Soalan dan jawapan tentang persoalan aurat yang biasa


1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
- Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
- Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
- Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
- Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
- Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
- Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
- Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
- Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
- Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
- Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
- Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
- Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
- Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.

“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”


credit to here




Bagaimana sudah baca? Kalau sapa rasa lepas baca ni dia nak tutup aurat,Alhamdulilah.. Kalau yang dah tu,marilah kita sama-sama memperbaiki lagi diri ini.. Saya amat berharap dan akan berasa sangat gembira apabila awak ada keininginan untuk memakai tudung dan menutup aurat,kalau nak sokongan atau nasihat dari saya just email me at khairun_97@ymail.com .. Saya sentiasa menunggu dan saya bukan lah sempurna sangat,sekadar membantu apa yang termampu,Insyallah.. Salam ukhwah dan Assalamualaikum=)




#tadi dekat sekolah ada budak perempuan sekolah saya yang meninggal dunia.. Buduk tu junior saya iaitu di tingkatan 2 gamma.... Dia meninggal kerana sakit jantung megikut yang cikgu cakaplah.. Al-fatihah=')

RDTM : Lagu yang menyentuh hati


Assalamualaikum semua,hari ni bertemu kita lagi dalam ruangan Renungan Di Tengah Malam(RDTM).. Hari ni kita layan lagu yang sangat menarik tapi sangat bermakna dari penyanyi yang sangat disegani iaitu opick=)..


Artist : Opick
Lirik Lagu : Opick - Rapuh
Opick - Rapuh 

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Kenapa baju bedah doktor warna hijau?



Gambar kredit to cik google=)

Seorang doktor biasa dilihat dengan pakaian serba putih yang melambangkan kebersihan. Tapi ketika masuk ke ruang pembedahan, doktor akan mengganti pakaian dengan baju berwarna hijau. Kenapa?

Warna hijau dipilih kerana selain selesa pada penglihatan, juga ternyata memiliki kontras warna yang tinggi terhadap warna merah dari darah. Hal ini tentunya sangat berguna dalam kegiatan pembedahan.

Selain itu, ditemukan fakta yang mengungkapkan bahawa warna hijau di baju pembedahan tersebut dapat membantu menyegarkan pandangan doktor dalam mengamati benda-benda yang warnanya merah seperti darah dan organ-organ tubuh selama masa pembedahan. Kerana jika melihat warna merah terus menerus dapat mengakibatkan menurunnya kepekaan terhadap warna merah, maka warna hijau dipilih untuk meneutralkan pandangan doktor.

Melihat warna merah terus menerus boleh menyebabkan ilusi nofa hijau pada latar-latar berwarna putih. Hal ini boleh mengganggu penglihatan doktor. Dengan menggunakan baju bedah berwarna hijau, ilusi ini diharapkan akan memudar dan tidak lagi menganggu penglihatan doktor ketika melakukan pembedahan.

Kongsi info ni..Di copy dari sini.. Sekian terima kasih.. Btw,banyak benda nak cerita pasal sekolah kene serang lebah,CERMIN MATA HILANG dan perjumpaan pengawas perpustakkan.. Tapi tak da mood sebab cik cermin mata dah hilang=(.. Em,lain kali mungkin?Insyallah='(

WW#23 Terkantoi sudah=p


RDTM:Ubat hati


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum semua,wah dah lama tak buat RDTM aka Renungan di tengah malam sebab sekarang selalu tido awal,biasalah budak sekolah,huhu..Ok,tajuk kali ini ialah ubat hati:

Ubat Hati, Opick, Album Opick, Opick Nasyid



Ubat hati ada 5 perkara
Yang pertama baca Qur'an dan maknanya
Yang kedua solat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpul lah dengan orang soleh
Yang keempat perbanyakkan lah berpuasa
Yang kelima zikir malam berpanjangan..
Salah satunya
Siapa bisa menjalani
Moga-moga Allah Ta'ala mencukupi...

Credit to here


By de way lagu-lagu dari OPICK memang best dan meaningfull,jom dengar sama-sama=).. Best kan?
Semoga kita dapat megubati hati ini dengan mendekatkan diri kepadanya^^,insyallah

•❤• Ujian untuk hatiku


•❤•..Hatiku terpikat padanya kerana AGAMA yang ada pada dirinya, hingga ia terpancar pada TINGKAH LAKU dan PERIBADINYA lalu menarik perhatian jiwa ini untuk MENDEKATINYA..Namun hakikat HASRAT itu akhirnya terpaksa DILUPAKAN selama-lamanya, kerana mungkin ini sekadar UJIAN untuk hatiku dan DUGAAN untuk jiwaku..¸.•❤•

ya ALLAH..
~✿ Bila kehadiranku MENGANGGU hatinya,
tidak membawa KEBAIKAN padanya,
maka Kau pisahkanlah kami biarpun kami terluka..

