Lihat kayu-kayan di hutan
berebut lepaskan pucuk
ingin dulu ke atas,
tanpa kasihan belas.
Lihat batu-batan di jalanan
kaku beku dan bungkam
tanpa ambil peduli
apa yang akan terjadi.
Lihat binatang di rimba
jadual hidupnya sama
hanya kerana makan
rela membunuh kawan
Namun kita adalah manusia
dikurnia hati dan pemikiran
diukir penuh kesempurnaan
demi kasih sayang TUHAN.
Kita bukan haiwan
pun bukan batu jalanan
atau kayu kayan di hutan
hidup biarlah bererti
ikutlah perintah ILAHI.
Credit: Buku 'Di Mana DIA Di Hatiku' karya Pahrol Mohd Juoi.. <Solehah tengah baca buku ni.. Best giler, terasa bercakap dengan diri sendiri,terasa di muhasabah.. Solehah taip balik sebab rasa sangat bermakna kata-kata di atas.. Jadi belajar lah dari alam and dengar lah lagu tu ye awak semua.
Sekian terima kasih,tata and Assalamualaikum..
comeynya budak ni.. Little penguin (^_^)