senyum



 Bukan kerana MUDAH, kita yakin BOLEH, namun kerana kita YAKIN pada ALLAH, semuanya menjadi MUDAH..
  
Bukan kerana hari ini INDAH, kita rasa BAHAGIA, namun kerana kita BAHAGIA, hari menjadi INDAH..

Bukan kerana semuanya BAIK kita TERSENYUM, namun kerana kita TERSENYUM semuanya menjadi BAIK...insyaALLAH..^_^

Senyum=)

RDTM: Nilai kasih sayang


Assalamualaikum,semua,hari ni solehah nak share something..Tak tau nak sebut camana tapi yang pasti ia renungan di tengah malam..Sekadar mengingati^^

’Kakak, apa maksud bagi menggembirakan orang lain itu, datang dari nilai kasih sayang?
‘Adik..Manusia secara fitrahnya dik suka gembira kan?. Tidak ada manusia yang berkata, “alangkah gembiranya saya sebab saya tidak gembira”..kan?,
Tetapi tidak semua manusia yang gembira, suka menggembirakan orang lain. Orang tersenyum kerana gembira, tetapi tidak ramai yang suka tersenyum semata-mata mahu menggembirakan orang lain..jadi dik,
Jika adik suka bahagia, adik bahagiakanlah saudara adik juga.
Jika adik suka gembira, gembirakanlah saudara adik juga.
Jika adik suka menerima kebaikan, buatlah baik kepada saudara adik juga.
Mungkin kerana itu dik, masakan paling enak bagi setiap kita, adalah masakan ibu kita sendiri. Kerana dalam masakan itulah paling banyak kasih sayang dilimpahkan, ..subhanallah,hebat kan?..sedap masakan ibu..
Masakan yang dimasak oleh jiwa penyayang yang memberi…

Indahnya hidup kita , jika manusia menghargai nilai kasih dan sayang..
Subhanallah~

Dikongsi di sini buat tatapan semula di blog ni..Nak bagitau 1 lagi fact ni,baru baca kat newspaper KOSMO

Manusia akan lupa 90% apa yang dia mimpi

Macam tu lah lebih kurang..Sekian terima kasih..Eh jap,nak  bagi feel malam2 ni,sila lah layan video ni,saya nanggis2 tengok video ni.. Bukan video lagu ombak rindu atau seangkatan denganya tapi  video yang menyetuh jiwa dan raga saya ceh,ayat skema sungguh ..btw,hayati lah,jangan lupa amik tisu sekali^^



#RDTM means Renungan Di Tengah Malam sebab entry di tulis di tengah malam^^

WW#20 Make best of everthing


WW#19 Sapa kita nak Sombong dengan Allah?

Nobody knows but Allah know better


Nobody knows all pains inside..
As everyone looks only the smile..
Hope tomorrow will be shine..
And pains go with tomorrow

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)

Reminder


Ya Allah..
 
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
 
Tukang sisir yang beriman
 
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
 
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
 
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
 
Mampukah sabarku seperti mereka?
 
Tatkala digoda nafsu dunia..
 
Entah mana hilangnya Iman di dada..

Erti Gembira Dan Bahagia
Hakikat bahagia sebenarnya lebih halus dan lebih mendalam serta tersimpan bagaikan mutiara di dasar hati. Bahagia tidak dapat dikesan oleh orang lain dengan mudah kerana bahagia itu hanya diketahui oleh pemilik hati masing-masing. Sedangkan gembira hanya pada zahir, mudah dikesan oleh orang lain dan orang lain mudah tertipu dengan kegembiraan itu. Memang kita dapat melihat senyuman di wajahnya dan mendengar tawanya, tetapi dalam hatinya menanggung duka. Dukanya disembunyikan dengan kegembiraan di wajahnya. Kerana itulah bahagia dan gembira adalah dua perkara yang berbeza.





