ر مضا ن



Assalamualaikum semua . Alhamdulillah hari ni dah masuk nya 1 Ramadhana yang sangat ditunggu oleh kita . Bulan untuk kita mengumpul pahala dan melipat gandakan amal ibadah .
Sebagaimana seorang penuntut ilmu sentiasa haus untuk mendapatkan ilmu . Maka seharusnya kita sebagai pendosa tanpa noktah merebut peluang keemasan untuk mengumpul pahalan berada di bulan mulia ni kan?

Ya lah, mana tahu ni ramadhan terakhir kita ? Allah sahaja yang Maha Mengetahui . Mati itu pasti sahabat . Moga sahaja kita semua meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah . Allahuma Amiin .

Just nak share pengalaman mimpi ceq beberapa hari lepas sebelum ramadhan menjelang yang buatkan rasa sangat tersentap .

Dalam mimpi tu diri nampak matahari dah terbit dari belah barat . Semua orang tengah kelam kabut . Tiba ada seorang hamba Allah ni datang kat ceq . Tahu dia kata apa ? " MASA KAU HAMPIR TIBA " . Terbangun terus  masa tu. Ya Allah . Masa kematian ku semakin menghampiri ke ? And start on that day, diri memang berharap sangat dapat sampai ke ramadhan dan dapat gunakan sebaiknya .

Alhamdulillah Allah bagi ceq peluang masih hidup :') . Bila ingat mimpi tu balik rasa diri meremang . Allah hu . Terima kasih atas ingatan buat diri yang leka .

Oh ya, buat sahabat, solehah dah uninstal wechat, facebook, twitter. Dah 4 hari dah dan masih bertahan T_T . Cuba untuk mujahadah nahi lagha . Moga diberi kekuataan oleh Allah . Sebab diri banyak leka lah dengan laman sosial ni . Whatsapp pun nak buang tapi semua inform kat situ, so tak leh ler . Tapi mula-mula tu rasa macam kosong gila phone . Hari ke 3 dah start biasakan diri . Sebab waliduna , syeikh Fuad pernah cakap kalau nak lawan hawa nafsu , salah satu caranya ialah kalau kita nak sangat makan roti canai, kita pi makan nasi lemak . Maksudnya cuba lawan, alihkan nafsu . Kita yang kene kawal nafsu tau , bukan nafsu yang kawal kita .

Ok, maybe kalau dah biasakan diri tak buka laman sosial ni, hanya akan bukak sekejap je sebab nak bukak kat internert kat HP memang payahlah .

Okayy , tu je lah , nak habaq dulu kat entry ni . Moga sahabat semua diredhai Allah dan semoga Ramadhan ini kita manfaatkan secukupnya . Bangun qiam , tadarus jangan lupa tau . In shaa Allah, doakan ceq juga untuk terus qowiy memperbaiki diri .

Eh jap sebelum lupa, tekan sini jap . Done ? hee, Alhamdulillah thanks ^^ May Allah bless all of you . Assalamualaikum . Fi hifzillah .
posted from Bloggeroid

Kopi pahit

Assalamualaikum semua . Okayy, so today just nak share satu kisah nasihat yang dapat dari sorang kawan . Deep to heart . So , selamat membaca . Muhasabah diri :)
---
Pak imam selesai mengimamkan solat. Lalu, dia duduk seketika di hadapan para makmum.
"Hari ini, tiada tazkirah...Cuma nak bertanya satu teka-teki."
Para makmum termasuk aku kehairanan. Dah buang tebiat ke pak imam ni? Aku menggosok-gosok jerawat di pipiku tanda curious tahap furious.
"Teka-tekinya berbunyi,
Dalam banyak-banyak kopi, kopi apa yang paling pahit?"
Jemaah tergelak. Ada yang menjawab,
Ni budak-budak duk sembang ni. Jawabnya KOPILIH DIA BUKAN AKU."
Pak imam tersenyum.
"Sipi-sipi. Tapi, tak tepat."
Aku pun menjegilkan mata pada pak imam.
" Dah tu, apa jawapannya?"
Jawapannya,
" Kopilih laman sosial untuk dibaca, bukan Al-Quran.
Kopilih untuk solat di rumah, bukan di masjid atau surau.
Kopilih untuk mengingat cinta dunia, bukan di hati ingat mati.
Kopilih untuk mengumpat mengata, bukan untuk berzikir dan istighfar.
Kopilih untuk menipu, bukan untuk menegakkan kebenaran.
Kopilih untuk membiarkan aurat dilihat, bukan untuk makin melindunginya dari dilihat.
Kopilih untuk glemer di dunia, bukan untuk terkenal di akhirat.
Kopilih untuk kaya dengan cara cepat, bukan untuk cari keberkatan rezeki yang halal.
Kopilih untuk hidup di bawah pemimpin zalim, bukan menaikkan pemimpin adil.
Kopilih budaya agama lain, bukan budaya agama Islam.
Kopilih untuk jatuhkan agama sendiri, bukan nak pertahankannya hingga ke titisan darah yang terakhir!"
Kami semua terkedu. Teka-teki pak imam memang pahit. Pahit sepahit-pahitnya. Pahit menusuk kalbu kami.
Aku terbeliak mata sekali lagi. Pak imam. Kau lejen suka melibas
---

