Lihat kayu-kayan di hutan
berebut lepaskan pucuk
ingin dulu ke atas,
tanpa kasihan belas.
Lihat batu-batan di jalanan
kaku beku dan bungkam
tanpa ambil peduli
apa yang akan terjadi.
Lihat binatang di rimba
jadual hidupnya sama
hanya kerana makan
rela membunuh kawan
Namun kita adalah manusia
dikurnia hati dan pemikiran
diukir penuh kesempurnaan
demi kasih sayang TUHAN.
Kita bukan haiwan
pun bukan batu jalanan
atau kayu kayan di hutan
hidup biarlah bererti
ikutlah perintah ILAHI.
Credit: Buku 'Di Mana DIA Di Hatiku' karya Pahrol Mohd Juoi.. <Solehah tengah baca buku ni.. Best giler, terasa bercakap dengan diri sendiri,terasa di muhasabah.. Solehah taip balik sebab rasa sangat bermakna kata-kata di atas.. Jadi belajar lah dari alam and dengar lah lagu tu ye awak semua.
Sekian terima kasih,tata and Assalamualaikum..
comeynya budak ni.. Little penguin (^_^)
12 2697 budak baik:
tulah bezanya manusia dan makhluk lain, tapi hakikat hari ni, manusia lg teruk mcm takde akal.
suka nukilan kat atas tu..!
hidup mmg xbrmakna kalau kita tak mentaati Pencipta..
comelnyaaaa budak tu...
tu buku crite ke motivasi? btw, mmg kne ikut printah Allah :)
wahh..selamat membaca yee...
baguslah amalkan membaca bahan ilmiah ni.dengan membaca kita dapat tambah ilmu dan muhasabah untuk diri sendiri jadi lebih baik..
kak suka :)
pulanglah pada Tuhan~ cahaya kehdupan~ :)
hmm... kadang2 manusia xgune kelebihan tu utk kebaikkan... sayang kan :)
(^____^)suke3
minat y dengan penguin. bagus..nampak sopan ja penguin tu
suka entri awk ni..kita hidup cuma sekali jdi biarlah hidup penuh bererti..
Post a Comment