Kenapa sungguh susah kita sembahyang?



Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang – bayang, Bukan ke lebih beruntung daripada tiang, Berdiri tanpa roh malam & siang…
Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang, Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang, Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang…..
Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang, Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang, Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang…
Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang, Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang, Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang…?
Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang, Pagi Kita sihat petang boleh kejang, Nanti dalam kubur kena balun sorang – sorang….
Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka Cuba la aku bayang, Perjalanan akhirat memang terlalu panjang, Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh Halang!!!
Renung2kan Dan Selamat BeramaL!! yang baik datngnya dari Allah dan yang buruk itu adalah di atas kekhilafan saya sendiri=)


Ini baru betul=)

Assalamualaikum and anayonghaseyo semua..Ok,jom layan this komik pendek..Sangat menarik dan ini baru sweet okey?




Dah tengok?Tak nampak?Klik je gambar..Kalau x de butang zoom,korang save at laptop pastu pandai-pandai ah zoom,key?Sorry tak boleh buat entry panjang-panjang sebab esok sekolah..Tata=)

Kenapa contoh bagi entry lepas ialah lelaki



 

Ya اَللّهُ, mengapa wanita sering menangis?

Jwbnya: Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakan ia sbg makhluk istimewa,
KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,
KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,
KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,
KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah,
KU beri dia naluri utk mencintai anak2 dlm keadaan apapun,
KU kuatkan batinnya utk ttp menyayangi walau dikhianati oleh teman,walau disakiti oleh orang" yang ia sayangi
Wanita mahluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis itu kerana KU beri dia air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

"WANITA..KAMU ISTIMEWA" (:



sebab itu dalam entry  AIR MATA PENYELAMAT KITA contohnya lelaki..Kerana wanita memang mudah mengalirkan air mata tapi kita istimewa..Don't worry be happy=)

Pengharaman bertudung di Malaysia?



Assalamualaikum semua,menyirap darah saya apabila membaca artikel tentang pengharaman bertudung di Malaysia..Cuba anda baca dan komen pandangan anda ye..

Isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan IPTS di Malaysia. Ahli-ahli parlimen negara sudah mendapat kata sepakat bagi mengharamkan pemakaian tudung bagi pelajar wanita di IPTA dan IPTS di Malaysia ini berikutan dengan faktor-faktor kesihatan. Ini kerana pelajar-pelajar wanita yang memakai tudung ini didapati kurang mendapat prestasi yang agak cemerlang. Kenyataan ini juga disahkan oleh pakar-pakar di hospital selayang yang membuat kajian terperinci pemakaian tudung ini.

Mereka berkata tudung ini akan menyebabkan pengedaran udara yang kurang dan menyebabkan kepala yang melindungi otak akan menjadi kurang segar dan akan menjadikan otak mereka tidak aktif seperti pelajar-pelajar yang tidak memakai tudung. Jadi bagaimana isu ini boleh berlaku topik ini sengaja ditulis dan hanya disiarkan kecil sahaja di bahagian muka surat yang sekiranya tidak diteliti tidak akan nampak.

Adakah kerajaan Malaysia takut akan hal ini. Yang dulu begitu marah terhadap Singapura yang memberhentikan 2 orang murid perempuan kerana memakai tudung ke sekolah. Ape susah jadi dengan isu ini diam begitu sahaja. Sekarang ape sudah jadi paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih. Sekarang Malaysia sanggup mengHARAMkan pemakaian tudung pihak JAKIM juga tidak dapat berbuat apa-apa dengan isu ini. Ini kerana semuanya terletak di tangan menteri-menteri di Malaysia.

Bagaimana pula dengan Pak Lah yang selalu menjadi Imam di masjid-masjid, adakah beliau juga bersetuju dengan isu pengharaman pemakaian tudung ini. Jadi bagaimana seorang Imam boleh setuju tentang pengharaman pemakaian tudung ini.

Bagi pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). International Islamic University Malaysia (IIUM) juga hanya menunggu dan lihat sahaja apa yang akan terjadi. Universiti ini dahulu yang mewajibkan setiap pelajar wanitanya memakai tudung apabila memasuki kawasan universiti kini hanya mengambil endah tak endah sahaja mengapa MALAYSIA sekarang ini. MALAYSIA yang dulunya dikenali kerana agama rasminya adalah agama Islam. Kini boleh mengharamkan pemakaian tudung di Malaysia yang kita semua sudah maklum sebagai seorang wanita Islam wajib memakai tudung.

Isu ini sengaja tidak digembar-gemburkan agar tidak mahu berlaku kekecohan ataupun apa-apa reformasi. Pihak media massa seperti TV juga tidak mahu mengambil inisiatif bagi membetulkan semua ini. Adakah Malaysia sudah lemah..

Pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan juga akan menghantar notis ini ke sekolah-sekolah. Pihak menteri juga telah menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara jenis tudung yang tidak boleh dipakai ialah:-
1)TUDUNG SAJI;
2)TUDUNG PERIUK;
3)TUDUNG TERMOS;
4)TUDUNG CAT;
dan berbagai-bagai jenis TUDUNG BOTOL yang selalu menjadi permainan murid sekolah masih di dalam pemerhatian
 
credit to u by me

LoL=p

Cinta agung

¸.•❤ Awak sedang asyik berbalas SMS dengan seseorang yang BUKAN mahram?
¸.•❤ Awak sedang ternanti-nanti PANGGILAN dari si dia?
¸.•❤ Awak sedang MENUNGGU saat-saat dapat bertembung dengan nya?
¸.•❤ Awak sedang memilih BAJU yang paling MENARIK untuk keluar DATING bersamanya?

Emm..jika jawapannya YA, awak sedang membuat Kekasih Agung awak SANGAT CEMBURU....

(¯`*•.¸ Berkata Ibn Qayyim al-Jawziyyah :”Allah swt CEMBURU terhadap HATI HAMBANya yang mengabaikan cinta, harap dan takut kepadaNya, dan ada sesuatu yang LAIN dalam hatinya selain Dia.”¸.•'´ ¯) ♥

Kecemburuan Allah swt langsung tidak menunjukkan KERENDAHAN atau Dia MEMERLUKAN kita. Maha Suci Allah daripada sebarang SIFAT KEKURANGAN. Cemburu Allah ialah TANDA BESARnya cinta Yang Maha Pengasih dan Penyanyang terhadap hambaNya. Dia TIDAK memerlukan kita. Dia tidak luak dengan kelalaian kita. Tidak terjejas TANPA cinta kita.

Dia cemburukan HATI kita yang meletakkan CINTA LAIN lebih AGUNG daripadaNya kerana Dia SAYANGkan kita. Dia tidak mahu kita menempah jalan SENGSARA. Dia menawarkan cinta yang TIDAK pernah mengenal KECEWA. Inilah HAKIKAT CINTA yang Agung..

credit to wyna by me=)

Air Mata Penyelamat Kita

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
AIR MATA SEORANG LELAKI
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan cinta wanita,
Maka hilanglah sifat pemimpinnya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan dunia,
Maka hilanglah sifat redhanya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya,
Maka terbitlah sifat belas ehsannya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana terluka,
Maka hilanglah sifat kekuatannya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalirnya kerana takutkan Allah S.W.T,
Maka bergembiralah,
Kerana air mata yang sedikit itu mampu,
Memadamkan api neraka kelak.

Rasulullah S.A.W telah bersabda:
"Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari Kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata:
"Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan kerana sehelai rambut.

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari Kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
"Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jathiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh lima ratus tahun perjalanan.

Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan:
"Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad S.A.W berusaha menghalanginya dengan berkata:
"Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata,:
"Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"

Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah S.A.W meraihnya. Berkata Jibril A.S.:
"Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya."

Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S:
"Wahai Jibril, apakah air itu?"

Maka Jibril berkata:
"Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W:
" Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."
credit to budak tawadhuk from me=)

WW#11 Terlalu mencari yang sesuai?Take note 4 dis

Kasih ayah


APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..

Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

(sebarkan jika kita sayang kepada ayah kita)

Ok,lepas baca sahaja entry ni,hampir nanggis miss my arwah ayah..Teringat masa demam,dia yang jaram kepala dan dia juga yang tak tidur malam sebab nak pastikan solehah ok..Ya Allah,tabahkanlah hati ini..Sangat merinduimu,al-fatihah..Walaupun ayah hanya menjaga kakak selama 14 tahun tapi banyak yang ayah ajar,terima kasih=')

Dah siapkan header2 free kepada yang bertuah

Header simple ini buat salwa..Dah siap!!Maaf simple sahaja..Font seperti yang awk kehendaki=).Sila >klik sini < untuk ke blog salwa


Ini pula header untuk Afiqka..Maaflah ini sahaja yang saya mampu.Doodle kredit to miss.apple .Afiqka

Ok,Ini khas untuk kak nadia.Disebkan dia saya terdetik nak buat header at korang yang lucky tu. .Solehah  paling suka icon girl at header tu,comel. Hope u like it too. nadia


Ini untuk fieza.. Ok tak?Kalau  OK baguslah tp kalau KO maaf ye-.-'..fIEZA




Eh asal blog miya dapat 2?Sebenarnya tak tahu nak pilih background untuk blog awak jadi saya buat 2..lama juga pikir..Hehe..Pilih lah mana suka..BELOG MIYA

Dan yang last one:

Ini yang paling solehah suka.Dan yang ini diperi perincian cantik sikit sebab ini yang terakhir.Just for Wani=).>Klik sini<untuk terjah

Ada 7 orang terima sebenarnya.Kalau nak tengok lagi 1 sila >klik sini<

Akhirnya siap juga semua..Tak tidur petang .Lepas ni boleh 100% pada buku sebab dah nak peksa-.-'.Sila doakan budak ni berjaya ye.Em,maybe juga tak on9 selama seminggu masa minggu exam,jadi entry akan berlapuk jugak nanti,bw juga akan dibuat lepas exam.

