Assalamualaikum semua . Alhamdulillah dah 18 ramadhan dah . Bagaimana dengan amal dan iman ? Tepuk dada tanya lah diri , tak kan lah aku nak sia-siakan peluang sekali lagi ? Serious lah beb? Macam tentu je hidup lagi kan sampai tahun depan .
Ish , dia ni asyik cakap pasal mati je . Ehem awak orang yang mengingati tu ialah orang yang berjaya sebenarnya sebab fikirkan masa hadapan . Ye lah, masa hadapan , masa kat akhirat nanti ^^
Okay, den tak nak cakap pasal fadhilat ramadhan sebab pernah post dulu . Tak pun korang boleh google . Tapi ada beberapa peringatan yang diri rasa sangat perlu .
Ramadhan ? Okayy, bila sebut ramadhan apa sebenarnya yang terbayang di fikiran ? Bazar ? Baju raya *ek* ? Penat sebab nanti nak puasa ? Uishh . Atau pun dalam fikiran terfikir malam lailatul qadar? khatam al quran ? Atau dah set dah nak kumpul amal sebanyak mungkin ? Allah , tanya lah hati . Kau boleh tipu manusia, tapi kau tak kan boleh tipu Allah . Tak akan....
Selama ni den perati , dah tegur pun . Allah , banyak sungguh alasan diberi . Okayy, so ceq tulis entry ni, harap boleh lah ambil iktibar jugak sebab kalau terasa tu, bahagialah anda kerana masih punya iman . Tu mungkin sekadar teguran dari Allah .
Kadang kan kita tak sedar yang kita ni banyak sangat merungut bila ramadhan menjelang kan . Macam
" malas lah nak terawih "
" ni lemah ni puasa "
Nauzubillah, kita rasa susah kita rasa sangat payah . Kenapa ye macam tu ? Okay , masa tu ada satu tazkirah dari ustaz kat Matrik Melaka , dia habaq that
" Jangan banyak keluh kesah bulan ramadhan . Jangan macam kita tak redha dengan hukum Allah . Sebab kalau Allah tarik nyawa kita masa tu, kita mati dalam murka Allah sebab kita tak redha dengan ketetapan fardhu puasa "
Shentap masa tu . Nak ke mati dalam keadaan Allah murka dengan kita ? Nak ke ? ALLAH , ceq tak nak . Nak meninggal dalam keadaan husnul khatimah ... Nak sangat . Aamiin
Maka , jangan banyak sangat merungut . Allah tahu apa yang terbaik untuk kita . Kita marah bila orang bukan Islam kutuk agama kita tapi kita sendiri tak tunjukkan yang kita ni muslim yang baik pun kan ? Ye lah, suruh puasa pun rasa terbeban sangat .
Kalau ikutkan dulu masa zaman Rasulullah, ada perang lagi . Kita ni, kat Malaysia, ada ke perang macam Palestine , Syria dan sebagainya ? Tak kan . Nikmat tu tetap ada . Jangan lah kita ni tergolong dengan orang yang dapat istidraj . Istidraj ni apa pulak dah ?
Istidraj ni ialah bila Allah bagi nikmat lagi dan lagi tapi kita makin jauh dengan Allah . Kita bahagia di dunia tapi akhirat kita akan merana ? Fikir lah, mana yang kekal ? Hidup kat dunia ke akhirat ?
Lagipun ni lah bulan kita nak tingkatkan ibadah . Tapi rasa macam sangat pelik bila orang dia tak nak langsung terawih, solat pun tak . Sedih beb sedih .
Alasan paling selalu dengar lah kenapa pelajar tak gi terawih ialah " tak cukup masa , banyak assigment " . Okay, diri mengaku bukan pelajar cemerlang (not yet) tapi kan ustaz Najib , asatizah yang pernah ajar kat As Sofa dulu pernah pesan :
" Biarlah belajar tu berkat walaupun sedikit "
In shaa Allah weyh, kau buat solat terawih, baca Al Quran lepas tu kau study , In shaa Allah berkat . Lagipun doa orang berpuasa kan makbul .
Belajar kerana Allah kan . Lilahitaala kan . Biarlah berkat belajar ni . Tajdid niat . Tanyalah iman aku belajar ni sebab apa ? Nak redha ke murka Allah ? Nak kejayaan dunia semata ke ?
Kenapa susah sangat nak terawih ? Kenapa bila nak hujung fasa ramadhan makin ramai yang lesap ? Kenapa banyak sangat alasan ? Nanti jawab lah dengan Allah macam tu . Kau rasa kau boleh ke jawab macam tu ?
" sebab tak da masa"
Semua orang Allah bagi 24 jam jugak . Yang penting masa yang kita guna seharian tu berkat . Ni yang cakap istidraj jugak . Bila belajar ilmu dunia hingga lupa akhirat . Makin jauh dengan Allah . Allah :(
Ingat tak ceq pernah tulis ada orang datang dekat mimpi then cakap " masa kau dah tak lama " , masa tu memang doa sampaikan lah at least ke ramadhan ini . Jadi kalau Allah dah beri kesempatan ini , jadi kenapa nak sia-sia kan ?
Jadi, ceq mohon buat diri dan sahabat sekalian, masih ada peluang lagi ramadhan ini untuk dimaanfatkan . Rebutlah . Hidup ni tak lama . Apa guna hidup kat dunia 1000 tahun kalau Allah tak redha pun dengan kita sepanjang umur ? *lap air mata*
Okayy, jadi in conclusion, jangan banyak keluh kesah , turun terawih , rebut kumpul amal . Moga Allah redha . Kerana " ibadah itu adalah hiburan buat seorang mukmin " dear . Cukup Allah bagiku . Cukup Allah .
Fi hifzillah :)