8 syawal


Assalamualaikum semua . Fuh cepat je masa berlalu , last post pasal " dah separuh ramdhan ni ?" . Lahh ni, ramadhan dah habis dah. Sobsob. Sungguh merindui mu ramadhan . Moga kita sempat berjumpa lagi tahun depan . In shaa Allah , kalau panjang umur . 

Well, nak ucap selamat hari rayo pun hari ni dah 8 syawal . Adush . Maaf sangat . Kekangan masa dan raya kan , takkan nak raya dengan laptop semua ? Tu yang sepanjang cuti ni , tak siap lagi semua assigment and kerja yang bertimbun T_T

Okayy, ceq nak minta maaf kat semua blogger dan reader blog ni kalau ada terkasar bahasa . Mungkin ada tulisan yang menyinggung ke . Terkasar ke . Maaf sesangat . Dan ampunkan lah post lagha dulu kala tu eh . I will try to improve myself .

Maafkan okay ? Serious ni . Tak sanggup nak merangkak kat padang masyhar nanti . Sebab nanti kita akan dipertanggunjawabkan dengan apa yang kita tulis . So, yesss , asiff jiddan 

Taqaballahu minna wa minkum

Raya dalam hidup ceq selalu ada suprise . Sedih mahupun gembira . Cuma Alhamdulillah tahun ni semangat dia lain . Dia bukan nak raya je . Macam ada sesuatu kekutaan yang lahir . Alhamdulillah Allah cause save and guide me :)

Oh yaa , lepas naik cuti raya ni solehah ada exam UPS (Ujian Pertengahan Semesta ) kat matrik . Doakan ye rakan-rakan . Cuak weyhh . May Allah ease everything . Rabbi Yassir Wala Tuassir .

Last reminder , jangan pula dah habis ramdhan ni , kita jadi malas nak baca Quran semua balik . Tak nak lah . Moga ramdhan dah berjaya memberi tarbiyyah buat kita . Peringatan buat diri yang mula lah dah maleh . Ish, ish . Tu je lah nak habaq . Tata. Fi Hifzillah semua ;)

Eh, jap nak duit raya please ? Hahaa. Okayy lah ,kalau tak dapat duit raya , tekan lah >sini< jap okay ? Mekasihhh 

Dah separuh Ramadhan dah ?



Assalamualaikum semua . Alhamdulillah dah 18 ramadhan dah . Bagaimana dengan amal dan iman ? Tepuk dada tanya lah diri , tak kan lah aku nak sia-siakan peluang sekali lagi ? Serious lah beb? Macam tentu je hidup lagi kan sampai tahun depan . Ish , dia ni asyik cakap pasal mati je .  Ehem awak orang yang mengingati tu ialah orang yang berjaya sebenarnya sebab fikirkan masa hadapan . Ye lah, masa hadapan , masa kat akhirat nanti ^^

Okay, den tak nak cakap pasal fadhilat ramadhan sebab pernah post dulu . Tak pun korang boleh google . Tapi ada beberapa peringatan yang diri  rasa sangat perlu .

Ramadhan ? Okayy, bila sebut ramadhan apa sebenarnya yang terbayang di fikiran ? Bazar ? Baju raya *ek* ? Penat sebab nanti nak puasa ? Uishh . Atau pun dalam fikiran terfikir malam lailatul qadar? khatam al quran ? Atau dah set dah nak kumpul amal sebanyak mungkin ? Allah , tanya lah hati . Kau boleh tipu manusia, tapi kau tak kan boleh tipu Allah . Tak akan....

Selama ni den perati , dah tegur pun . Allah , banyak sungguh alasan diberi . Okayy, so ceq tulis entry ni, harap boleh lah ambil iktibar jugak sebab kalau terasa tu, bahagialah anda kerana masih punya iman . Tu mungkin sekadar teguran dari Allah .



