Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada..
Hakikat
bahagia sebenarnya lebih halus dan lebih mendalam serta tersimpan
bagaikan mutiara di dasar hati. Bahagia tidak dapat dikesan oleh orang
lain dengan mudah kerana bahagia itu hanya diketahui oleh pemilik hati
masing-masing. Sedangkan gembira hanya pada zahir, mudah dikesan oleh
orang lain dan orang lain mudah tertipu dengan kegembiraan itu. Memang
kita dapat melihat senyuman di wajahnya dan mendengar tawanya, tetapi
dalam hatinya menanggung duka. Dukanya disembunyikan dengan kegembiraan
di wajahnya. Kerana itulah bahagia dan gembira adalah dua perkara yang
berbeza.
Related Posts : mutiara kata
0 2697 budak baik:
Post a Comment