Diuji dengan dugaan yag lebih hebat


Assalamualaikum semua,hari ni Solehah sungguh tak da mood,bermacam dugaan datang untuk menguji sampai Solehah dah terduduk lemah..Menanggis jangan kata lah.banjir melaka dah,huhu..Tapi itu lah realiti kehidupan Solehah yang Solehah kene terima dengan redha,Insyallah..Doakan lah semoga Solehah diberi kekuatan dan agar iman ini sentiasa bertambah..Sungguh Solehah rasa tak bermaya tapi bila teringat kan Allah sentiasa  bersamaku dan Insyallah dalam setiap dugaan yang mendatang ia akan menjadi kan Solehah untuk menjadi lebih tabah dan baik,Amin=')

Ok,ni Solehah nak kongsikan ayat simple tapi mengadungi pelbagai pengertiaan..Semoga ia dapat menjadi inspirasi untuk anda semua dalam hidup di bumi Allah

Sahabat itu bagai bintang di langit, walau jauh dia tetap akan bersinar. Walautidak bisa dimiliki, dia akan selalu dihati. Meskipun terkadang dia hilang, dia akan tetap selalu dihati dan akan terkenang dihati dan tak kan pernah hilang disebalik awanan yang kelam. "Sekali bersahabat, selamanya di hati". ♥
~sahabatsejati~
Wanita ibarat Kupu-kupu.

Apabila jari tersentuh sayap Kupu-kupu,
maka hilanglah coraknya.
Apabila lelaki bukan mahram,
dibiarkan melihat dan menyentuh tubuhnya,
maka hilanglah sedikit demi sedikit kemanisan diri itu.
Jagalah sebaik mungkin diri dan auratmu
kerana sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah
dan malu itu sebahagian dari iman..♥
Wanita yang matang biasanya bijak menguruskan perasaan.
Keyakinan diri adalah kekuatan dirinya yang menjadi santapan emosi. Wanita matang tidak akan membiarkan diri larut dalam tekanan perasaan hingga mengorbankan kredibiliti peribadinya. Wanita yang bijaksana mampu mengubah sahara yang gersang mejadi taman yang segar menghijau. Sesungguhnya kebahagiaan itu hadir setelah kesusahan.Rose




WW#18 Pick Yourself Up and Carry On


WW#17 blogging2x

Dah Siap kan header free=)

*Comel nya dia terkejut

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Alhamdulilah,hari saya dah boleh upload header yang telah saya siapkan..
Nanti boleh lah tuntut key?



Izyan nak yang simple dengan ada pusheen meow,so terciptalah header ini,maaf tak cantik sangat.. Blog Izyan

Ini untuk khairah..Just simple,hope u like it=)..Blog Khairah

Dan de last one is:



Nice tak?Idea saya mencurah sikit waktu ni,so header ni khas untuk hanifah..Hope sudi terima header tak seberapa ni..Blog hanifah

Edit blog:


Saya just tukar lebar entry dia and edit sikit2 je..Dan header ini pun adalah hasil tangan saya..Ok tak?huhu.. Blog Meniti Titian Pelangi

Ada lagi blog yang suruh saya tukar lagu tapi maaf ye awak,saya dah try tapi tak leh=.='.really sorry

Yang tak respond tu,hehe,tata lah ye..

Ok,kepada penerima,sila komen dulu entry ini sebelum ambil,kalau ada tak puas hati just bagitau kat entry ni key?<3




Sendiri pikirlah


Seorang Lelaki Kristian Bertanya Kepada Seorang Lelaki Muslim..

Lelaki kristian » Kenapa wanita agama kamu menutup aurat ?

Lelaki muslim » Tersenyum sambil mengeluarkn 2 biji gula² di dlm koceknye, Lalu salah satu darinya dibukakan bungkusannya..kemudian dia melemparkan kedua gula² itu ke atas lantai..lalu bertanya kepada lelaki kristian "Antara kedua-duanya mana satu yg kamu akan pilih?

Lelaki kristian » Sudah tentulah yang masih dalam bungkusan (◕‿◕✿)

Lelaki muslim » Begitulah kami melihat dan menghormati kaum wanita agar mereka lebih terpelihara dan istimewa..

