Showing posts with label Diary. Show all posts
Showing posts with label Diary. Show all posts

Dah separuh Ramadhan dah ?



Assalamualaikum semua . Alhamdulillah dah 18 ramadhan dah . Bagaimana dengan amal dan iman ? Tepuk dada tanya lah diri , tak kan lah aku nak sia-siakan peluang sekali lagi ? Serious lah beb? Macam tentu je hidup lagi kan sampai tahun depan . Ish , dia ni asyik cakap pasal mati je .  Ehem awak orang yang mengingati tu ialah orang yang berjaya sebenarnya sebab fikirkan masa hadapan . Ye lah, masa hadapan , masa kat akhirat nanti ^^

Okay, den tak nak cakap pasal fadhilat ramadhan sebab pernah post dulu . Tak pun korang boleh google . Tapi ada beberapa peringatan yang diri  rasa sangat perlu .

Ramadhan ? Okayy, bila sebut ramadhan apa sebenarnya yang terbayang di fikiran ? Bazar ? Baju raya *ek* ? Penat sebab nanti nak puasa ? Uishh . Atau pun dalam fikiran terfikir malam lailatul qadar? khatam al quran ? Atau dah set dah nak kumpul amal sebanyak mungkin ? Allah , tanya lah hati . Kau boleh tipu manusia, tapi kau tak kan boleh tipu Allah . Tak akan....

Selama ni den perati , dah tegur pun . Allah , banyak sungguh alasan diberi . Okayy, so ceq tulis entry ni, harap boleh lah ambil iktibar jugak sebab kalau terasa tu, bahagialah anda kerana masih punya iman . Tu mungkin sekadar teguran dari Allah .



Kadang kan kita tak sedar yang kita ni banyak sangat merungut bila ramadhan menjelang kan . Macam
" malas lah nak terawih "
" ni lemah ni puasa "

Nauzubillah, kita rasa susah kita rasa sangat payah . Kenapa ye macam tu ? Okay , masa tu ada satu tazkirah dari ustaz kat Matrik Melaka , dia habaq that

" Jangan banyak keluh kesah bulan ramadhan . Jangan macam kita tak redha dengan hukum Allah . Sebab kalau Allah tarik nyawa kita masa tu, kita mati dalam murka Allah sebab kita tak redha dengan ketetapan fardhu puasa "

Shentap masa tu . Nak ke mati dalam keadaan Allah murka dengan kita ? Nak ke ? ALLAH , ceq tak nak . Nak meninggal dalam keadaan husnul khatimah ... Nak sangat . Aamiin

Maka , jangan banyak sangat merungut . Allah tahu apa yang terbaik untuk kita . Kita marah bila orang bukan Islam kutuk agama kita tapi kita sendiri tak tunjukkan yang kita ni muslim yang baik pun kan ? Ye lah, suruh puasa pun rasa terbeban sangat .

Kalau ikutkan dulu masa zaman Rasulullah, ada perang lagi . Kita ni, kat Malaysia, ada ke perang macam Palestine , Syria dan sebagainya ? Tak kan . Nikmat tu tetap ada . Jangan lah kita ni tergolong dengan orang yang dapat istidraj . Istidraj ni apa pulak dah ?

Istidraj ni ialah bila Allah bagi nikmat lagi dan lagi tapi kita makin jauh dengan Allah . Kita bahagia di dunia tapi akhirat kita akan merana ? Fikir lah, mana yang kekal ? Hidup kat dunia ke akhirat ?

Lagipun ni lah bulan kita nak tingkatkan ibadah . Tapi rasa macam sangat pelik bila orang dia tak nak langsung terawih, solat pun tak . Sedih beb sedih .

Alasan paling selalu dengar lah kenapa pelajar tak gi terawih ialah " tak cukup masa , banyak assigment " . Okay, diri mengaku bukan pelajar cemerlang (not yet) tapi kan ustaz Najib , asatizah yang pernah ajar  kat As Sofa dulu pernah pesan :

" Biarlah belajar tu berkat walaupun sedikit "

In shaa Allah weyh, kau buat solat terawih, baca Al Quran lepas tu kau study , In shaa Allah berkat . Lagipun doa orang berpuasa kan makbul .

Belajar kerana Allah kan . Lilahitaala kan . Biarlah berkat belajar ni . Tajdid niat . Tanyalah iman aku belajar ni sebab apa ? Nak redha ke murka Allah ? Nak kejayaan dunia semata ke ?

Kenapa susah sangat nak terawih ? Kenapa bila nak hujung fasa ramadhan makin ramai yang lesap ? Kenapa banyak sangat alasan ? Nanti jawab lah dengan Allah macam tu . Kau rasa kau boleh ke jawab macam tu ?

