RDTM: Nilai kasih sayang


Assalamualaikum,semua,hari ni solehah nak share something..Tak tau nak sebut camana tapi yang pasti ia renungan di tengah malam..Sekadar mengingati^^

’Kakak, apa maksud bagi menggembirakan orang lain itu, datang dari nilai kasih sayang?
‘Adik..Manusia secara fitrahnya dik suka gembira kan?. Tidak ada manusia yang berkata, “alangkah gembiranya saya sebab saya tidak gembira”..kan?,
Tetapi tidak semua manusia yang gembira, suka menggembirakan orang lain. Orang tersenyum kerana gembira, tetapi tidak ramai yang suka tersenyum semata-mata mahu menggembirakan orang lain..jadi dik,
Jika adik suka bahagia, adik bahagiakanlah saudara adik juga.
Jika adik suka gembira, gembirakanlah saudara adik juga.
Jika adik suka menerima kebaikan, buatlah baik kepada saudara adik juga.
Mungkin kerana itu dik, masakan paling enak bagi setiap kita, adalah masakan ibu kita sendiri. Kerana dalam masakan itulah paling banyak kasih sayang dilimpahkan, ..subhanallah,hebat kan?..sedap masakan ibu..
Masakan yang dimasak oleh jiwa penyayang yang memberi…

Indahnya hidup kita , jika manusia menghargai nilai kasih dan sayang..
Subhanallah~

Dikongsi di sini buat tatapan semula di blog ni..Nak bagitau 1 lagi fact ni,baru baca kat newspaper KOSMO

Manusia akan lupa 90% apa yang dia mimpi

Macam tu lah lebih kurang..Sekian terima kasih..Eh jap,nak  bagi feel malam2 ni,sila lah layan video ni,saya nanggis2 tengok video ni.. Bukan video lagu ombak rindu atau seangkatan denganya tapi  video yang menyetuh jiwa dan raga saya ceh,ayat skema sungguh ..btw,hayati lah,jangan lupa amik tisu sekali^^



#RDTM means Renungan Di Tengah Malam sebab entry di tulis di tengah malam^^

1 2697 budak baik:

Muhammad Syafiq Azman said...

Perkongsian yang cukup menarik....
terukan berkongsi dakwah ok....

Animated Pink Pencil