~✿ Bila aku TIDAK LAYAK dan bukan yang terbaik untuknya..
maka Kau jauhkanlah aku darinya..

~✿ Bila bukan aku yang TERTULIS untuk melengkapkan separuh dari agamanya,
maka JARAKKAN kami agar tidak timbul rasa yang mengundang KECEWA
Credit to here

Cara make up seorang muslimah


Assalamualaikum semua,hari ni Solehah nak kongsi tips sikit lah..Solehah ni tak da lah pandai sangat dalam bab ni.. Selalunya Solehah keluar umah pun tak pakai bedak,huhu.. Penah sekali seorang hamba Allah kata wajah Solehah berseri,macam ada cahaya.. Wallahualam lah,insyallah Solehah pun berkehendakan macam itu,Amin.. Tapi tak silap Solehah lah,masa Solehah melakukan umrah,arwah ayah Solehah selalu berpesan supaya membasuh muka dengan air zam-zam disana.. Berkat air zam-zam agaknya,Allah lebih maha mengetahui.. Dan ini ada beberapa lagi tips yang Solehah amik dari >sini<  buat panduan kita bersama,Insyallah=)


jadikan ghoddul basar (menundukkan pandangan) sebagai hiasan mata anda.Nescaya semakin berseri dilihat orang..

-oleskan lipstick kejujuran pada bibir anda .Nescaya semakin manis kata-kata anda.

-gunakan pemerah pipi anda dengan kosmetik yang diperbuat daripada rasa malu yang di jual di salon iman.

-hiasilah kedua-dua tangan anda dengar gelang tawadduk dan jari jemari anda dengan cincin ukhuwwah.

-pakailah giwang mustamik (pendengar ) yang taat kepada ALLAH dan RASULNYA.Nescaya anda akan semakin anggun

-gunakan sabun istighfar yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

-rawatlah rambut anda dengan jilbab islami yang menghilangkan panahan pandangan lelaki yang merbahaya.

-sebaik-baik kalung anda ialah kalung kesucian.

-bedakilah wajah anda dengan air wudu’.Nescaya muka anda akan bercahaya diakhirat…


Bagaimana?Insyallah ia adalah make up yang paling afdal.. Mesti lagi menawan kalau make up ini sentiasa diguna pakai oleh kita,lagi bertambah berseri=)..Insyallah,sekadar ingatan kita bersama


    hiasan dunia yang paling indah adalah wanita solehah 

Charge iman jom=)


Assalamualaikum,semua..Hari ni Solehah agak keletihan sebab pagi beli barang sekolah dan lepas tu balik hospital tengok my little sis..Lama lah jugak gak kat hospital tu.. Dan Alhamdulilah dia dah OK sikit and dia dah boleh tersenyum..U know what my little sis,u smile is so beautiful^^..

So,hari ni apa kata kita charge iman sama2 nak? Bukan susah pun..Tak percaya?
Just baca entry ini..Credit to here 

↓↓
↓↓
↓↓

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║██░░░░░░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║██░░░░░Battery Low ░░░░░─║║║
║║██░░░░░░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

▂ ▄ ▅ ▇ █ Charge Iman Anda █ ▇ ▆ ▄ ▂

أستغفر الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║████░░░░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║████░░░Battery Low ░░░░░─║║║
║║████░░░░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

سبحان الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║███████░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║███████Battery Low ░░░░░─║║║
║║███████░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

لا إله إلا الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║█████████░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║█████████tery Low ░░░░░─║║║
║║█████████░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

الله أكبر

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║███████████░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║███████████y Low ░░░░░─║║║
║║███████████░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

لا حول و لا قوة إلا بالله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║██████████████░░░░░░╚╗╚╗
║║██████████████ ░░░░░░─║║║
║║██████████████░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

الحمد لله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║█████████████████░░░╚╗╚╗
║║█████████████████░░░─║║║
║║█████████████████░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

اللهم صل على سيدنا محمد

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║████████████████████╚╗╚╗
║║███████ Battery Full ██████─║║║
║║████████████████████╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

Ahamdulillah, sedar tak sedar antum telah berzikir & berselawat...
| Mengadap Blog Saya sambil beribadah | ^_^

Dah dapat pahala free kan?Senang je,kat mana2 kita boleh berzikir,sambil menghadap laptop pun boleh.. So,kalau dah dapat pahala free tu,jangan lupa sumbangkan komen anda dan terus update sama blog ini ya?Assalamualaikum dan tata=)
Animated Pink Pencil