" sebab tak da masa"

Semua orang Allah bagi 24 jam jugak . Yang penting masa yang kita guna seharian tu berkat . Ni yang cakap istidraj jugak . Bila belajar ilmu dunia hingga lupa akhirat . Makin jauh dengan Allah . Allah :(

Ingat tak ceq pernah tulis ada orang datang dekat mimpi then  cakap " masa kau dah tak lama " , masa tu memang doa sampaikan lah at least ke ramadhan ini . Jadi kalau  Allah dah beri kesempatan  ini , jadi kenapa nak sia-sia kan ?

Jadi, ceq mohon buat diri dan sahabat sekalian, masih ada peluang lagi ramadhan ini untuk dimaanfatkan . Rebutlah . Hidup ni tak lama . Apa guna hidup kat dunia 1000 tahun kalau Allah tak redha pun dengan kita sepanjang umur ? *lap air mata*

Okayy, jadi in conclusion, jangan banyak keluh kesah , turun terawih , rebut kumpul amal . Moga Allah redha . Kerana " ibadah itu adalah hiburan buat seorang mukmin " dear . Cukup Allah bagiku . Cukup Allah .

Fi hifzillah :)

ر مضا ن



Assalamualaikum semua . Alhamdulillah hari ni dah masuk nya 1 Ramadhana yang sangat ditunggu oleh kita . Bulan untuk kita mengumpul pahala dan melipat gandakan amal ibadah .
Sebagaimana seorang penuntut ilmu sentiasa haus untuk mendapatkan ilmu . Maka seharusnya kita sebagai pendosa tanpa noktah merebut peluang keemasan untuk mengumpul pahalan berada di bulan mulia ni kan?

Ya lah, mana tahu ni ramadhan terakhir kita ? Allah sahaja yang Maha Mengetahui . Mati itu pasti sahabat . Moga sahaja kita semua meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah . Allahuma Amiin .

Just nak share pengalaman mimpi ceq beberapa hari lepas sebelum ramadhan menjelang yang buatkan rasa sangat tersentap .

Dalam mimpi tu diri nampak matahari dah terbit dari belah barat . Semua orang tengah kelam kabut . Tiba ada seorang hamba Allah ni datang kat ceq . Tahu dia kata apa ? " MASA KAU HAMPIR TIBA " . Terbangun terus  masa tu. Ya Allah . Masa kematian ku semakin menghampiri ke ? And start on that day, diri memang berharap sangat dapat sampai ke ramadhan dan dapat gunakan sebaiknya .

Alhamdulillah Allah bagi ceq peluang masih hidup :') . Bila ingat mimpi tu balik rasa diri meremang . Allah hu . Terima kasih atas ingatan buat diri yang leka .

Oh ya, buat sahabat, solehah dah uninstal wechat, facebook, twitter. Dah 4 hari dah dan masih bertahan T_T . Cuba untuk mujahadah nahi lagha . Moga diberi kekuataan oleh Allah . Sebab diri banyak leka lah dengan laman sosial ni . Whatsapp pun nak buang tapi semua inform kat situ, so tak leh ler . Tapi mula-mula tu rasa macam kosong gila phone . Hari ke 3 dah start biasakan diri . Sebab waliduna , syeikh Fuad pernah cakap kalau nak lawan hawa nafsu , salah satu caranya ialah kalau kita nak sangat makan roti canai, kita pi makan nasi lemak . Maksudnya cuba lawan, alihkan nafsu . Kita yang kene kawal nafsu tau , bukan nafsu yang kawal kita .

Ok, maybe kalau dah biasakan diri tak buka laman sosial ni, hanya akan bukak sekejap je sebab nak bukak kat internert kat HP memang payahlah .

Okayy , tu je lah , nak habaq dulu kat entry ni . Moga sahabat semua diredhai Allah dan semoga Ramadhan ini kita manfaatkan secukupnya . Bangun qiam , tadarus jangan lupa tau . In shaa Allah, doakan ceq juga untuk terus qowiy memperbaiki diri .

Eh jap sebelum lupa, tekan sini jap . Done ? hee, Alhamdulillah thanks ^^ May Allah bless all of you . Assalamualaikum . Fi hifzillah .
posted from Bloggeroid

Jangan kejutkan ku dari mimpi ini,Ya Allah


Assalamualaikum and selamat sejahtera semua.. Tau tak sometimes Solehah rasa kata-kata di atas adalah sangat benar.. But sometimes tak bila dapat mimpi buruk =P.. Solehah nak kongsi satu mimpi solehah kat korang tapi sedih sikit kot sebab Solehah tulis entry ni pun nak nanggis.. # kalau nak feeling lebih,sila  tekan lagu kat bawah entry ni..

