Alhamdulilah,ya Allah dia atas ujian-Mu =')


Ya Allah, Ampunkanlah aku kerana menafikan hati ini.
ampunkan aku kerana menyiksa jiwa ini
Ya Allah
Sesungguhnya... Amat berat ujianMu
Namun aku tetap menerimanya dengan hati yang redha
Ya Allah
Masih bersisa duka lalu
Kini hadir luka baru... menghiris dalam ke atmaku
Bukan aku merungut
Cuma ingin ku adu.. Resah dadaku
Ya Allah
Sungguh ku tak mampu membasuh luka itu dengan air mata kurniaanMu
Bukan kerna ku tak mensyukuri kehadirannya
Namun luka ku itu terlalu pedih untuk ku basuh sekarang
Biarlah luka itu kering dahulu
Kemudian akan ku basuhnya dengan jernihnya air mataku
Dalam sujud ku padaMu

Ya Allah
Ku mohon padaMu
Kau kurniakanlah aku segenggam benih tabah
Untuk ku semai menjadi sepohon kekuatan
Yang berbuahkan semangat...
Ya Allah
Sungguh engkau lebih mengetahui apa yang terbaik untukku
Aku hanya mampu melakukan yang terbaik
Dalam berjuang merempuh medan dugaan ini
Namun yang terbaik itu
Hanya dariMu
Ya Allah
Aku mohon kepadaMu
Berikanlah aku secebis ketenangan
Untuk ku jadikan bekal di dalam perjuangan
Ya Allah
Aku bersyukur kepadaMu
Kerana dalam jutaan manusia
Engkau memilihku untuk menghadapi dugaanMu
Alhamdulillah
Diuji tahap keimanan

Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya


If what ahead scares you,

And what behind hurts you,
Then looks above,
Allah Never Fails to Help You =')

P/s:Assalamualaikum and selamat sejahtera semua.. Maaf lah mood menaip hilang lah.. Ini adalah sekadar bingkisan hati.. Memang tengah diuji pun buat masa sekarang ni. Ujian yang terlalu hebat.. Moga Allah permudahkan urusan Solehah,amin..

A big suprise for me

Assalamualaikum and salam sejahtera semua . Apa khabar? Lama solehah tak update kan? I m so sorry , biasalah buzy sikit sebab nak PMR . So, ini entry pertama bulan Jun . And I m so excited nak share satu suprise yang solehah dapat tentang my lovely penguin blog . Wing-wing excited gila ni . 

Well,apa ada dalam Yezz! bulan ni lah agaknya kan ?


Got my blog lah in Yezz!

Alhamdulillah , thanks Yezz! Sebab solehah submit je entry , then tengok bulan ni, solehah terpilih . Terkejut solehah bila tahu blog solehah masuk majalah Yezz! dan direview . Tajuk "Khairun Solehah, Si Penguin Yang Cool" . Siap ada nama full solehah dan my tagline blog "Hidup Mesti Cool" . Excited gak lah nak tengok komen Yezz! tentang blog solehah ni . 

By de way, I wanna say thanks to my friend yang inform dekat shoutbox (nurul) . Tak boleh tido malam masa tahu tu tau . Dan kebetulan esoknya kitaorang ada seminar kat sekolah . Pergi je sekolah terus pinjam majalah ni dari Kina . And semua kawan solehah dalam tu macam "Untunglahh" . Sampai segan diri . Ada yang gurau mintak tanda tangan lagi . Ceh , korang lagi famous , bukan ceq tak tahu . 