(✿ ♥‿♥)♥☆•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•★♥


Cinta Abadi

 Kata Ustaz→ cinta itu anugerah
Kata Polis→ cinta itu sukar ditangkap
Kata Doktor→ cinta xdapat utk diubati
Kata Guru→ cinta xboleh utk dipelajari
Kata Hakim→ cinta xboleh dihukum
... ... Kata Orang→ cinta itu indah
Kata Rangga→ ada apa dgn cinta
Kata Radja→ benci bilang cinta
Kata Agnes Monica→ cinta xada logika
Kata Allah→ cinta itu milik-Nya ^_^
CINTA ALLAH CINTA ABADI

--█▀▀█─█────█────█▀▀█─█──█─
--█──█─█────█────█──█─█──█─
--█▀▀█─█────█────█▀▀█─█▀▀█─
--█──█─█▄▄▄─█▄▄▄─█──█─█──█─
 

Pengomen Terpantas adalah mereka=)


Assalamualaikum,awak semua..

Ok,hari tu,ada umumkan nak editkan blog @ header buat 3 pengomen terpantas kan?

1)Arishah
2)Nurul qhisteena
3)Amsran

Tapi,asa nak tambah list lah,nak genap kan 10:

4)Izyan
5)Khairah
6)Shazrizal
7)Hanifah Hidayah
8)Amy Shifa
9)Emy Zulaiha
10)Nurul ezate

semua nama dia atas, dah inform dekat korang punya shoutbox..
Korang boleh pilih sama ada nak suruh solehah editkan blog @ header,terpulang..
Kalau tak nak pun tak pe tapi sila inform key?Komen di entry ini

Lepas korang dah pikir nak suruh solehah buat apa,
sila YM - khairun_97@ymail.com -
@ skype - Gadis_Mutiara97 -
Kalau yang tak da YM @ Skype,sila beritahu detail yang awak nak di entry ini
Sekian terima kasih,kalau ada masalah sila komen entry ini=)

Contoh header yang penah saya buat boleh tengok di link ini >Klik Sini< dan >Klik sini<
Yang edit blog pulak baru 1 sebab dia adik saya dan dia nak yang simple je >Klik sini<
Tapi >klik sini< nak tengok blog saya masa ada error yang saya fixkan 

Oh ya,saya miss design blog saya yang dulu,haha:

Design Blog saya dulu:

Design Blog saya sekang:



Update:
Yang nak header tu,bagi detail ni key?


Nak tulis apa:
Nak transparent @background:
icon @ tulisan je :
Tema:
Nak tulis url blog tak?Kalau ya,sila tulis url anda:
width and height header?:

Kepada nama yang diatas,saya bagi anda respond sehingga 12 malam ni sebab nak edit mulai esok dan maybe esok solehah buzy sikit.. Kalau takde jugak sebelum malam ni, tawaran itu akan diabaikan,maafkan saya..Lagi cepat respond lagi bagus=)

Yang nak edit blog tu email saya detail such as tema n templete nak apa..Jangan lupa bagi password and id sekali..jngan risau akan buka account anda semasa mengedit saja=).. 

Sudah setahun berblogging


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,semua..Apa khabar?Sihat?Alhamdulilah..Hari ni solehah happy sebab hari ni genap 1 tahun  berblogging..Alhamdulilah . Walaupun banyak dugaan seperti blog pernah kene removed and lain2 lagi, akhirnya dapat bertahan dalam dunia blog sampai sekarang walaupun tak sefeymes blogger yang seangkatan .

Entri pertama ialah ialah Life is Like A Movie 

Dari dunia blogging ni lah saya dapat  tahu info terbaru,dapat kenal rakan blogger dan rakan pun bertambah,skill komputer pun bertambah contohnya sebab sekarang dah reti edit blog and buat header sendiri.Kalau tak memang KO lah

Templete ni pun dah pusing dia punya kod sampai jadi macam ni,walaupun templete sebenar dia lain sikit,sidebar dah melekat,dah ada button Up  dan boleh left-click dah .
#maaf tak print screen gambar blog yang dulu dan lama*lupa save

Sekarang ni  pun tengah terkejut sebab follower  dah lebih 800+,
Tak sangka kot sebab  ingat paling tinggi follower solehah sampai 500 je,
Alhamdulilah,ini semua berkat anda semua

Tima kasih tak terhingga buat follower,stalker,reader dan seangkatan denganya,
sebab sokong ,solehah tak kan lupakan anda semua=')

Jadi sebagat tanda menghargai anda semua,
Solehah ingkatkan nak kasik follower/reader blog ni hadiah ,
Tapi tak tau ape,
Jadi saya buat keputusan,
3 pengomen terpantas entry ini akan 
DIEDIT BLOGNYA atau dapat HEADER FREE
oleh saya,tapi mestilah FOLLOWER blog ni key?

