Showing posts with label solehah travel. Show all posts
Showing posts with label solehah travel. Show all posts

Misi Sukarelawan Aceh Part 1

Bismillah .

Fuh bersawangnya blog ni . Astagaa . Takpelah meh kita update sikit entry since lama dah sangat menyepi . Ni pun terasa nak update sebab ada yang tanya-tanya pengalaman masa menyertai misi sukarelawan di sana . 

Awkward gila weii  nak menaip . Nak start pun tak tahu guane . Hahah. fuhfuh . Takpelah halal lah eh kalau ayat tunggang langgang masa hangpa baca sat lagi . 

Klia 2

So first masa tahu pasal bende ni bila dapat info dari group kelas . Masa bacatu memang interested gila lah sebab weii Acheh kot dan untuk 6 hari dan weii misi sukarelawan . Orang kata sambil menyelam sambil minum air . Mula ajak juga rakan seUnisza tapi sebab kan beberapa faktor memang tak da geng lah yang sekali . Time ni dah redha dah sebab pi sorang dengan tak da geng , tak kenal sesapa .

Sekali bila dia kata boleh ajak orang luar dari unisza , memang terus ws beberapa orang kawan and yesss my best friend since primary ( Aina ) interested but masa tu belum bagi kata putus . Waktu tu memang doa sangat dia dapat pi and Alhamdulillah dia join sekali dalam misi . heh tak dalah rasa lonely sangat .

Bayaran yang dikenakan RM 700 termasuk tiket flight , makan minum , transport , insurans and others . Tak silap unisza support lagi RM 600.  Pakai duit sendiri lah  , tapi memang nak dapat izin ibu je lagi  ( tapi kene lupakan nak beli laptop baru lah . hahahaha ) . Sebenarnya memang dah save untuk pergi ke Korea tapi kene lupakan dulu lah citernya ( in wishlist , hoho ) .

So let start on date  24/8

Rombongan kami terdiri daripada 17 orang pelajar ( 3 orang lelaki, 14 orang perempuan ) , 2 orang guru pengiring iaitu pensyarah ( En hafiz ) dan pegawai hepa ( puan muza ) . So since kami time tu tengah  semester break dan bukan semua asal dari terengganu, jadinya ada 10 orang yang naik bas dari terengganu dan kami yang luar terengganu bergerak dari rumah ke airport .

So Aina and me bertolak dari rumah petang lagi dan berhenti di Seremban sekejap sebab kebetulan ayah Aina yang hantar ada kursus di Seremban . So we just chill kat hotel tu dulu sebab malam nanti baru gerak ke KLIA sebab kami dikehendaki berkumpul pukul 1 pagi .

Anyway kalau dari tentatif dan briefing memang first and second day kene pakai baju kurung sebab kami akan membuat lawatan ke dua buah universiti dahulu . So kami ni dengan gigihlah sampai airport dengan baju kurung . Siap kene tegur ayunya dengan orang yang lalu sebelah kami -.-



Pergh panjang kan mukadimah . Dipendekkan cerita kami bermalam di airport . Duk tepi je tido ( memang tak tido mana lah kan ) . Pukul 2/3 gitu kami dah sibuk timbang berat beg masing-masing sebab takut terlebih kilo plus dengan nak bawak barang sumbangan lagi . Dan ceritanya memang terlebih kilo . But Alhamdulillah semuanya settle .

25/8


Airport Aceh 


Tak duduk seat tepi pun ( act memang dapat seat tepi ) tapi takpelah bagi chance lah budak tu duduk . Janji dapat ambik gambo macam ni cukuplah . I love this moment . Sebab rasa awan tu macam gula kapas. Yummyyy . 


Aceh here we go ! 

Tempat pertama yang kami pergi selepas tiba di airport ialah kuburan massal . Berasal dari perkataan inggeris iaitu "mass" yang bermaksud beramai-ramai . Di sinilah antara perkuburan yang terbesar untuk mangsa tsunami . Terdapat 3 lapisan tanah dan perempuan lelaki bercampur kuburnya kerana mayat tidak dapat dicam lagi . Mayat-mayat ketika itu hitam legam dan kembung sehingga identiti tidak dapat dikenal pasti . Tiada jugak sebarang tanda . Hanya tanah lapang yang terbentang . Dalam kuburan ini terdapat lebih 40000 ribu mayat . Allah :'(  . Al-fatihah kepada mangsa-magsa tsunami di Acheh . 