#My first reactions 

Sebenarnya baru nak buat suprise bagitahu kat ibu tapi my younger brother dah bagitau dulu. Ceh,kepoh betul . Pastu balik kampung  , ibu bagitahu diorang then semua dah berebut nak tengok majalah ni . Tapi masa diorang baca tu solehah tak da sama . Kang ada je kata " Untunglah " "Pergh" 

And solehah nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kat Kak aida sebab tolong solehah make up blog ni. . Akak,terima kasih tau,maaf lah lambat buat entry . Dia telah edit hampir 55 % and me 45 % je . Free lagi tau, sykran akak . May Allah bless you  >terjah blog akak comey<

Solehah terima banyak soalan dari diorang tanya itu dan ini. Antara soalan yang ditanya ialah kenapa penguin? Nak tahu jugak ? InshaaAllah,  tunggu lah entry selanjutnya :)

And of course solehah just nak ucapkan TQVM  kepada follower dan reader sebab sudi sokong and lawat blog ni. Hargai sesangat . May Allah bless all of you . Terutamanya geng GSF dan mama arina yang merangkap tulang belakang di sebalik group ni. Dia ni peramah dan baik orangnya.. Solehah sengih sorang-sorang tau masa mama puji solehah dalam entry lepas *blushing* . Cause geng GSF lah kebanyakkanya yang setia jadi pengomen tegar .

Last but not least, thanks again dekat team Yezz! Ehem,ehem,dah tahu ni tak tahu nak beli majalah ni ke? Hehe,murah je . Baru Rm 4.90 kalau tak silap . Beli cepat tau sebelum 18 jun 2012 .

Nak tau entry mana yang dia review? Klik link ni kalau nak baca.. >RM 50 je< dan >Demimu Lumix<

Last sekali,terima kasih semua . Yang sudi komen entry ni pun, syukran . Keep in touch okay ? InshaaAllah, Fi Hifzillah :)


WW#35 Don't lose hope


Rintihan hati seorang hamba Allah

Erti Tawakal
Ya Allah..
dalam kembara ini KAU mengajarku erti tawakal
pada lambungan dan leturan awan
ada takut dan harap
ada cemas dan tenang

Ya Allah..
terlalu rapuh rupa-rupanya imanku pada-Mu
terlalu jauh penyerahanku pada-Mu
aku takut ya Allah..
di mana aku di sisi-Mu?

Ya Allah..
pimpinlah aku
didiklah aku
terimalah aku
sebagai hamba-Mu yang yakin
selalu menyerah kepada MU
dalam apa jua keadaan 
di mana jua kedudukan
yang kuharap hanya KAU
rahmat dan pembelaan-MU
kemudi hatiku kian longlai
pelayaran ini terlalu panjang
kembara seakan tak berhujung
aku lelah..

KAUlah yang Maha Gagah
pada kelemahan dan keletihan ini..
kupohon KAU pulihkan
berilah aku kekuataan..
untuk meneruskan perjalanan


Luahan hati ini diambil dari buku motivasi yang sama dengan >entry ini< dan ditaip semula oleh Solehah.. Suka sangat dengar suara zikir dari ustaz ini..Menyentuh kalbu betul.. Betul tak?

Jangan kejutkan ku dari mimpi ini,Ya Allah


Assalamualaikum and selamat sejahtera semua.. Tau tak sometimes Solehah rasa kata-kata di atas adalah sangat benar.. But sometimes tak bila dapat mimpi buruk =P.. Solehah nak kongsi satu mimpi solehah kat korang tapi sedih sikit kot sebab Solehah tulis entry ni pun nak nanggis.. # kalau nak feeling lebih,sila  tekan lagu kat bawah entry ni..

Dah lebih sebulan,Solehah tak mimpi arwah ayah. Rindu sangat.. Dan pada suatu malam, Solehah buat solat hajat supaya Allah temukan Ayah walau dalam mimpi sekalipun kerana terlalu rindukan ayah =').. Tapi malam tu Solehah tak mimpi Ayah. Jadi Solehah ambil keputusan untuk pergi kubur ayah keesokkan harinya.. 


Dah nak dekat 2 tahun ayaj meninggal since 24/7/2010 semasa Solehah ditingkatan 1


Seminggu lepas solat hajat tu, Solehah mimpi ayah.. Wah,Terasa bahagia sangat.. 