Dah lebih sebulan,Solehah tak mimpi arwah ayah. Rindu sangat.. Dan pada suatu malam, Solehah buat solat hajat supaya Allah temukan Ayah walau dalam mimpi sekalipun kerana terlalu rindukan ayah =').. Tapi malam tu Solehah tak mimpi Ayah. Jadi Solehah ambil keputusan untuk pergi kubur ayah keesokkan harinya.. 


Dah nak dekat 2 tahun ayaj meninggal since 24/7/2010 semasa Solehah ditingkatan 1


Seminggu lepas solat hajat tu, Solehah mimpi ayah.. Wah,Terasa bahagia sangat.. 


Tau tak yang mula-mula Solehah mimpi tu Solehah dengar ayah sedang mengaji.. Ya Allah,merdunya suara Ayah.. Pada waktu itu ayah sedang duduk di tempat yang ayah selalu mengaji.. Solehah duduk dengar je sambil kata dalam hati 'eh ni ayah kan?'.. Waktu mimpi kan gila sikit,Solehah siap cakap dalam hati 'Ayah kan dah meninggal? Ayah hidup balik ye?' tapi Solehah terus tersenyum sebab dengar suara ayah..


Lepas ayah siap ngaji,ayah ajak kitorang keluar.. Dah lama tak keluar jalan dengan ayah.. mestilah teruja nak pergi.. Solehah yang paling awal siap.. Ayah dah tunggu kitorang dekat sofa yang ayah selalu duduk =').. 


Jika benar ini mimpi,jangan kejutkan aku Ya Allah..


Tiba-tiba Soleha terus pergi peuk ayah sambil cium pipi ayah.. Solehah cakap yang "Kakak,rindu ayah.Jangan tinggalkan kakak lagi ye?".. Masa tu hanya Allah je yang tahu perasaan serta harapan Solehah..Rindunya dengan pelukan ayah..


 Waktu itu Solehah sangat  mengharap ia bukan sebuah mimpi. 

Ayah hanya tersenyum dan senyuman itu yang ku rindu.. Solehah tersenyum dan berkata 
" Yeah,lepas ni hidup kita akan jadi macam dulu balik,Ada nya PELINDUNG bagi keluarga ini,tiada sapa nak kacau ".. Solehah rindukan rasa selamat bila berada di samping ayah dan Solehah rindu sesangat ketika ayah imamkan kami sekeluarga=')


Tiba-tiba
Soleha terbangun sebab kesejukan.. Argh,indah nya mimpi tadi.. Semasa Solehah ceritakan balik mimpi ni kat ibu pun Solehah nak nanggis..  Tapi setiap apa yang berlaku ada hikmah bukan.. Ia mengajar Solehah menjadi lebih sabar dan bersyukur dengan ujian Allah.. 

Susah itu tarbiah.Bila orang biasa susah ketika senang,insyaAllah dia senang ketika susah..

I miss you Ayah..

Keh la,nak pergi pergi dulu.. Klik link ni kalau nak baca  >Sajak untuk ayah<  oleh Solehah sendiri ye.. Jangan terkejut,haha.. Lagu khas untuk kita semua terutama arwah ayah Solehah.. Al-fatihah


Maaf kadang-kadang hati ini lemah tanpa bantuan mu Ya Allah.. Segala amanah terpikul di bahuku sebagai anak sulung,jadi mudahkan lah urusanku Ya Allah.. Terima kasih buat yang memberi sokongan.. 


Bajet Rm 50 je?


Bismillahiramanirahim dan Assalamualaikum semua.. Apa tiba-tiba Rm 50 ni? Asal tulis tajuk entry  macam tak cukup? Tau tak orang miskin nampak Rm 50 macam Rm 500?  Tak reti bersyukur betul budak ni.. Eh,eh,jangan cepat buat kesimpulan sayang ku.. Meh baca sampai habis dulu.. Sebelum tu apa kata kita layan video terbaru mat luthfi dulu (^_^)

because u are poya and BAJET and  blabla.. #tak boleh blah muka dia part ni

Ok,yang itu bajet lain..Solehah nak cerita ni bajet lain.. Ok,masa bulan 2, 2010 kalau tak silap,masa tu arwah ayah Solehah ada lagi and dia bawak kitaorang pergi bercuti..

Ke mana? Ke PERLIS( Indera Kayangan)!! Dah lama tak keluar Melaka masatu jadi memang excited gila.. Pergi sana sebab nak melawat ayah angkat arwah ayah*dia meninggal lepas 2 bulan ayah Solehah meninggal..  Makan and bercuti kat sana memang happening.. 



