Hanyalah bingkisan hati wanita akhir zaman


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Meaningkan gambar di atas? Solehah nak kongsi bingkisan hati sebagai wanita akhir zaman buat diri Solehah dan semua muslimah semua.. Credit:tak ingat=.='
Jika ditanya 
Apakah yang lebih indah daripada
segunung emas dan sejutapermata?
Apakah yang lebih indah daripada beribu mutiara di lautan?
Dan harta serta wang yang melimpah ruah?

Jawabnya
Keindahan itu terletak pada keimanan dan 
ketakwaan kepada Tuhan.

Jika ditanyaApakah akan rugi jika 
hidup dengan agama?
Tanpa merasa nikmatnya dunia?

Jawabnya kenikmatan itu tergantikan
dengan reda-Nya.

Jika ditanya
Apakah nikmatnya menyusahkan diri?
Mencari selautan ilmu?
Bejuang demi agama?

Jawabnya
Kerana inilah perjuangan sebenar
Yang menuntut aku mengorbankan segalanya
Kerana aku tahu indahnya
kenikmatan di syurga
daripada kenikmatan di dunia

Aku mahu menjadi bintang
yang cemerlang
hingga sinarnya menembusi
langit dunia
Hingga izzah Islam akan
kembali bersinar
Seperti zaman Rasul dan sahabatnya.


Walau aku bukanlah
 Sayidatina Aisyah yang cerdas dan pintar
Bukan juga Sumaiyyah yang
berjiwa perkasa
Bukan juga Sayidatina Khadijah
yang mulia
Bukan Khaulah dengan kuda
dan pedangnya

Tetapi..

Aku hanyalah wanita akhir zaman
Yang mempunyai cita-cita
Disebalik cintaku pada-Nya
 Subhanallah ^_^.. Ok lah,minggu ni Solehah agak buzy sebab kelas tambahan dah start,latihan rumah sukan and taekwondo lagi.. Jadual sangat padat tapi insyallah akan mencari masa untuk terus menaip,Insyallah=)..

2 2697 budak baik:

lifedreamhope12 said...

nice post! :)

Unknown said...

hehe..sangat meninggalkan kesan..same goes to kaum adam

Animated Pink Pencil