WW#35 Don't lose hope


Rintihan hati seorang hamba Allah

Erti Tawakal
Ya Allah..
dalam kembara ini KAU mengajarku erti tawakal
pada lambungan dan leturan awan
ada takut dan harap
ada cemas dan tenang

Ya Allah..
terlalu rapuh rupa-rupanya imanku pada-Mu
terlalu jauh penyerahanku pada-Mu
aku takut ya Allah..
di mana aku di sisi-Mu?

Ya Allah..
pimpinlah aku
didiklah aku
terimalah aku
sebagai hamba-Mu yang yakin
selalu menyerah kepada MU
dalam apa jua keadaan 
di mana jua kedudukan
yang kuharap hanya KAU
rahmat dan pembelaan-MU
kemudi hatiku kian longlai
pelayaran ini terlalu panjang
kembara seakan tak berhujung
aku lelah..

KAUlah yang Maha Gagah
pada kelemahan dan keletihan ini..
kupohon KAU pulihkan
berilah aku kekuataan..
untuk meneruskan perjalanan


Luahan hati ini diambil dari buku motivasi yang sama dengan >entry ini< dan ditaip semula oleh Solehah.. Suka sangat dengar suara zikir dari ustaz ini..Menyentuh kalbu betul.. Betul tak?

Jangan kejutkan ku dari mimpi ini,Ya Allah


Assalamualaikum and selamat sejahtera semua.. Tau tak sometimes Solehah rasa kata-kata di atas adalah sangat benar.. But sometimes tak bila dapat mimpi buruk =P.. Solehah nak kongsi satu mimpi solehah kat korang tapi sedih sikit kot sebab Solehah tulis entry ni pun nak nanggis.. # kalau nak feeling lebih,sila  tekan lagu kat bawah entry ni..

Dah lebih sebulan,Solehah tak mimpi arwah ayah. Rindu sangat.. Dan pada suatu malam, Solehah buat solat hajat supaya Allah temukan Ayah walau dalam mimpi sekalipun kerana terlalu rindukan ayah =').. Tapi malam tu Solehah tak mimpi Ayah. Jadi Solehah ambil keputusan untuk pergi kubur ayah keesokkan harinya.. 


Dah nak dekat 2 tahun ayaj meninggal since 24/7/2010 semasa Solehah ditingkatan 1


Seminggu lepas solat hajat tu, Solehah mimpi ayah.. Wah,Terasa bahagia sangat.. 


Tau tak yang mula-mula Solehah mimpi tu Solehah dengar ayah sedang mengaji.. Ya Allah,merdunya suara Ayah.. Pada waktu itu ayah sedang duduk di tempat yang ayah selalu mengaji.. Solehah duduk dengar je sambil kata dalam hati 'eh ni ayah kan?'.. Waktu mimpi kan gila sikit,Solehah siap cakap dalam hati 'Ayah kan dah meninggal? Ayah hidup balik ye?' tapi Solehah terus tersenyum sebab dengar suara ayah..


Lepas ayah siap ngaji,ayah ajak kitorang keluar.. Dah lama tak keluar jalan dengan ayah.. mestilah teruja nak pergi.. Solehah yang paling awal siap.. Ayah dah tunggu kitorang dekat sofa yang ayah selalu duduk =').. 


Jika benar ini mimpi,jangan kejutkan aku Ya Allah..


Tiba-tiba Soleha terus pergi peuk ayah sambil cium pipi ayah.. Solehah cakap yang "Kakak,rindu ayah.Jangan tinggalkan kakak lagi ye?".. Masa tu hanya Allah je yang tahu perasaan serta harapan Solehah..Rindunya dengan pelukan ayah..


 Waktu itu Solehah sangat  mengharap ia bukan sebuah mimpi. 

Ayah hanya tersenyum dan senyuman itu yang ku rindu.. Solehah tersenyum dan berkata 
" Yeah,lepas ni hidup kita akan jadi macam dulu balik,Ada nya PELINDUNG bagi keluarga ini,tiada sapa nak kacau ".. Solehah rindukan rasa selamat bila berada di samping ayah dan Solehah rindu sesangat ketika ayah imamkan kami sekeluarga=')


Tiba-tiba
Soleha terbangun sebab kesejukan.. Argh,indah nya mimpi tadi.. Semasa Solehah ceritakan balik mimpi ni kat ibu pun Solehah nak nanggis..  Tapi setiap apa yang berlaku ada hikmah bukan.. Ia mengajar Solehah menjadi lebih sabar dan bersyukur dengan ujian Allah.. 

Susah itu tarbiah.Bila orang biasa susah ketika senang,insyaAllah dia senang ketika susah..

I miss you Ayah..

Keh la,nak pergi pergi dulu.. Klik link ni kalau nak baca  >Sajak untuk ayah<  oleh Solehah sendiri ye.. Jangan terkejut,haha.. Lagu khas untuk kita semua terutama arwah ayah Solehah.. Al-fatihah


Maaf kadang-kadang hati ini lemah tanpa bantuan mu Ya Allah.. Segala amanah terpikul di bahuku sebagai anak sulung,jadi mudahkan lah urusanku Ya Allah.. Terima kasih buat yang memberi sokongan.. 


Animated Pink Pencil