Take note kepada penerima header free ni semua:
Kalau dah amik bagitau.Em,kalau tak puas hati solehah boleh betulkan.Lepas Exam lah baru betulkan Ok..Hope korang suka .

Periksa Akhir Tahun nak dekat,selaras seluruh negeri Melaka pulak tu.Budak-budak form 2 yang duduk kat Melaka,jom kita berdoa supaya soalan senang.

Wish Me Luck,Guys=)
Semoga Allah permudahkan Urusan ku..Amin..

Sayonara..

Sahabat seagamaku bacalah!!

Assalamualaikum wbt..
Wahai sahabat² seagama denganku .. Tolonglah ambil masa beberapa minit untuk baca note ini ..Tak lama pun berbanding peringatan yang akan disampaikan..

Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi .. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih … Bayangkan benda ini berlaku pada anda ..

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yg di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah .. Tiba² masuk dua orang lelaki yg menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam .. Tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun .. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik “ Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu ” .. Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri .. Daripada jumlah yg 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing² termasuk Pak Iman tu .. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata “ Ok Pak Iman , saya dah halau SEMUA yang hipokrit , sekarang bolee lah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat ” .. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah ..

Macam mana .. Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas .. Selain terhibur anda fikirkanlah …

“ Lawak kan , dari 1,000 orang yg mengaku dia Islam , hanya 20 yg betul-betul BERIMAN … “

“ Lawakkan berapa banyak manusia yg mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya .. Kedua lelaki hanya membawa mesin-gun .. Dia tak kata pun nak bunuh .. Tapi generasi sekarang .. Amat lemah .. Baru kena ugut terus lari lintang pukang .. Lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi .. ”

“ Lawak , ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja .. Tu pun bila time sembahyang jumaat .. Tunjuk muka kat orang kampung .. Ada tu lagi dashyat setahun 2 kali jaa .. Bila time sembahyang raya .. ”

" Lawakkan , ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran ”

“ Lawakkan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara , akhirat adalah tempat yang kekal , tapi berlumba² mengejar dunia .. ”

“ Lawak , kita bolee bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai .. Tak cukup masa .. "

Dan lebih lawak lagi , bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel² yang berunsur agama Lawak kan ?? Kenapa ? Gelak tu kan realiti ..

Tapi yg paling lawak sekali .. Berapa orang yg lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain .. Berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca ? Berapa banyak ?? Wallahualam .. Sebarkanlah ..Moga berguna buat mu,sahabat seagamaku..Moga dirahmati oleh-Nya

Header untuk Shalina


Ok,dah siapkan satu header free iaitu untuk Shalina.Dia orang pertama terima tau. Sorry tak cantik,kalau ada nak ubah apa-apa cakap tau.Harap awak suka.Kalau ada yang tak kene Nanti lepas periksa akhir tahun saya ubah,ok? Ok kalau nak ke blog si gadis manis ini sila 

WW#10 i happy when i see u smile=)


Sapa nak header free?

Nampak tajuk at atas tu?Yup sekarang ni saya saja nak buat amal jariah sempena birthday solehah yang baru je berlalu . Jadi solehahnak buatkan HEADER FREE untuk follower saya?

Selalu nye saya dapat header tapi kali ni saya bagi header free untuk follower blog ni . Em,tapi saya tak tahu lah anda nak ke tak? Sebab header saya pun simple je kan? Burok pulak tu

Hari ni ada orang kata header saya nice . Jadi saya yang tengah baik hati ni,saja nak buatkan header untuk dia. Kepada miss. nurul nadia aka owner blog nadodress

Sila komen di entry ini dan bagitau kriteria header blog anda

Nak tulis apa:
Nak transparent ke tak?:
icon nak gurl yang bertudung-doodle- atau macam ikon gurl at blog saya:
Nak tema apa?:
Nak tulis url blog tak?:
width and height header?:

Kalau ada icon yang anda berminat ke bagi link gambar sekali ye?

Dalam saya punya laptop tak banyak sangat font kalau ada font yang anda berkenan sila bagitau saya.Tapi kalau tak ada,saya guna font saya sendiri key untuk buat header tu?

Sekian saja,tima kasih..Jadi siapa yang berminat silalah komen at entry ini..Dan isikan soalan sekali ye?Terhad kepada 5 orang sahaja termasuk miss.nadia,jadi tinggal 4 orang lagi,jadi silalah komen dengan sepantas kilat key?Tu pun kalau sudi lah. Tata,esok dah nak balik kampung,tak boleh online,nanti saya update key?

update:Disebabkan ramai yang berminat,solehah upkan 7 orang key?takyah segan-segan komen saja dan bagitau detail,kalo tak melopong lah jawabnya.Tarikh akhir sampai 4/10/2011 sebab 5/10/2011,saya dah nak buat header. Sila tulis url blog jgk ye kat bahagian komen tu,menyenangkan saya mengconformkan
Animated Pink Pencil