Fi Hifzillah ^^




posted from Bloggeroid

Things need to make sure masa blogwalking

Assalamualaikum semua . Alhamdulillah blog dah meriah balik . Oh ya , kadang solehah lambat approve komen and balas kunjungan kat shoutbox sikit sebab sekarang nak blogwalking je dulu .

Okayy , solehah masa blogwalking , solehah perasaan ada kesilapan-kesilapan yang buat blogwalking korang tu sia-sia ? haa, sia-sia ? Camana lak tu ? Okay , so I make dis entry , supaya yang komen dekat shoutbox tu pastikan dulu a few things .

Sebab dulu solehah seronok berblogwalking , jelajah ke satu blog ke satu blog . Dah nak dekat berpuluh lah jugak . Then macam biasalah , tinggalkan link kat shoutbox . Pastu pelik sebab satu hari tu traffic langsung tak naik .

Rupa-rupanya salah link . Solehah tertinggal satu huruf . Tertulis link saranghaesolehah ke sranghaesolehah . Ye , walau tertinggal satu huruf , orang tak boleh detect . Kalau tertinggal blogspt pun tak tulis blogspot penuh pun sama gak . Make sure you link tu betul . 

Second , kan ada banyak jenis shoutbox sekarang kat cbox lah apalah . Contohnya kalau cbox kene letak kat link tu http:// then baru letak korang punya link . Kalau tak , tak boleh detect jugak . So, macamana nak make sure ? Lepas tekan shout tu , pastikan bila klik nama korang tu , terus link ke blog korang balik ke tak ? PENTING benda ni kalau tak sia-sia je korang jelajah . Letak http:// okay? 



Blogwalking ni sangat perlu supaya kita dapat tengok blog orang lain , amik inspirasi . Bila dah blogwalking , korang jadi reader pulak, komen lah kat entry  orang . Sebab macam solehah sendiri , sapa yang komen entri solehah , solehah konfirm akan baca entry dia balik . Bina reader yang setia dengan keep in touch with saling mengomen entry okay ?

So, I hope dis help. Bila hantar shout tu , check balik link korang . Macam kat shoutbox tu sapa yang link dia tak boleh tekan , camana solehah nak balas ? Haaa, tak ke dah rugi tu . Rugi beb rugi .
So, jadi lah blogger yang bijak yang berblogwalking sambil hati-hati . 

For new blogger , blogwalking ni bagus okay untuk kenalkan lagi blog tapi tapi kan ada beberapa bila solehah blogwalking solehah mesti mute kan suara kat laptop . Sebab kalau blogwalking mesti lah buka tabs blog banyak-banyak . Mati lah nak , kalau semua pakat pasang lagu .

Okay, tak salah pun , asalkan ada pause . Letak kat tempat yang senang untuk pause . Tapi memang sekarang kalau blogwalking solehah mute sebab lagu bercampur aduk oi . Dah malas nak tekan pause satu-satu . Dan pastikan blog korang tak terlalu berat . Simple pun tak pa okay ? Macam blog solehah yang simple mimple ni ^_^

Last , solehah ingatkan lagi CEK URL BLOG awak semua balik bila berblogwalking . Pastikan safelly linked . Okay , dah mari sambung berblogwaking . Tata . Fi hifzillah :)


Psst : Camana nak blogwalking ? Korang tekan je link-link blog tu yang join segmen ke yang ada kat shoutbox ke. Seronok  okay tengok blog orang dan baca kisah mereka :3
Animated Pink Pencil