Jangan kejutkan ku dari mimpi ini,Ya Allah


Assalamualaikum and selamat sejahtera semua.. Tau tak sometimes Solehah rasa kata-kata di atas adalah sangat benar.. But sometimes tak bila dapat mimpi buruk =P.. Solehah nak kongsi satu mimpi solehah kat korang tapi sedih sikit kot sebab Solehah tulis entry ni pun nak nanggis.. # kalau nak feeling lebih,sila  tekan lagu kat bawah entry ni..

Dah lebih sebulan,Solehah tak mimpi arwah ayah. Rindu sangat.. Dan pada suatu malam, Solehah buat solat hajat supaya Allah temukan Ayah walau dalam mimpi sekalipun kerana terlalu rindukan ayah =').. Tapi malam tu Solehah tak mimpi Ayah. Jadi Solehah ambil keputusan untuk pergi kubur ayah keesokkan harinya.. 


Dah nak dekat 2 tahun ayaj meninggal since 24/7/2010 semasa Solehah ditingkatan 1


Seminggu lepas solat hajat tu, Solehah mimpi ayah.. Wah,Terasa bahagia sangat.. 


Tau tak yang mula-mula Solehah mimpi tu Solehah dengar ayah sedang mengaji.. Ya Allah,merdunya suara Ayah.. Pada waktu itu ayah sedang duduk di tempat yang ayah selalu mengaji.. Solehah duduk dengar je sambil kata dalam hati 'eh ni ayah kan?'.. Waktu mimpi kan gila sikit,Solehah siap cakap dalam hati 'Ayah kan dah meninggal? Ayah hidup balik ye?' tapi Solehah terus tersenyum sebab dengar suara ayah..


Lepas ayah siap ngaji,ayah ajak kitorang keluar.. Dah lama tak keluar jalan dengan ayah.. mestilah teruja nak pergi.. Solehah yang paling awal siap.. Ayah dah tunggu kitorang dekat sofa yang ayah selalu duduk =').. 


Jika benar ini mimpi,jangan kejutkan aku Ya Allah..


Tiba-tiba Soleha terus pergi peuk ayah sambil cium pipi ayah.. Solehah cakap yang "Kakak,rindu ayah.Jangan tinggalkan kakak lagi ye?".. Masa tu hanya Allah je yang tahu perasaan serta harapan Solehah..Rindunya dengan pelukan ayah..


 Waktu itu Solehah sangat  mengharap ia bukan sebuah mimpi. 

Ayah hanya tersenyum dan senyuman itu yang ku rindu.. Solehah tersenyum dan berkata 
" Yeah,lepas ni hidup kita akan jadi macam dulu balik,Ada nya PELINDUNG bagi keluarga ini,tiada sapa nak kacau ".. Solehah rindukan rasa selamat bila berada di samping ayah dan Solehah rindu sesangat ketika ayah imamkan kami sekeluarga=')


Tiba-tiba
Soleha terbangun sebab kesejukan.. Argh,indah nya mimpi tadi.. Semasa Solehah ceritakan balik mimpi ni kat ibu pun Solehah nak nanggis..  Tapi setiap apa yang berlaku ada hikmah bukan.. Ia mengajar Solehah menjadi lebih sabar dan bersyukur dengan ujian Allah.. 

Susah itu tarbiah.Bila orang biasa susah ketika senang,insyaAllah dia senang ketika susah..

I miss you Ayah..

Keh la,nak pergi pergi dulu.. Klik link ni kalau nak baca  >Sajak untuk ayah<  oleh Solehah sendiri ye.. Jangan terkejut,haha.. Lagu khas untuk kita semua terutama arwah ayah Solehah.. Al-fatihah


Maaf kadang-kadang hati ini lemah tanpa bantuan mu Ya Allah.. Segala amanah terpikul di bahuku sebagai anak sulung,jadi mudahkan lah urusanku Ya Allah.. Terima kasih buat yang memberi sokongan.. 


16 2697 budak baik:

Woofer Storm said...

rindukan mereka yang pergi disertai dengan doa sekali..moga mereka bhgia sentiasa..sy rindukan mama sy,dah lama tak jumpa dia...tapi bgi sy,sy malas nak ingat balik benda ni,bukan tak syg mama,tapi sy sakit bila mengimbas kembali kenangan itu...

#apapun allah ada sentiasa..kan3??sabar ye solehah..

zubect said...

insyaAllah,moga2 dye ditempatkan dgn org2 yg soleh, sy faham perasaan awk, sy dah kehilangan kedua2 ibu bapa, awk kne kuat oke:)

Uchi kay-f @hmad said...

kakak la tahzan.......6-^

Arina Shamsul said...

Al-fatihah..

Ya allah menitis air mata kak baca entri kamu ni dik..kak sangat sedih..seolah2 kak dapat menyelami setiap apa yang kamu rasakan..betul2 sedih..:'(

Solehah nama yang sungguh indah,jadilah anak yang solehah ye dik :) anak yang sll mendoakan kesejahteraan ibu dan ayah.

ingat anak yang solehah akan menjadi penyejuk kubur ayah.jangan sesekali buat benda yang boleh buat ayah seksa di barzakh sana.ingat setiap dosa anak2 itu menjadi tanggungan ayah..

jangan pernah jemu untuk mendoakan kesejahteraan mereka ya sayang..

takmo sedih2 lagi tau..be strong ok?

ieda said...

semoga roh ayah dicucuri rahmat ..
tenang disana ..
salam kenal dik .. ;)

Chic Na said...

sedihnya. :( mmg nak nanges. sabar ye solehah, awk doa byk2 tau. tu je penyambung kpd arwah ayah solehah. Al-Fatihah..

@ deqla manjew said...

hurm... kita senasib.. akk pun dah kehilangan ayah hmpr 2 tahun...tarikh dah dekat2 dear.. ayh akk meninggal pd 7 sept 2010 iaitu 2 minggu seblm akk nk kawen..sedeh sgt..dan akk jgk penah mimpikan arwah ayh...Al-fatihah buat arwah ayah kita...

shar90 said...

insyaAllah Allah satukan kite dgn org2 yg kite sayang dialam kekal nanti... cume mase je belum tibe :)

Cik Nur said...

Al-fatehah buat arwah ayah solehah..!

sumpah,cik nur nangis.! sedihh.!
indah sungguh mimpi solehah tu kan..
rajin2 lawat pusara ayah ye, setiap kali tringatkan arwah, jgn lupa sedekahkan alfatehah..!

kuatkan semangat ye solehah..!

MamaEma said...

Al-Fatihah untuk arwah ayah solehah..


sayunya...

~Sweet Honesty~ said...

alahai...moga roh ayah ditempatkan di sisi roh2 yang beriman..amin..

Yasmin Aris II said...

jangan sesedih yee . senyum :)

etuza said...

Alfatihah. Sedih baca n3 adik solehah. Itukah ayah Solehah, seorang yang warak dan ikut sunnah nabi. Moga sejahtera dia di alam barzaq

أيمان كون said...

Ingatlah antara janji Allah adalah tentang tiga perkara yang tidak terhenti kebaikannya walaupun setelah antara ahli keluarga kita mati ialah doa anak yang soleh dan solehah.Doa doa anak yang soleh dan solehah senang dimakbul oleh Allah S.W.T dan ingat la janji Allah adalah benar :)..berdoa la selalu untuk Ayah solehah agar ditempatkan bersama dengan orang yang beriman.. insyaAllah :)..Allahu'alam

9n0L4 said...

Al fatihah buat arwah. hadiah terbaik. ;)

gdsbnga said...

be strong solehah ! yeah .

Animated Pink Pencil