Rintihan hati seorang hamba Allah

Erti Tawakal
Ya Allah..
dalam kembara ini KAU mengajarku erti tawakal
pada lambungan dan leturan awan
ada takut dan harap
ada cemas dan tenang

Ya Allah..
terlalu rapuh rupa-rupanya imanku pada-Mu
terlalu jauh penyerahanku pada-Mu
aku takut ya Allah..
di mana aku di sisi-Mu?

Ya Allah..
pimpinlah aku
didiklah aku
terimalah aku
sebagai hamba-Mu yang yakin
selalu menyerah kepada MU
dalam apa jua keadaan 
di mana jua kedudukan
yang kuharap hanya KAU
rahmat dan pembelaan-MU
kemudi hatiku kian longlai
pelayaran ini terlalu panjang
kembara seakan tak berhujung
aku lelah..

KAUlah yang Maha Gagah
pada kelemahan dan keletihan ini..
kupohon KAU pulihkan
berilah aku kekuataan..
untuk meneruskan perjalanan


Luahan hati ini diambil dari buku motivasi yang sama dengan >entry ini< dan ditaip semula oleh Solehah.. Suka sangat dengar suara zikir dari ustaz ini..Menyentuh kalbu betul.. Betul tak?

18 2697 budak baik:

etuza said...

asalam,
Sesungguhnya pada Dia tempat memohon rahmat dan keampunan. Perbaiki persembahan maya dengan menyalur manfaat kepada umum. Syukran baca sajak erti tawakal.

~Sweet Honesty~ said...

samala kita muhasabah diri...

Cik Nur said...

terasa kerdil je diri ni bila baca bait2 ayat di atas...

zubect said...

bgus2, baca bku yg bermanfaat pd ms lpg. kalo x silap sy, imam syafie ada bg petua, kalo nk jadi org yg tajam akal, jgn buang masa dgn berbual kosong, so lbeh baik awk isi dgn menimba ilmu, tu kan slh stu cara utk beribadat. ibadat x susah, kita boleh buat kat mane2 pon :)

Nurliyana Zulkifli said...

Assalamualaikum ... ziarah kamu, terima kasih ziarah belog saya :)
done follow u

NadyaBubble said...

Suka luahan hati tu :)

NUR SABRINA FIRZANAH said...

rajin solehah nak sukantara tu kan , kalau saya takda maknaya nak masuk hehe :)

NUR SABRINA FIRZANAH said...

rajin solehah masuk sukantara tu . kalau saya takda maknanya

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

membaca itu da best (^____^)

Cik Nur said...

aik..kenapa shoubox tetibe hilang...?
susah no nak tggalkan jejak.. :)

Woofer Storm said...

Ya Allah,ampunkan kami bila kami terleka..ampunkan kami bila kami terlena..ermmm banykkan dosa kita~

Solehah Shamsuddin said...

Salam Solehah.nama kita sama ler.hehe saya dah masukkan link blog awak dlm bloglist Segar Follower.maaf update list lambat utk awk ye.Salam perkenalan.

Solehah Shamsuddin said...

Salam Solehah.nama kita sama ler.hehe saya dah masukkan link blog awak dlm bloglist Segar Follower.maaf update list lambat utk awk ye.Salam perkenalan.

Cik Nur said...

solehah..cik nur singgah di hari senin.. :)

lewat BW hari ni, cz bz sikit..huhuh

cahaya iman said...

suke la tgk header blog ni.. "hidup mesti cool" best!

nuyui a.k.a miss YUI said...

amiinnn..

@ deqla manjew said...

ada dua solehah dlm GSF kan...hihihi...

9n0L4 said...

bagus ye solehah. bace buku sementara menunggu. maksimakan penggunaan mase dgn perkara yg berfaedah. ;)

Animated Pink Pencil