Stoking dan aku #HijrahKu


Assalamualaikum semua . Ni first entry solehah nak kongsi pengalaman solehah sendiri dalam proses hijrah . Dis is my blog , so yes perlu diingatkan , kalau setiap kali nampak post solehah ke apa rasa nak mengutuk ke apa, tutup je lah . Cuma tak nak awak tambah dosa dan sedekahkan pahala awak kat saya . So, saya ingatkan . Saya hijrah bukan untuk dapat redha manusia especially awak sebab saya nak redha Allah . Redha Allah okay ? :)

So, why nak tulis entry ni ? Nak menunjuk yang awak dah baik lah sekarang ? Uish awak . Husnudzon lah . Husnudzon ? Jadah apa tu ?  Husnudzon tu ialah bersangka baik sesama manusia

Sebenarnya solehah ada baca satu quotes dari #TarbiahSentap . Okay quote dari ahli psikologi dia kata macam ni 

" Cara terbaik untuk kau berubah ialah kau bagi tahu satu dunia yang kau nak berubah , dan kau ajak orang lain berubah . Supaya , bila kau tak berubah , orang akan tegur kau dengan mengatakan : "Kau kata kau nak berubah ? kenapa kau tak berubah ? "

So, bila satu hari solehah cuba nak jadi macam dulu balik , tolong ingatkan solehah balik okay ? Okay, umum nya kalau sesiapa yang rapat atau satu sekolah dengan solehah tahu solehah dalam proses hijrah kan . Sampai kan ada yang tetiba WS solehah tanya kenapa drastik sangat berubah -_-

Solehah bagi analogi macam ni kalau kau tengah bina satu tingkat bangunan , orang akan macam pandang " alah, apalah sangat " . Tapi cuba kalau kau dah bina sampai 100 tingkat ? Orang baru akan pandang kan ? Tapi tu pun akan ada mulut-mulut yang mengata . 

Macam tu lah hijrah solehah . Sebenarnya step by step , sebab sebelum ni solehah fikir nak hijrah kene dari segi pakaian , ala yang "nampak macam simple " tu . Hahahah, weyh dulu solehah rasa ala senang je . Sebenarnya "Nak kekal dan jaga hidayah adalah lagi sukar dari mendapat hidayah " .
 Istiqamah iaitu berterusan .

Nak ingat balik kan , masa form 3 , solehah try pakai tudung labuh , pastu tak pakai stoking or handsock . Dengan yakin kata nanti lah baru pakai . Sebab tu tak kekal hijrah tu . Sekejap je. Adoii so childish solehah . 



Ok, since when solehah start pakai stoking secara istiqamah ni ? Since ada peraturan asrama oleh Naqibah kata sapa tak pakai stokin kene denda . Solehah sekolah teknik bukan sekolah agama tapi ada je panggil sekolah Teknik Melaka yang paling macam beragama sebab ye lah warden kami Ustazah Nik . Tapi peraturan ni masa solehah dah form 5 .  Kiranya baru tahun lepas terbuka sikit-sikit hati . Well, ada je yang ambil sambil lewa tentang denda tu tapi solehah amik tu sebagai pendorong .

Sebab bila flashback ada satu malam tu , yang kene histeria kat surau . Benda biasakan bagi budak asrama kalau histeria ni ? Solehah tak lah kene yang meraung-raung tu . Cuma rasa sangat lemah bila mereka baca surah tu sampai nak muntah-muntah . Tak nak cerita apa yang jadi kat solehah masa tu . Tak nak ingat . Hee.. So masa seorang naqibah ni iaitu Epa dia papah solehah , dia bawak gi tempat kasut solehah .  Masa tu dia tanya "eh tak pakai stoking ? Nanti pakai stoking tau " . Tak tahu kenapa solehah macam ayat tu yang solehah paling ingat .

Masa form 5 kan banyak habiskan masa kat asrama , so citer dia , dah terbiasa pakai stoking . Mula-mula rasa macam aduh , malaslah . Tapi pujuk hati sebab pesan Imam Ghazali " Paksalah hati mu untuk buat kebaikan . Dan semoga nanti kamu ikhlas laku kannya " . Kawan-kawan ada jugak yang "Pakai stoking beb ? " tapi kau kene kuatlah . Nak down jangan lelama beb . Nak tahu lebih lagi ? Sinii

So, bila balik rumah , bila keluar tak pakai stoking rasa macam kaki kudung. Macamana kau rasa tak da kepala kalau kau dah terbiasa pakai tudung , macam tu lah jugak rasa kalau pakai stoking dan kau dah terbiasa .

Okay, solehah just nak share pengalaman . Basically 

Yang wajibnya bukan pakai stoking.. tapi wajib tutup aurat.. nak tutup aurat kaki, tak semestinya dengan stoking . Macam tudung . Nak pakai selimut pu boleh kan . Hee .

Faham dah kan ? Korang boleh search lagi . Solehah pun kadang susah gak nak jaga aurat kaki ni kan tapi cubalah . Moga terus istiqamah . Solehah fikir macam ni lah 

Sebenarnya seorang wanita itu tahu auratnya . Sebab bila dia nak solat , dia pakai telekung . Bila kain telekung  tak tutup kaki , dia tahu yang dia kene jugak cari kain yang tutup kaki .

Awak, sedar benda itu kan? Nak muhasabah pakaian kita tutup aurat ke tak , kalau masa darurat , dah tak da telekung , dengan pakaian kita tu , boleh tak kita solat ? Simple :)

Okay , alhamdulillah itu jelah perkongsian solehah pasal stokin ni . nanti jumpa lagi dekat entry #HijrahKu lagi . In shaa Allah . Tapi jangan lupa klik sini okay ? Syukran ^_^ 



Firman Allah yang bermaksud:



"Hai anak Adam, sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat." [Al-A'raf 7:26]

Takwalah yang memotivasikan wanita sama ada patuh atau angkuh dengan suruhan Allah SWT ini. Tepuk dada tanya iman. Jika iman masih malap, terangkan hati dengan ilmu dan amal. Fi Hifzillah 

3 2697 budak baik:

Izzati Amira said...

alhamdulillah.. semoga kita sama2 kekalkan amalannya.. istiqamah okay.

Harraz Maulawi said...

Tahniah.. Moga istiqamah..

Seindah Mawar Berduri said...

Alhamdulilah....moga kita sama-sama istiqamah dalam penghijrahan... Insya Allah

Animated Pink Pencil