Things need to make sure masa blogwalking

Assalamualaikum semua . Alhamdulillah blog dah meriah balik . Oh ya , kadang solehah lambat approve komen and balas kunjungan kat shoutbox sikit sebab sekarang nak blogwalking je dulu .

Okayy , solehah masa blogwalking , solehah perasaan ada kesilapan-kesilapan yang buat blogwalking korang tu sia-sia ? haa, sia-sia ? Camana lak tu ? Okay , so I make dis entry , supaya yang komen dekat shoutbox tu pastikan dulu a few things .

Sebab dulu solehah seronok berblogwalking , jelajah ke satu blog ke satu blog . Dah nak dekat berpuluh lah jugak . Then macam biasalah , tinggalkan link kat shoutbox . Pastu pelik sebab satu hari tu traffic langsung tak naik .

Rupa-rupanya salah link . Solehah tertinggal satu huruf . Tertulis link saranghaesolehah ke sranghaesolehah . Ye , walau tertinggal satu huruf , orang tak boleh detect . Kalau tertinggal blogspt pun tak tulis blogspot penuh pun sama gak . Make sure you link tu betul

Second , kan ada banyak jenis shoutbox sekarang kat cbox lah apalah . Contohnya kalau cbox kene letak kat link tu http:// then baru letak korang punya link . Kalau tak , tak boleh detect jugak . So, macamana nak make sure ? Lepas tekan shout tu , pastikan bila klik nama korang tu , terus link ke blog korang balik ke tak ? PENTING benda ni kalau tak sia-sia je korang jelajah . Letak http:// okay? 



Blogwalking ni sangat perlu supaya kita dapat tengok blog orang lain , amik inspirasi . Bila dah blogwalking , korang jadi reader pulak, komen lah kat entry  orang . Sebab macam solehah sendiri , sapa yang komen entri solehah , solehah konfirm akan baca entry dia balik . Bina reader yang setia dengan keep in touch with saling mengomen entry okay ?

So, I hope dis help. Bila hantar shout tu , check balik link korang . Macam kat shoutbox tu sapa yang link dia tak boleh tekan , camana solehah nak balas ? Haaa, tak ke dah rugi tu . Rugi beb rugi .
So, jadi lah blogger yang bijak yang berblogwalking sambil hati-hati . 

For new blogger , blogwalking ni bagus okay untuk kenalkan lagi blog tapi tapi kan ada beberapa bila solehah blogwalking solehah mesti mute kan suara kat laptop . Sebab kalau blogwalking mesti lah buka tabs blog banyak-banyak . Mati lah nak , kalau semua pakat pasang lagu .

Okay, tak salah pun , asalkan ada pause . Letak kat tempat yang senang untuk pause . Tapi memang sekarang kalau blogwalking solehah mute sebab lagu bercampur aduk oi . Dah malas nak tekan pause satu-satu . Dan pastikan blog korang tak terlalu berat . Simple pun tak pa okay ? Macam blog solehah yang simple mimple ni ^_^

Last , solehah ingatkan lagi CEK URL BLOG awak semua balik bila berblogwalking . Pastikan safelly linked . Okay , dah mari sambung berblogwaking . Tata . Fi hifzillah :)


Psst : Camana nak blogwalking ? Korang tekan je link-link blog tu yang join segmen ke yang ada kat shoutbox ke. Seronok  okay tengok blog orang dan baca kisah mereka :3

7 2697 budak baik:

Harraz Maulawi said...

thanks for the tips..

Miss Xyz said...

Haah, betul tu. Tips ni bgus utk newbie2 di luar sanaa ;)


Psst, cursor blog ni terlampau comel sampai saya x nmpk. Tukar cursor ni ye utk kebaikan semua ehehe. Maaf klu terasa

Nabihah Arrose said...

betul tu :-)

Razfira said...

suka komen je hehehe

Mama Darwiish said...

ok done follow blog kamu :)
nice sharing

Gee Lion said...

assalamualaikum cik solehah, thank you for the tips. utk blog yg takde shoutbox mcm saya kenalah tinggalkan jejak dkt komen je. dan utk berlaku adil, saya pun tak usik shoutbox kat blog blogger lain. hehehe.. nak buat camne, kadang2 cbox tu penuh dgn spam je. maleh dah nak tapis. =)

Bro Ley said...

betul tu. bagus tips ni. jangan sampai blogwalking sia2 je. banyak masa terbuang tu..

Animated Pink Pencil