So,sapa yang belum jadi follower blog ni,baik follow dan pastu komen=)
#Tinggalkan link blog anda semasa anda komen nanti

tapi jangan detak link blog anda camni: http://sayur.blogspot.com dekat ruangan komen,
Just tulis camni sayur.blogspot.com sahaja,jangan detak http:// dekat link anda semasa mengomen entry ini disebabkan faktor tertentu,Sekian terima kasih=)

With love,



WW#16 Selepas hujan ada pelangi


WW#15 Anda marah,anda rugi..

WW#14 Saya suka chocolate sebab ia buat saya happy=)

Saya bersyukur dijadikan wanita=)



Assalamualaikum semua,hari ni just nak share satu entry yang sangat menarik..Do read and komen key?

siape kate jadi wanita tu senang ..??
nak kene tutup sana , tutup sini ... tgok kalau lelaki snang jew .. pakai singlet or bju pagoda pon da ok , tade yg na bising2 swoh tutup itu dan ini kan .. klu wanita nieh , kne pkai sarung kaki bgai .. cbe sruh lelaki pkai cmtu , kompem diorang tak tahan punye ... wanita plak sume wajib d tutup kan .. tp diorang still cool jew even pkai jubah n betudung tgh panas skali pon .. hebat kan wanita nieh ...^^

siape kate jd wanita tu senang ..??
every month kot berpenyakit ... nak pegi klas pon pnye la sekse .. time tuh TUHAN jew tao cmane rase nye .. cube tengok org lelaki , na dpt penyakit setahun skali pon susa kan ... nieh wanita idop bepuluh2 taon dgn pnyakit tiap2 bulan .. huh , survive jugak kan ... tgh2 tahan sket tu pon , mampu lg tersenyum , smpai org tak tao pon dye saket sbena nye .. hebat kan wanita nieh .. ^^

siape kate jd wanita tu senang ..??
ALLAH jadi kan hati nieh lembut sgt ... mudah sgt tersentuh n di sentuh kan .. cbe tgok klu ade couple yg ptus cinte , slalu nye gurlz tu yg x dpt lupe kan cinte diorang kan .. klu lelaki plak cepat jew na psang yg baru ... pastu ble time g tgok wayang , dpt lak tgok cite2 yg tacing heart cket kan , kompem la awex tuh nangis then yg lelaki tuh bley lak lg na gelak2 ... see , betape lmbut nye hati kami kaum hawa nieh ... tp dgn hati yg lembut nieh , wanita dapat mengagumi lelaki .. kan ..?? hebat kan wanita nieh .. ^^

urm , d sebab kan susah nye na jd seorang wanita nieh .. ramai yg merajuk dgn ALLAH ..
diorang kate ALLAH tak adil ..
knape ALLAH lebih kan lelaki ..?? kenape wanita kene dengar n ikot cakap suami ..?? knape syurga wanita d bawah telapak kaki suami ..??
penuh dengan persoalan kan .. padahal jd wanita tuh sgt lah susah ..
bak kate orang , na jage 10 ank lelaki lg senang dr jage seorang ank perempuan ..

d sebab kan dioarng bepikiran negatif ni lah , kebanyakan wanita2 kt luar sane nun tak ikot perintah ALLAH .. diorang tak menutup aurat dgn alasan " alah , lelaki tu bley jew , tayah na tutup2 pon . "
diorang betepuk tampar dgn lelaki yg bkn muhrim , then sanggup gadai kan maruah diri sebab terlampau percaya dgn kekasih yg busuk hati .. diorang sanggup rosak kan diri diorang sendiri .. kesian kan .. diorang cakap diorang wat camtu sbb ALLAH tak adil ..

