WW#31 Alhamdulilah,Ya rabbi

Nasib si anak yatim bernama..


Pertama sekali biar aku perkenalkan diriku. Namaku ISLAM. Aku sudah lama di yatim piatukan. Dulu, ada orang yang menjaga aku. Namanya SAHABAT NABI. Kemudian, selepas sahabat nabi meninggal semuanya, aku telah dipelihara oleh TABI’IN dan TABI’UT TABI’IN. Sekarang, mereka sudah meninggalkan dunia. Aku sudah tidak ada tempat lagi di hati manusia.
Aku sedih sebab di zaman ini sudah tidak ada lagi manusia yang sanggup menjaga aku, menjaga kebajikan aku. Aku kesepian sendiri tak berteman. Hatiku bertambah pilu, Allah saja yang tahu. Entah kepada siapa lagi aku bermanja….
Jika aku pergi kepada orang kaya, Ah, aku sibuk, mana ada waktu untuk membelaISLAM?? Jika aku mencari simpati dengan orang miskin, Aku sendiri tak kecukupan, bagaimana aku membela ISLAM?? Jika aku pergi kepada pelajar, katanya Aku sibuk dengan pelajaran, mana ada waktu untuk menjaga ISLAM???
Sekarang, siapa lagi yang ingin mengambil aku???
Aku pernah bahagia ketika ada yang bersungguh sungguh menjagaku. Kusangkakan panas hingga petang, rupanya turun hujan tengah hari. Ternyata kesungguhan itu hanya pura-pura. Aku dibawa kemana-mana lantaran keuntungan yang hendak diraihnya dariku. Banyak yang membawa namaku untuk mencari keuntungan, bahkan aku dijualnya. Akhirnya aku tahu. Hakikatnya hanya namaku yang mereka manfaatkan. Mereka tidak memeliharaku dengan sungguh-sungguh. Aku tetap diabaikan.

Tuan (engkau) yang membaca tulisan ini, bersimpatikah dengan aku yang yatim ini??? Tuan, bantulah saya, kasihanilah saya. Saya sedih karena ditinggalkan oleh manusia. Jika tuan sudi menerima saya sebagai teman hidup tuan, cari saya dalam buku panduan yaitu AL-QUR’AN. Untuk info tambahan saya, silahkan rujuk kepadaSUNNAH NABI.
Alangkah bahagianya saya dan tuan seandainya tuan juga mengajak orang lain menjaga saya. Saya akan membalas segala jasa baik tuan di akhirat nanti, dan saya senantiasa mendoakan agar Allah yang maha perkasa itu akan membalas jasa baik tuan..
Aku Yang Merana
(Islam)

#sedih kan?EM,credit to here..Key,tata

WW#29 Menjadi seperti namaku: Solehah


Hanyalah bingkisan hati wanita akhir zaman


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Meaningkan gambar di atas? Solehah nak kongsi bingkisan hati sebagai wanita akhir zaman buat diri Solehah dan semua muslimah semua.. Credit:tak ingat=.='
Jika ditanya 
Apakah yang lebih indah daripada
segunung emas dan sejutapermata?
Apakah yang lebih indah daripada beribu mutiara di lautan?
Dan harta serta wang yang melimpah ruah?

Jawabnya
Keindahan itu terletak pada keimanan dan 
ketakwaan kepada Tuhan.

Jika ditanyaApakah akan rugi jika 
hidup dengan agama?
Tanpa merasa nikmatnya dunia?

Jawabnya kenikmatan itu tergantikan
dengan reda-Nya.

Jika ditanya
Apakah nikmatnya menyusahkan diri?
Mencari selautan ilmu?
Bejuang demi agama?

Jawabnya
Kerana inilah perjuangan sebenar
Yang menuntut aku mengorbankan segalanya
Kerana aku tahu indahnya
kenikmatan di syurga
daripada kenikmatan di dunia

Aku mahu menjadi bintang
yang cemerlang
hingga sinarnya menembusi
langit dunia
Hingga izzah Islam akan
kembali bersinar
Seperti zaman Rasul dan sahabatnya.


Walau aku bukanlah
 Sayidatina Aisyah yang cerdas dan pintar
Bukan juga Sumaiyyah yang
berjiwa perkasa
Bukan juga Sayidatina Khadijah
yang mulia
Bukan Khaulah dengan kuda
dan pedangnya

Tetapi..

Aku hanyalah wanita akhir zaman
Yang mempunyai cita-cita
Disebalik cintaku pada-Nya
 Subhanallah ^_^.. Ok lah,minggu ni Solehah agak buzy sebab kelas tambahan dah start,latihan rumah sukan and taekwondo lagi.. Jadual sangat padat tapi insyallah akan mencari masa untuk terus menaip,Insyallah=)..

Sehebat Masyitah dan Sumaiyah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Siapakah wanita yang ku tulis di tajuk entry ini? Hebat kah mereka? Ya,mereka sangat hebat.. Mereka adalah salah seorang srikandi islam yang sangat Solehah kagumi kerana kesabaranya selain srikadi islam yang lain..

Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan

Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada..
Mampukah aku?='(.. Diuji dugaan yang sebesar zahrah je sudah ku anggap seluas lautan.. Ya Allah,kuatkan lah iman kami semua,Amin.. Jom dengar lagu Sumayyah,sangat lah syok.. Dulu masa ada MP3,solehah selalu bukak lagu ni.. Jadi inspirasi buat Solehah,Insyallah(^_^)

Animated Pink Pencil