Berapa lama kah islam kamu ?

Assalamualaikum semua . Dis entry khas untuk kak hidayah yiong . Yes, for you my dear sister yang secara tak langsung beri impak yang besar pada diri .

Alhamdulillah , 12 Ramadhan here , and kak hidayah dah setahun menjadi muslim . Yes, she is mualaf . Dia pernah menganut agama budha and also kristian dan akhirnya hidayah Allah itu miliknya . SubhanaAllah :'D

Akak, akak ingat tak lagi masa akak cerita kisah akak masa baru masuk Islam dapat tentangan dari family semua ? Akak cerita pandangan akak terhadap muslim sebelum ni . Jujur akak, masa tu mata macam masuk bawang . Jujur akak, akak lebih sedarkan saya nikmat Islam yang saya dapat .

Hari tu puas saya muhasabah diri . Pernah ke aku bersyukur dengan nikmat Islam ? Lahir dalam keluarga Islam . Allah hu, tu nikmat yang paling besar . Nikmat iman dan islam * lap air mata *

Akak cakap akak nak belajar Islam sungguh-sungguh sebab akak nak selamatkan family akak . Akak nak family akak semua masuk Islam . Akak tak nak family akak masuk neraka . Akak nak bersama mereka ke syurga . Allah . Akak masa tu saya tersentap . Sebab selama ni saya jujurnya mengaku saya sayang keluarga saya tapi tak pernah pula saya usaha untuk menyelamatkan mereka . Akhirnya saya fikir kalau aku nak family aku berubah , aku yang kene berubah dulu . Bukankah sebaik-baik nasihat ialah akhlak ?

Dan ada satu masa kita pergi bank, keluar duit , akak cakap , akak banyak habiskan duit masa masuk Islam sebab nak beli baju menutup aurat , tapi akak kata takpe , semua tu pahala . Sekali lagi saya tersentap, sebab selama ni berkira nak beli tudung labuh, baju labuh katanya mahal dari tudung biasa . Astaughfirullah :')

yes, I know diri ini bukan rapat sangat dengan akak . Tapi akak banyak sedarkan diri secara tak langsung . Masa akak tegur pasal ikhtilat . Rasa macam ya Allah , macamana orang tak pandang serong terhadap islam ? * Baldi please * sobsob

Dan yang paling kita ingat ialah bila akak cerita masa akak dapat family angkat, dan akak pakai tudung labuh, diorang kata pakai je lah tudung biasa, yang pendek pun tak pa . Alasannya ? Akak kan baru lagi . Tabah nya hati akak .

Tapi akak , diri kagum dengan akak . Your spirit . Eventhough dah 18 tahun solehah hidup as a muslim, but layakkah diri digelar muslim ? Allah Allah :')

Kak hidayah yiong , terima kasih akak . Maaf kerana tidak menjadi contoh yang baik masa di As Sofa . Akak banyak sedarkan diri . Jangan pernah putus asa kak . Jalan ni memang payah kak . Ingat balik rasa nikmat mula-mula di jalan ini kak .

Rasulullah sendiri nak berhijrah kene susah payah . Moga kita terus berusaha jadi muslimah yang baik . Akak, uhibukumfillah . Ana sayang akak . If akak dekat , ana akan peluk akak dan cakap terima kasih kerana sedarkan diri . Sedarkan nikmat yang selalu diri lupa . Uhibukumfillah . Sungguh kak . Sungguh sayang dan rindu .

Reader yang muslim, read dis doa . Amalkan . Moga Allah kekalkan di jalan ini . Moga kita sama-sama dapat husnul khatimah . Semoga kita berjaya di dunia dan akhirat . Fi hifzillah .

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

Amin ya rabal Al alamin




Allahumma ahyina bil iman,
Allahumma amitsna bil iman,
Allahummah syurna bil iman,
Wa adkhilnal jannata ma'al iman,

Ya Allah hidupkan kami dengan iman
Ya Allah matikan dalam iman
Ya Allah bangkitkan kami dengan iman
Dan masukan ke syurgaMu dengan iman
posted from Bloggeroid

3 2697 budak baik:

zubect said...

a good entry to read. semoga kita semua sentiasa dapat hidayah. kirim salam saya kpd akak tu. dia saudara kita yg baru. semoga dia dan keluarga dapat ke Syurga.

aiman mania said...

Siapa dia?ur classmates?
Teringt kat Felixia yeap :D

Razfira said...

kudos tu Hidayah. May Allah bless her soul

Animated Pink Pencil