Tapi sebelum tu,Ayah Solehah ada kasik sorang Rm 50.. Dia kata nak beli apa beli lah tapi tak boleh mintak ayah dan ibu kene guna duit tu.. Dalam hati dah kata Alamak.. Sayang pulak nak pakai duit tu.. Hehe,biasalah budak-budak lagi time tu *tingkatan 1(2010)

Tapi last-last guna jugak beli keychain and segala bagai.. Takkan nak pulang tangan kosong je kot? Hehe.. Tapi Solehah still  Bajet-bajet lah kat sana,takut terlebih pulak.. Duit lebih tu bukan nak simpan tapi nak beli something di .........


Langkawi.. Yeah,tak tidur pun sana.. Pergi singgah kejap.. Alang-alang lalu and sebab  tak pernah pergi jadi singgahlah kejap... Duit yang Solehah bajet-bajet pakai kat sana semua habis dekat sini sebab borong coklat lah.. (-.-')


Banyak gila beli sampai terlebih.. Sebaik ada bawak duit lebih.. Sebenarnya masa kat perlis tu pun nak habis dah duit  tu.. Kuang-kuang.. Demi coklat apa pun sanggup ku lakukan *chewah


Korang pernah tak apa yang korang rancang atau bajet terlebih dari bajet korang? Cer citer sikit ye..

Psst:Em,last sekali,sorry lah sebab tak boleh nak tayang gambar masa kat langkawi kat pelis seba gambar tu dalam laptop.. Gambar semua diambil dari ihsan cik google.. Gambar last tu je dari Solehah..



Tengah kira-kira bajet untuk ...


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Psst,hari ni Solehah nak kongsi satu rahsia khas untuk pembaca dan follower blog ni.. Tapi tak da lah besar sangat  rahsia tu macam kes skandal-skandal tu.. Ops,back to the topic.. Sebenarnya Solehah tengah kira-kira bajet ni  untuk mencapai impian Solehah..

Korang agak-agak apa? Jawapan nya ada kat photo entry atas ni.. Ya,tepat sekali. Ia berkaitan dengan kamera.. Ke ada yang tak nampak lagi? Kalau tak zoom sendiri =P.. Kamera. Itu lah yang menjadi idaman kalbu selama nak dekat 1 tahun setengah..


Ada sesetengah orang,dia mintak terus dapat kan? Nak kamera besar ke kecik ke semua boleh.. Tapi Solehah tak termasuk dalam golongan itu.. Solehah ada lah sendeng-sendeng kat ibu tapi i already know the answer..Saje je mengedik  kat ibu mana tahu tiba-tiba Allah buka kan hati ibu untuk beli kamera untuk saya.. Haha, (^_^)

Saya tak kisah sangat ibu tak beli sebab saya tak menyusahkan ibu.. Lagi satu saya NAK BERDIKARI.. Sebab bagi saya kalau kita guna duit kita sendiri untuk beli apa yang kita idamkan,kita akan jadi lebih menghargai barang tersebut..

Jadi di sini saya ingin bentangkan " Bajet Untuk Beli Kamera Idaman Kalbu 2012",sila baca dengan nada serius.. key,fine,nada Dato Najib bagi ucapan pun boleh lah..


Sebenarnya Solehah tak dalah nak beli kamera yang beribu-ribu tu tapi kamera atas ni pun cukuplah. Tadi google,kamera ni baru Rm 750 ke bawah.. Murahnya tapi tak suka beli online lah.. Hari itu pergi servey kat mydin adalah kamera nak dekat sama macam ni harganya dalam Rm 850..  Jadi Solehah target untuk beli kamera itu..

Selama dekat 2 tahun adalah kumpul sikit sampai dah jadi Rm 300.. Fuh,banyak lagi nak sampai sasaran tu.. Tapi tiada yang mustahil.. Akan diperkuat ganda kan usaha dengan cuba save duit sekolah dengan puasa ke atau apa-apa je lah.. Demi kamera*sila baca dengan nada terharu sambil gengam tangan kata saya boleh*

Jadi bajet dah ada Rm 300.. Nak sampai sasaran lagi Rm 500.. Psst,harap nanti dia buat promosi ke atau apa je lah yang buat harga dia turun.. *Amin


Just love photography very much.. Sebenarnya ada sejarah di sebalik Solehah dan Kamera tapi nanti kalau rajin Solehah taip lah ye? Just love Photographi Very much..

#korang sekarang ni adakan simpan Bajet untuk beli apa-apa?Share lah dekat kotak komen bawah tu..

Animated Pink Pencil