Tau tak yang mula-mula Solehah mimpi tu Solehah dengar ayah sedang mengaji.. Ya Allah,merdunya suara Ayah.. Pada waktu itu ayah sedang duduk di tempat yang ayah selalu mengaji.. Solehah duduk dengar je sambil kata dalam hati 'eh ni ayah kan?'.. Waktu mimpi kan gila sikit,Solehah siap cakap dalam hati 'Ayah kan dah meninggal? Ayah hidup balik ye?' tapi Solehah terus tersenyum sebab dengar suara ayah..


Lepas ayah siap ngaji,ayah ajak kitorang keluar.. Dah lama tak keluar jalan dengan ayah.. mestilah teruja nak pergi.. Solehah yang paling awal siap.. Ayah dah tunggu kitorang dekat sofa yang ayah selalu duduk =').. 


Jika benar ini mimpi,jangan kejutkan aku Ya Allah..


Tiba-tiba Soleha terus pergi peuk ayah sambil cium pipi ayah.. Solehah cakap yang "Kakak,rindu ayah.Jangan tinggalkan kakak lagi ye?".. Masa tu hanya Allah je yang tahu perasaan serta harapan Solehah..Rindunya dengan pelukan ayah..


 Waktu itu Solehah sangat  mengharap ia bukan sebuah mimpi. 

Ayah hanya tersenyum dan senyuman itu yang ku rindu.. Solehah tersenyum dan berkata 
" Yeah,lepas ni hidup kita akan jadi macam dulu balik,Ada nya PELINDUNG bagi keluarga ini,tiada sapa nak kacau ".. Solehah rindukan rasa selamat bila berada di samping ayah dan Solehah rindu sesangat ketika ayah imamkan kami sekeluarga=')


Tiba-tiba
Soleha terbangun sebab kesejukan.. Argh,indah nya mimpi tadi.. Semasa Solehah ceritakan balik mimpi ni kat ibu pun Solehah nak nanggis..  Tapi setiap apa yang berlaku ada hikmah bukan.. Ia mengajar Solehah menjadi lebih sabar dan bersyukur dengan ujian Allah.. 

Susah itu tarbiah.Bila orang biasa susah ketika senang,insyaAllah dia senang ketika susah..

I miss you Ayah..

Keh la,nak pergi pergi dulu.. Klik link ni kalau nak baca  >Sajak untuk ayah<  oleh Solehah sendiri ye.. Jangan terkejut,haha.. Lagu khas untuk kita semua terutama arwah ayah Solehah.. Al-fatihah


Maaf kadang-kadang hati ini lemah tanpa bantuan mu Ya Allah.. Segala amanah terpikul di bahuku sebagai anak sulung,jadi mudahkan lah urusanku Ya Allah.. Terima kasih buat yang memberi sokongan.. 


Belajar dari alam


Lihat kayu-kayan di hutan
berebut lepaskan pucuk
ingin dulu ke atas,
tanpa kasihan belas.

Lihat batu-batan di jalanan
kaku beku dan bungkam
tanpa ambil peduli
apa yang akan terjadi.

Lihat binatang di rimba
jadual hidupnya sama
hanya kerana makan
rela membunuh kawan

Namun kita adalah manusia
dikurnia hati dan pemikiran
diukir penuh kesempurnaan
demi kasih sayang TUHAN.

Kita bukan haiwan
pun bukan batu jalanan
atau kayu kayan di hutan 
hidup biarlah bererti 
ikutlah perintah ILAHI.


Credit: Buku 'Di Mana DIA Di Hatiku' karya Pahrol Mohd Juoi.. <Solehah tengah baca buku ni.. Best giler, terasa bercakap dengan diri sendiri,terasa di muhasabah.. Solehah taip balik sebab rasa sangat bermakna kata-kata di atas.. Jadi belajar lah dari alam and dengar lah lagu tu ye awak semua. 