persoalan nye skrang , betul kew ALLAH tu tak adil dgn kaum hawa ..??
mmg betul syurga wanita terletak d bwah telapak kaki suami .. tp cube ingat balik , syurga seorang ank lelaki terletak bwh telapak kaki spew kalau bukan ibu nye kan ..
mmg betul isteri kne ikot cakap n taat perintah suami sbb seorang ank lelaki kene taat pade ibu nye 3x lbey utame dr ayah nye .. subhanallah .. adil kan ALLAH tu .. :)

ALLAH bukan stakat adil dgn kaum hawa , bah kan dye sgt syg pade kite ..
untuk lelaki , syurga isteri d bawah telapak kaki nye .. paling byk pon 4 isteri kan ...
tp kalau wanita , syurga anak2 nye terletak d bwah telapak kaki nye .. jadi nye , if dye ade 10 org anak ... bermakne 10 org syurga nye terletak pd seoarang wanita itu ..
masyaALLAH , sungguh hebat wanita ni kan .. :')

cube plak kite dgr lagu2 yg ade skrang ni .. kebanyakan nye sume tentang wanita kan ... contoh macam lagu SUMAIYYAH , AMANI , ZINNIRAH .. jarang kite dgr lagu pasal lelaki kan ..
see..!! sayang tak sayang nye ALLAH pade wanita tuh , sampai kan wanita tu dikasihi sekali dkt dunie nieh ..

tengok pulak bile seoarng lelaki berjaya ...  orang akan cakap ..
" di sebalik kejayaan seorang lelaki , terdapat seoarng wanita d belakang nye "
kite tak pena dgar yg sebalik nye kan ...??
hebat tak ALLAH jadi kan wanita tuh ..?? masih tak cukup adil lagi kew wanita2 sekalian ..??

ALLAH sebenar nye sangat adil dgn kite ..
d sebab kan susah nye na jadi wanita nieh , ALLAH mudah kan kite na masuk syurga ..
hayati lah hadis nieh ..

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

sedar lah wahai kaum hawa ...
betapa sayang nye ALLAH dekat kite .. betapa cinte nye ALLAH pade kite ..
tapi knape kite na rosak kan diri sendiri sbb tanggapan negatif kite pade ALLAH .. renung2 kan lah ..
ALLAH jadi kan wanita sebagai hiasan dunie . bayang kan sebesar2 n seindah2 dunie nieh , kte lah hiasan nye ... dan seindah2 hiasan tu plak adalah wanita yg SOLEHAH ..

sekadar perkongsian bersame .. :')

~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat nanti .... Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan care nye .... Didiklah dia menjadi wanita solehah kerana dia adalah dari tulang rusukmu .. Lindungi dia dari itnah dunia ...~
Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi kan ...



Nak share satu lagu yang sanggat best..Saya bw hari tu pastu ada terjumpa lagu ni kat blog tu..Sanggat menarik=)..

Istikharah cinta by sigma

Windows error yang buat orang jadi gila



Assalamualaikum 4 muslim & anayonghaseyo=)..
Hari ni saya nak share gambar error yang saya pinjam dari pendamba..
Tapi video saya cari sendiri ye sebab haritu tengok windows error dengan irman,maharani..Kelakar habis..So saya share biar kita gelak sama2 key?


haha ni memang meletup la komputer korang menunggu

pop up yang keluar ni bukan error ke?haha

where 'any' key?
keyboard yang not responding kalau tekan mesti takde kesan jugak

cuba baca ayat tengah tu " the operation completed seccessfully"
sedangkan error dia " unable to start" hahaaha

cam ner ?pelik jugak ni

what device?

error for operation completed?what?

pastu nanti kuar lagi error cam ni.haha

hurm ni pun PM rasa pelik tentang error ni

kalau bagi alien pun diorang lari balik planet la..sapa boleh faham ni?haha

sumber google:error pop up
Ok,jom tengok video window error ni pulak=)..Credit to youtube


Oh,mati den kalau error dia camni=)


Lol=p

Komen kalau dah baca=),tata

WW#13 Aku redha dengan ujianya kerana Allah bersamaku=)

WW#12 tak mau sedih lagi

Kenapa sungguh susah kita sembahyang?



Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang – bayang, Bukan ke lebih beruntung daripada tiang, Berdiri tanpa roh malam & siang…
Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang, Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang, Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang…..
Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang, Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang, Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang…
Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang, Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang, Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang…?
Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang, Pagi Kita sihat petang boleh kejang, Nanti dalam kubur kena balun sorang – sorang….
Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka Cuba la aku bayang, Perjalanan akhirat memang terlalu panjang, Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh Halang!!!
Renung2kan Dan Selamat BeramaL!! yang baik datngnya dari Allah dan yang buruk itu adalah di atas kekhilafan saya sendiri=)


Ini baru betul=)

Assalamualaikum and anayonghaseyo semua..Ok,jom layan this komik pendek..Sangat menarik dan ini baru sweet okey?




Dah tengok?Tak nampak?Klik je gambar..Kalau x de butang zoom,korang save at laptop pastu pandai-pandai ah zoom,key?Sorry tak boleh buat entry panjang-panjang sebab esok sekolah..Tata=)

Kenapa contoh bagi entry lepas ialah lelaki



 

Ya اَللّÙ‡ُ, mengapa wanita sering menangis?

Jwbnya: Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakan ia sbg makhluk istimewa,
KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,
KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,
KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,
KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah,
KU beri dia naluri utk mencintai anak2 dlm keadaan apapun,
KU kuatkan batinnya utk ttp menyayangi walau dikhianati oleh teman,walau disakiti oleh orang" yang ia sayangi
Wanita mahluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis itu kerana KU beri dia air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

"WANITA..KAMU ISTIMEWA" (:



sebab itu dalam entry  AIR MATA PENYELAMAT KITA contohnya lelaki..Kerana wanita memang mudah mengalirkan air mata tapi kita istimewa..Don't worry be happy=)

Pengharaman bertudung di Malaysia?



Assalamualaikum semua,menyirap darah saya apabila membaca artikel tentang pengharaman bertudung di Malaysia..Cuba anda baca dan komen pandangan anda ye..

Isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan IPTS di Malaysia. Ahli-ahli parlimen negara sudah mendapat kata sepakat bagi mengharamkan pemakaian tudung bagi pelajar wanita di IPTA dan IPTS di Malaysia ini berikutan dengan faktor-faktor kesihatan. Ini kerana pelajar-pelajar wanita yang memakai tudung ini didapati kurang mendapat prestasi yang agak cemerlang. Kenyataan ini juga disahkan oleh pakar-pakar di hospital selayang yang membuat kajian terperinci pemakaian tudung ini.

Mereka berkata tudung ini akan menyebabkan pengedaran udara yang kurang dan menyebabkan kepala yang melindungi otak akan menjadi kurang segar dan akan menjadikan otak mereka tidak aktif seperti pelajar-pelajar yang tidak memakai tudung. Jadi bagaimana isu ini boleh berlaku topik ini sengaja ditulis dan hanya disiarkan kecil sahaja di bahagian muka surat yang sekiranya tidak diteliti tidak akan nampak.

Adakah kerajaan Malaysia takut akan hal ini. Yang dulu begitu marah terhadap Singapura yang memberhentikan 2 orang murid perempuan kerana memakai tudung ke sekolah. Ape susah jadi dengan isu ini diam begitu sahaja. Sekarang ape sudah jadi paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih. Sekarang Malaysia sanggup mengHARAMkan pemakaian tudung pihak JAKIM juga tidak dapat berbuat apa-apa dengan isu ini. Ini kerana semuanya terletak di tangan menteri-menteri di Malaysia.

Bagaimana pula dengan Pak Lah yang selalu menjadi Imam di masjid-masjid, adakah beliau juga bersetuju dengan isu pengharaman pemakaian tudung ini. Jadi bagaimana seorang Imam boleh setuju tentang pengharaman pemakaian tudung ini.