Kadang kan kita tak sedar yang kita ni banyak sangat merungut bila ramadhan menjelang kan . Macam
" malas lah nak terawih "
" ni lemah ni puasa "

Nauzubillah, kita rasa susah kita rasa sangat payah . Kenapa ye macam tu ? Okay , masa tu ada satu tazkirah dari ustaz kat Matrik Melaka , dia habaq that

" Jangan banyak keluh kesah bulan ramadhan . Jangan macam kita tak redha dengan hukum Allah . Sebab kalau Allah tarik nyawa kita masa tu, kita mati dalam murka Allah sebab kita tak redha dengan ketetapan fardhu puasa "

Shentap masa tu . Nak ke mati dalam keadaan Allah murka dengan kita ? Nak ke ? ALLAH , ceq tak nak . Nak meninggal dalam keadaan husnul khatimah ... Nak sangat . Aamiin

Maka , jangan banyak sangat merungut . Allah tahu apa yang terbaik untuk kita . Kita marah bila orang bukan Islam kutuk agama kita tapi kita sendiri tak tunjukkan yang kita ni muslim yang baik pun kan ? Ye lah, suruh puasa pun rasa terbeban sangat .

Kalau ikutkan dulu masa zaman Rasulullah, ada perang lagi . Kita ni, kat Malaysia, ada ke perang macam Palestine , Syria dan sebagainya ? Tak kan . Nikmat tu tetap ada . Jangan lah kita ni tergolong dengan orang yang dapat istidraj . Istidraj ni apa pulak dah ?

Istidraj ni ialah bila Allah bagi nikmat lagi dan lagi tapi kita makin jauh dengan Allah . Kita bahagia di dunia tapi akhirat kita akan merana ? Fikir lah, mana yang kekal ? Hidup kat dunia ke akhirat ?

Lagipun ni lah bulan kita nak tingkatkan ibadah . Tapi rasa macam sangat pelik bila orang dia tak nak langsung terawih, solat pun tak . Sedih beb sedih .

Alasan paling selalu dengar lah kenapa pelajar tak gi terawih ialah " tak cukup masa , banyak assigment " . Okay, diri mengaku bukan pelajar cemerlang (not yet) tapi kan ustaz Najib , asatizah yang pernah ajar  kat As Sofa dulu pernah pesan :

" Biarlah belajar tu berkat walaupun sedikit "

In shaa Allah weyh, kau buat solat terawih, baca Al Quran lepas tu kau study , In shaa Allah berkat . Lagipun doa orang berpuasa kan makbul .

Belajar kerana Allah kan . Lilahitaala kan . Biarlah berkat belajar ni . Tajdid niat . Tanyalah iman aku belajar ni sebab apa ? Nak redha ke murka Allah ? Nak kejayaan dunia semata ke ?

Kenapa susah sangat nak terawih ? Kenapa bila nak hujung fasa ramadhan makin ramai yang lesap ? Kenapa banyak sangat alasan ? Nanti jawab lah dengan Allah macam tu . Kau rasa kau boleh ke jawab macam tu ?

" sebab tak da masa"

Semua orang Allah bagi 24 jam jugak . Yang penting masa yang kita guna seharian tu berkat . Ni yang cakap istidraj jugak . Bila belajar ilmu dunia hingga lupa akhirat . Makin jauh dengan Allah . Allah :(

Ingat tak ceq pernah tulis ada orang datang dekat mimpi then  cakap " masa kau dah tak lama " , masa tu memang doa sampaikan lah at least ke ramadhan ini . Jadi kalau  Allah dah beri kesempatan  ini , jadi kenapa nak sia-sia kan ?

Jadi, ceq mohon buat diri dan sahabat sekalian, masih ada peluang lagi ramadhan ini untuk dimaanfatkan . Rebutlah . Hidup ni tak lama . Apa guna hidup kat dunia 1000 tahun kalau Allah tak redha pun dengan kita sepanjang umur ? *lap air mata*

Okayy, jadi in conclusion, jangan banyak keluh kesah , turun terawih , rebut kumpul amal . Moga Allah redha . Kerana " ibadah itu adalah hiburan buat seorang mukmin " dear . Cukup Allah bagiku . Cukup Allah .

Fi hifzillah :)

Animated Pink Pencil