Sekian terima kasih,tata and Assalamualaikum..

comeynya budak ni.. Little penguin (^_^)


Bajet Rm 50 je?


Bismillahiramanirahim dan Assalamualaikum semua.. Apa tiba-tiba Rm 50 ni? Asal tulis tajuk entry  macam tak cukup? Tau tak orang miskin nampak Rm 50 macam Rm 500?  Tak reti bersyukur betul budak ni.. Eh,eh,jangan cepat buat kesimpulan sayang ku.. Meh baca sampai habis dulu.. Sebelum tu apa kata kita layan video terbaru mat luthfi dulu (^_^)

because u are poya and BAJET and  blabla.. #tak boleh blah muka dia part ni

Ok,yang itu bajet lain..Solehah nak cerita ni bajet lain.. Ok,masa bulan 2, 2010 kalau tak silap,masa tu arwah ayah Solehah ada lagi and dia bawak kitaorang pergi bercuti..

Ke mana? Ke PERLIS( Indera Kayangan)!! Dah lama tak keluar Melaka masatu jadi memang excited gila.. Pergi sana sebab nak melawat ayah angkat arwah ayah*dia meninggal lepas 2 bulan ayah Solehah meninggal..  Makan and bercuti kat sana memang happening.. 



Tapi sebelum tu,Ayah Solehah ada kasik sorang Rm 50.. Dia kata nak beli apa beli lah tapi tak boleh mintak ayah dan ibu kene guna duit tu.. Dalam hati dah kata Alamak.. Sayang pulak nak pakai duit tu.. Hehe,biasalah budak-budak lagi time tu *tingkatan 1(2010)

Tapi last-last guna jugak beli keychain and segala bagai.. Takkan nak pulang tangan kosong je kot? Hehe.. Tapi Solehah still  Bajet-bajet lah kat sana,takut terlebih pulak.. Duit lebih tu bukan nak simpan tapi nak beli something di .........


Langkawi.. Yeah,tak tidur pun sana.. Pergi singgah kejap.. Alang-alang lalu and sebab  tak pernah pergi jadi singgahlah kejap... Duit yang Solehah bajet-bajet pakai kat sana semua habis dekat sini sebab borong coklat lah.. (-.-')


Banyak gila beli sampai terlebih.. Sebaik ada bawak duit lebih.. Sebenarnya masa kat perlis tu pun nak habis dah duit  tu.. Kuang-kuang.. Demi coklat apa pun sanggup ku lakukan *chewah


Korang pernah tak apa yang korang rancang atau bajet terlebih dari bajet korang? Cer citer sikit ye..

Psst:Em,last sekali,sorry lah sebab tak boleh nak tayang gambar masa kat langkawi kat pelis seba gambar tu dalam laptop.. Gambar semua diambil dari ihsan cik google.. Gambar last tu je dari Solehah..



Tengah kira-kira bajet untuk ...


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Psst,hari ni Solehah nak kongsi satu rahsia khas untuk pembaca dan follower blog ni.. Tapi tak da lah besar sangat  rahsia tu macam kes skandal-skandal tu.. Ops,back to the topic.. Sebenarnya Solehah tengah kira-kira bajet ni  untuk mencapai impian Solehah..

Korang agak-agak apa? Jawapan nya ada kat photo entry atas ni.. Ya,tepat sekali. Ia berkaitan dengan kamera.. Ke ada yang tak nampak lagi? Kalau tak zoom sendiri =P.. Kamera. Itu lah yang menjadi idaman kalbu selama nak dekat 1 tahun setengah..