Bagi pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). International Islamic University Malaysia (IIUM) juga hanya menunggu dan lihat sahaja apa yang akan terjadi. Universiti ini dahulu yang mewajibkan setiap pelajar wanitanya memakai tudung apabila memasuki kawasan universiti kini hanya mengambil endah tak endah sahaja mengapa MALAYSIA sekarang ini. MALAYSIA yang dulunya dikenali kerana agama rasminya adalah agama Islam. Kini boleh mengharamkan pemakaian tudung di Malaysia yang kita semua sudah maklum sebagai seorang wanita Islam wajib memakai tudung.

Isu ini sengaja tidak digembar-gemburkan agar tidak mahu berlaku kekecohan ataupun apa-apa reformasi. Pihak media massa seperti TV juga tidak mahu mengambil inisiatif bagi membetulkan semua ini. Adakah Malaysia sudah lemah..

Pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan juga akan menghantar notis ini ke sekolah-sekolah. Pihak menteri juga telah menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara jenis tudung yang tidak boleh dipakai ialah:-
1)TUDUNG SAJI;
2)TUDUNG PERIUK;
3)TUDUNG TERMOS;
4)TUDUNG CAT;
dan berbagai-bagai jenis TUDUNG BOTOL yang selalu menjadi permainan murid sekolah masih di dalam pemerhatian
 
credit to u by me

LoL=p

Cinta agung

¸.•❤ Awak sedang asyik berbalas SMS dengan seseorang yang BUKAN mahram?
¸.•❤ Awak sedang ternanti-nanti PANGGILAN dari si dia?
¸.•❤ Awak sedang MENUNGGU saat-saat dapat bertembung dengan nya?
¸.•❤ Awak sedang memilih BAJU yang paling MENARIK untuk keluar DATING bersamanya?

Emm..jika jawapannya YA, awak sedang membuat Kekasih Agung awak SANGAT CEMBURU....

(¯`*•.¸ Berkata Ibn Qayyim al-Jawziyyah :”Allah swt CEMBURU terhadap HATI HAMBANya yang mengabaikan cinta, harap dan takut kepadaNya, dan ada sesuatu yang LAIN dalam hatinya selain Dia.”¸.•'´ ¯) ♥

Kecemburuan Allah swt langsung tidak menunjukkan KERENDAHAN atau Dia MEMERLUKAN kita. Maha Suci Allah daripada sebarang SIFAT KEKURANGAN. Cemburu Allah ialah TANDA BESARnya cinta Yang Maha Pengasih dan Penyanyang terhadap hambaNya. Dia TIDAK memerlukan kita. Dia tidak luak dengan kelalaian kita. Tidak terjejas TANPA cinta kita.

Dia cemburukan HATI kita yang meletakkan CINTA LAIN lebih AGUNG daripadaNya kerana Dia SAYANGkan kita. Dia tidak mahu kita menempah jalan SENGSARA. Dia menawarkan cinta yang TIDAK pernah mengenal KECEWA. Inilah HAKIKAT CINTA yang Agung..

credit to wyna by me=)

Air Mata Penyelamat Kita

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
AIR MATA SEORANG LELAKI
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan cinta wanita,
Maka hilanglah sifat pemimpinnya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan dunia,
Maka hilanglah sifat redhanya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya,
Maka terbitlah sifat belas ehsannya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana terluka,
Maka hilanglah sifat kekuatannya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalirnya kerana takutkan Allah S.W.T,
Maka bergembiralah,
Kerana air mata yang sedikit itu mampu,
Memadamkan api neraka kelak.

Rasulullah S.A.W telah bersabda:
"Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari Kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata:
"Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan kerana sehelai rambut.

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari Kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
"Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jathiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh lima ratus tahun perjalanan.

Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan:
"Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad S.A.W berusaha menghalanginya dengan berkata:
"Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata,:
"Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"

Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah S.A.W meraihnya. Berkata Jibril A.S.:
"Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya."

Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S:
"Wahai Jibril, apakah air itu?"

Maka Jibril berkata:
"Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W:
" Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."
credit to budak tawadhuk from me=)
Animated Pink Pencil