diuji pun buat masa sekarang ni. Ujian yang terlalu hebat.. Moga Allah permudahkan urusan Solehah,amin..

A big suprise for me

Assalamualaikum and salam sejahtera semua . Apa khabar? Lama solehah tak update kan? I m so sorry , biasalah buzy sikit sebab nak PMR . So, ini entry pertama bulan Jun . And I m so excited nak share satu suprise yang solehah dapat tentang my lovely penguin blog . Wing-wing excited gila ni . 

Well,apa ada dalam Yezz! bulan ni lah agaknya kan ?


Got my blog lah in Yezz!

Alhamdulillah , thanks Yezz! Sebab solehah submit je entry , then tengok bulan ni, solehah terpilih . Terkejut solehah bila tahu blog solehah masuk majalah Yezz! dan direview . Tajuk "Khairun Solehah, Si Penguin Yang Cool" . Siap ada nama full solehah dan my tagline blog "Hidup Mesti Cool" . Excited gak lah nak tengok komen Yezz! tentang blog solehah ni . 

By de way, I wanna say thanks to my friend yang inform dekat shoutbox (nurul) . Tak boleh tido malam masa tahu tu tau . Dan kebetulan esoknya kitaorang ada seminar kat sekolah . Pergi je sekolah terus pinjam majalah ni dari Kina . And semua kawan solehah dalam tu macam "Untunglahh" . Sampai segan diri . Ada yang gurau mintak tanda tangan lagi . Ceh , korang lagi famous , bukan ceq tak tahu . 



#My first reactions 

Sebenarnya baru nak buat suprise bagitahu kat ibu tapi my younger brother dah bagitau dulu. Ceh,kepoh betul . Pastu balik kampung  , ibu bagitahu diorang then semua dah berebut nak tengok majalah ni . Tapi masa diorang baca tu solehah tak da sama . Kang ada je kata " Untunglah " "Pergh" 

And solehah nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kat Kak aida sebab tolong solehah make up blog ni. . Akak,terima kasih tau,maaf lah lambat buat entry . Dia telah edit hampir 55 % and me 45 % je . Free lagi tau, sykran akak . May Allah bless you  >terjah blog akak comey<

Solehah terima banyak soalan dari diorang tanya itu dan ini. Antara soalan yang ditanya ialah kenapa penguin? Nak tahu jugak ? InshaaAllah,  tunggu lah entry selanjutnya :)

And of course solehah just nak ucapkan TQVM  kepada follower dan reader sebab sudi sokong and lawat blog ni. Hargai sesangat . May Allah bless all of you . Terutamanya geng GSF dan mama arina yang merangkap tulang belakang di sebalik group ni. Dia ni peramah dan baik orangnya.. Solehah sengih sorang-sorang tau masa mama puji solehah dalam entry lepas *blushing* . Cause geng GSF lah kebanyakkanya yang setia jadi pengomen tegar .

Last but not least, thanks again dekat team Yezz! Ehem,ehem,dah tahu ni tak tahu nak beli majalah ni ke? Hehe,murah je . Baru Rm 4.90 kalau tak silap . Beli cepat tau sebelum 18 jun 2012 .

Nak tau entry mana yang dia review? Klik link ni kalau nak baca.. >RM 50 je< dan >Demimu Lumix<

Last sekali,terima kasih semua . Yang sudi komen entry ni pun, syukran . Keep in touch okay ? InshaaAllah, Fi Hifzillah :)


WW#35 Don't lose hope


Rintihan hati seorang hamba Allah

Erti Tawakal
Ya Allah..
dalam kembara ini KAU mengajarku erti tawakal
pada lambungan dan leturan awan
ada takut dan harap
ada cemas dan tenang

Ya Allah..
terlalu rapuh rupa-rupanya imanku pada-Mu
terlalu jauh penyerahanku pada-Mu
aku takut ya Allah..
di mana aku di sisi-Mu?

Ya Allah..
pimpinlah aku
didiklah aku
terimalah aku
sebagai hamba-Mu yang yakin
selalu menyerah kepada MU
dalam apa jua keadaan 
di mana jua kedudukan
yang kuharap hanya KAU
rahmat dan pembelaan-MU
kemudi hatiku kian longlai
pelayaran ini terlalu panjang
kembara seakan tak berhujung
aku lelah..

KAUlah yang Maha Gagah
pada kelemahan dan keletihan ini..
kupohon KAU pulihkan
berilah aku kekuataan..
untuk meneruskan perjalanan


Luahan hati ini diambil dari buku motivasi yang sama dengan >entry ini< dan ditaip semula oleh Solehah.. Suka sangat dengar suara zikir dari ustaz ini..Menyentuh kalbu betul.. Betul tak?

Animated Pink Pencil