Ada sesetengah orang,dia mintak terus dapat kan? Nak kamera besar ke kecik ke semua boleh.. Tapi Solehah tak termasuk dalam golongan itu.. Solehah ada lah sendeng-sendeng kat ibu tapi i already know the answer..Saje je mengedik  kat ibu mana tahu tiba-tiba Allah buka kan hati ibu untuk beli kamera untuk saya.. Haha, (^_^)

Saya tak kisah sangat ibu tak beli sebab saya tak menyusahkan ibu.. Lagi satu saya NAK BERDIKARI.. Sebab bagi saya kalau kita guna duit kita sendiri untuk beli apa yang kita idamkan,kita akan jadi lebih menghargai barang tersebut..

Jadi di sini saya ingin bentangkan " Bajet Untuk Beli Kamera Idaman Kalbu 2012",sila baca dengan nada serius.. key,fine,nada Dato Najib bagi ucapan pun boleh lah..


Sebenarnya Solehah tak dalah nak beli kamera yang beribu-ribu tu tapi kamera atas ni pun cukuplah. Tadi google,kamera ni baru Rm 750 ke bawah.. Murahnya tapi tak suka beli online lah.. Hari itu pergi servey kat mydin adalah kamera nak dekat sama macam ni harganya dalam Rm 850..  Jadi Solehah target untuk beli kamera itu..

Selama dekat 2 tahun adalah kumpul sikit sampai dah jadi Rm 300.. Fuh,banyak lagi nak sampai sasaran tu.. Tapi tiada yang mustahil.. Akan diperkuat ganda kan usaha dengan cuba save duit sekolah dengan puasa ke atau apa-apa je lah.. Demi kamera*sila baca dengan nada terharu sambil gengam tangan kata saya boleh*

Jadi bajet dah ada Rm 300.. Nak sampai sasaran lagi Rm 500.. Psst,harap nanti dia buat promosi ke atau apa je lah yang buat harga dia turun.. *Amin


Just love photography very much.. Sebenarnya ada sejarah di sebalik Solehah dan Kamera tapi nanti kalau rajin Solehah taip lah ye? Just love Photographi Very much..

#korang sekarang ni adakan simpan Bajet untuk beli apa-apa?Share lah dekat kotak komen bawah tu..

WW#34 Pergilah segala kesedihan


WW#33 Solehah,you can do it,TQVM u all


WW#32 This is what I trust


Damai yang hilang

Kebahagiaan bukan dicari, kerana bahagia tiada punya tempat atau alamat..
..tetapi ia perlu dirasai, dijiwai dan diamati perasaannya..Pejamkan mata, dan fikir yang kita sebenarnya sudah cukup bahagia hari ini kerana diberi satu lagi kesempatan bernyawa untuk hidup beribadah padaNYA.
Percayalah, akan ada sinar bahagia menyinari jika kita rasa hidup ini bukan hnya untuk kepuasan diri, tetapi untuk mendekatkan diri pada Illahi dan berbakti pada sesama insan di duniawi sementara ini.
Ujian bukan sebab untuk kita rasa kecewa dan bersedih sepanjang masa, kerana dengan masalah kita matang menyelesaikannya, dengan ujian kita tabah hadapinya. Hidup ini tak lama jangan bazirkan dengan air mata. 
Seminit kita bersedih kita dah bazirkan 60 saat untuk rasa bahagia! (^_^)




❝..JANGAN bermimpi mencipta KEBAHAGIAAN, jika TIDAK mampu memupuk SABAR melalui KEKECEWAAN..❞ …

❝..JANGAN terlalu mengharap akan KESEMPURNAAN, jika TIDAK mahu berusaha MEMPERBAIKI DIRI melalui KESALAHAN..❞ …

❝..JANGAN mendamba dan meminta BERLEBIH-LEBIHAN, jika TIDAK tahu untuk BERSYUKUR dan BERTERIMA KASIH di atas PEMBERIANNYA..❞




>credit<..Tepuk dada tanya iman ye awak..Sama-sama lah kita perbaiki diri ini sebagai hamba Allah.. Key lah, tata dulu ye and maaf lah sebab akan jarang update sedikit nanti ^_^..