Selepas ke kuburan massal destinasi seterusnya ialah ke " kapal atas rumah " . Masa sampai tu macam wooo camana lah kapal ni boleh ada atas rumah . Kalau kita dengar cerita mengenai ni memang rasa " subhanAllah , besar sungguh kekuasaan Allah " . Kapal ini telah menyelamtkan kira-kira 57 orang penduduk kampung tersebut . Kapal tu sebenarnya rosak/ ada bocor tapi dengan kuasa Allah , kapal yang tiada nakhoda itu telah digerakkan menghampiri sebuah rumah yang menjadi teduhan penduduk tersebut . Waktu tu rumah teduhan mereka itu yang setinggi 2/3 tingkat ( lupa ) dah ditenggalami air tapi waktu lah kapal ni telah dihanyutkan menghampiri mereka dan akhirnya mereka terselamat di atas kapal ini ketika tsunami . Serious2 kalau dengar depan-depan rasa macam ya Allah , hebat-Nya kekuassan - Mu . Kalau tanya dekat penduduk kampung yang terselamat pun mereka akan cakap " Semua ini berlaku hanya dengan izin Allah "

Ada satu lagi kisah seorang ibu menceritakan kepada kami bagaimana dia terselamat dengan bergayut pada dahan pokok kelapa . Ibu ini sangat terkenal di Malaysia jugak sebab selalu bagi talk di Malaysia . Suami beliau pun ada tulis buku tapi tu lah lupa jugak apa nama dia . hoho . Kalau pi boleh lah beli buku-buku yang dijual di situ . Duit Malaysia jugak boleh guna kat sini masa beli cenderahati .
Seterusnya, kami lalu di perkuburan Makam Syiah Kuala . Ni bukan " syiah " yang hangpa paham tau, yang ajaran terpesong tu . No no . Sebutan dia pun ada lain sikit . Syiah disini bermaksud syiar ataupun syariat . Gitu lah . Dan makan ni sebenarnya tepi laut but dengan kuasa Allah masa tsunami tak terusik langsung makan ulama syiah kuala  ini . Padahal memang sebelah laut weyhh . Sungguh Allah akan sentiasa melindungi wali-wali-Nya .

Okay perut pun dah lapo kan ? Apo lagi kit makan lah dulu . Tekstur nasi dia macam lembut-lembut macam pulut sikit but overall sedap je . Hoho den tolak sayur je pun . Tapi air dia pelik sikit sebab tak tahu lah jus apa dia buat tapi rasa macam air batuk tapi tu lah den minum je . 

Lepas dah makan kami pulang ke hotel untuk check in . Gambo hotel tak da pulak . Nama hotel kami " Hotel 66 " . Well depan hotel tu A&W and sebelah tu tempat game . Okay mula den takut jugak lapo kat sana sampai bawak maggie tapi lepas tengok A&W dekat hotel tu rasa macam tak lah risau mana . So solehah dapat 1 bilik yang dua orang kat tingkat bawah . Ofcourse lah duduk dengan Aina . Memang terlentang lah sekejap sebab penat sangat . 

Petang selepas solat zohor di hotel , kami telah mengadakan lawatan di fakultas ekonomi dan bisnes islam di Universitas Al Raniry .


Dialog perbincangan di mulakan . For me, perbincangan yang dikemukan sangat menarik . I m so excited masa dengar tu mungkin sebab banyak kaitan dengan kos kewangan Islam . Sebab sekarang Acheh telah mengunakan sistem perbankan Islam dengan meluas . Tapi tulah silap diri sebab tak buat research lebih jugak pasal bende ni. Haish but serious nak tahu banyak lagi . Serious menarik .

Selepas habis je lawatan ke Universitas tersebut kami pulang semula ke hotel untuk berehat .


Tadaaa. Ni untuk makan malam . Serious cakap makan sumpah heaven kat sini . Banyak gila makan kat Aceh ni . Okay dah rindu  masakan kat sana -.-'

So yes hambis dah entry for part 1 . Pheww sebabkan lama tak menulis rasa panjang dah entry ni . Okay doakan sis rajin nak sambung lagi part 2 okay . Hoho . Boiii . Assalamualaikum :)
Animated Pink Pencil