Ya Rasulullah!!



Baca entry ni sambil dengar lagu kat atas ni,konfirm korang nanggis =')


Wahai Rasulullah,
Tika ini, jika engkau hadir bertamu,
Mungkin mengalir deras airmatamu,
Dek kesayuan mengenang umatmu,
Terlalu jauh dari Allah dan risalahmu,

Wahai Rasulullah,
Nafsu kini menjadi tuhan,
Harta dan pangkat menjadi sembahan,
Melalaikan segala arahan & janji ketuhanan,
Ibadah dirasa berat tidak tertahan,
Al Quran bukan lagi panduan kehidupan.

Wahai Rasulullah,
Kedamaian rumahtangga semakin hancur,
Sikap curang semakin subur,
Peranan ibubapa kian gugur,
Ketaatan anak-anak turut melebur,
‘Barah' di dalam keluarga menjadi parah,
Akibat solat yang tiada berarah,
Amat jauhlah keikhlasan ibadah

Wahai Rasulullah,
Kami tidak mahu lupai jasa & kesukaranmu,
Namun ramai mendustakan ajaranmu,
Harta kini lebih dicintai dari cintamu,
Cinta Allah & Rasul menjadi lafaz kaku,
Seperti khayalan yang nyata palsu,

Wahai Rasulullah,
Dosa kami ibarat lautan tidak berpenghujung,
Namun dirasa umpama lalat di hujung hidung,
Hinggapnya hanya sebentar,
Bila ditepis ia tidak lagi berkunjung...
Taubat kami kurang kekesalan,
Tiada penghayatan, tiada keinsafan
Hati kian berkarat, dipenuhi dosa tanpa Nur Tuhan,
Anehnya, kami masih merasa layak ke syurga idaman,

Wahai Rasulullah,
Aurat wanita tercemar kian,
Berbangga ditayang & dihias berlebihan,
Ditagih penghargaan dan kalam pujian,
Tidak dipeduli murka Tuhan,
Bapa & suami dayus suatu kebiasaan,
Cuaikan amanah ketua keluarga lantikan tuhan,


Wahai Rasulullah,
Bersamamu, kami merindui kehidupan,
Namun adakah diri ini punyai kelayakan,
Dibanding sahabat, tabien & solihin yang beriman,
Dimanakah tempat kami di sisi insan kesayangan Tuhan,
Dipohon syafaatmu duhai kekasih pilihan,


Wahai Rasulullah,
Belas Allah kami harapkan,
Moga , tatkala menjelang kematian,
Jiwa yang sejahtera dapat kami hamparkan.


Zaharuddin Abd Rahman
Leicester, UK
31 Ogos 2010
Tulisan Murabbi disini

kenapa ibu nanggis?



Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?” Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”

“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”

“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.

“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?”

Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.


“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.

#credit here..Btw,semalam baru cakap hati ke hati dengan ibu sampai bengkak dah mata ni=')

WW#31 Alhamdulilah,Ya rabbi

Nasib si anak yatim bernama..


Pertama sekali biar aku perkenalkan diriku. Namaku ISLAM. Aku sudah lama di yatim piatukan. Dulu, ada orang yang menjaga aku. Namanya SAHABAT NABI. Kemudian, selepas sahabat nabi meninggal semuanya, aku telah dipelihara oleh TABI’IN dan TABI’UT TABI’IN. Sekarang, mereka sudah meninggalkan dunia. Aku sudah tidak ada tempat lagi di hati manusia.
Aku sedih sebab di zaman ini sudah tidak ada lagi manusia yang sanggup menjaga aku, menjaga kebajikan aku. Aku kesepian sendiri tak berteman. Hatiku bertambah pilu, Allah saja yang tahu. Entah kepada siapa lagi aku bermanja….
Jika aku pergi kepada orang kaya, Ah, aku sibuk, mana ada waktu untuk membelaISLAM?? Jika aku mencari simpati dengan orang miskin, Aku sendiri tak kecukupan, bagaimana aku membela ISLAM?? Jika aku pergi kepada pelajar, katanya Aku sibuk dengan pelajaran, mana ada waktu untuk menjaga ISLAM???
Sekarang, siapa lagi yang ingin mengambil aku???
Aku pernah bahagia ketika ada yang bersungguh sungguh menjagaku. Kusangkakan panas hingga petang, rupanya turun hujan tengah hari. Ternyata kesungguhan itu hanya pura-pura. Aku dibawa kemana-mana lantaran keuntungan yang hendak diraihnya dariku. Banyak yang membawa namaku untuk mencari keuntungan, bahkan aku dijualnya. Akhirnya aku tahu. Hakikatnya hanya namaku yang mereka manfaatkan. Mereka tidak memeliharaku dengan sungguh-sungguh. Aku tetap diabaikan.

Tuan (engkau) yang membaca tulisan ini, bersimpatikah dengan aku yang yatim ini??? Tuan, bantulah saya, kasihanilah saya. Saya sedih karena ditinggalkan oleh manusia. Jika tuan sudi menerima saya sebagai teman hidup tuan, cari saya dalam buku panduan yaitu AL-QUR’AN. Untuk info tambahan saya, silahkan rujuk kepadaSUNNAH NABI.
Alangkah bahagianya saya dan tuan seandainya tuan juga mengajak orang lain menjaga saya. Saya akan membalas segala jasa baik tuan di akhirat nanti, dan saya senantiasa mendoakan agar Allah yang maha perkasa itu akan membalas jasa baik tuan..
Aku Yang Merana
(Islam)

#sedih kan?EM,credit to here..Key,tata

WW#29 Menjadi seperti namaku: Solehah


Hanyalah bingkisan hati wanita akhir zaman


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Meaningkan gambar di atas? Solehah nak kongsi bingkisan hati sebagai wanita akhir zaman buat diri Solehah dan semua muslimah semua.. Credit:tak ingat=.='
Jika ditanya 
Apakah yang lebih indah daripada
segunung emas dan sejutapermata?
Apakah yang lebih indah daripada beribu mutiara di lautan?
Dan harta serta wang yang melimpah ruah?

Jawabnya
Keindahan itu terletak pada keimanan dan 
ketakwaan kepada Tuhan.

Jika ditanyaApakah akan rugi jika 
hidup dengan agama?
Tanpa merasa nikmatnya dunia?

Jawabnya kenikmatan itu tergantikan
dengan reda-Nya.

Jika ditanya
Apakah nikmatnya menyusahkan diri?
Mencari selautan ilmu?
Bejuang demi agama?

Jawabnya
Kerana inilah perjuangan sebenar
Yang menuntut aku mengorbankan segalanya
Kerana aku tahu indahnya
kenikmatan di syurga
daripada kenikmatan di dunia

Aku mahu menjadi bintang
yang cemerlang
hingga sinarnya menembusi
langit dunia
Hingga izzah Islam akan
kembali bersinar
Seperti zaman Rasul dan sahabatnya.


Walau aku bukanlah
 Sayidatina Aisyah yang cerdas dan pintar
Bukan juga Sumaiyyah yang
berjiwa perkasa
Bukan juga Sayidatina Khadijah
yang mulia
Bukan Khaulah dengan kuda
dan pedangnya

Tetapi..

Aku hanyalah wanita akhir zaman
Yang mempunyai cita-cita
Disebalik cintaku pada-Nya
 Subhanallah ^_^.. Ok lah,minggu ni Solehah agak buzy sebab kelas tambahan dah start,latihan rumah sukan and taekwondo lagi.. Jadual sangat padat tapi insyallah akan mencari masa untuk terus menaip,Insyallah=)..
Animated Pink Pencil