Tengah kira-kira bajet untuk ...


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Psst,hari ni Solehah nak kongsi satu rahsia khas untuk pembaca dan follower blog ni.. Tapi tak da lah besar sangat  rahsia tu macam kes skandal-skandal tu.. Ops,back to the topic.. Sebenarnya Solehah tengah kira-kira bajet ni  untuk mencapai impian Solehah..

Korang agak-agak apa? Jawapan nya ada kat photo entry atas ni.. Ya,tepat sekali. Ia berkaitan dengan kamera.. Ke ada yang tak nampak lagi? Kalau tak zoom sendiri =P.. Kamera. Itu lah yang menjadi idaman kalbu selama nak dekat 1 tahun setengah..


Ada sesetengah orang,dia mintak terus dapat kan? Nak kamera besar ke kecik ke semua boleh.. Tapi Solehah tak termasuk dalam golongan itu.. Solehah ada lah sendeng-sendeng kat ibu tapi i already know the answer..Saje je mengedik  kat ibu mana tahu tiba-tiba Allah buka kan hati ibu untuk beli kamera untuk saya.. Haha, (^_^)

Saya tak kisah sangat ibu tak beli sebab saya tak menyusahkan ibu.. Lagi satu saya NAK BERDIKARI.. Sebab bagi saya kalau kita guna duit kita sendiri untuk beli apa yang kita idamkan,kita akan jadi lebih menghargai barang tersebut..

Jadi di sini saya ingin bentangkan " Bajet Untuk Beli Kamera Idaman Kalbu 2012",sila baca dengan nada serius.. key,fine,nada Dato Najib bagi ucapan pun boleh lah..


Sebenarnya Solehah tak dalah nak beli kamera yang beribu-ribu tu tapi kamera atas ni pun cukuplah. Tadi google,kamera ni baru Rm 750 ke bawah.. Murahnya tapi tak suka beli online lah.. Hari itu pergi servey kat mydin adalah kamera nak dekat sama macam ni harganya dalam Rm 850..  Jadi Solehah target untuk beli kamera itu..

Selama dekat 2 tahun adalah kumpul sikit sampai dah jadi Rm 300.. Fuh,banyak lagi nak sampai sasaran tu.. Tapi tiada yang mustahil.. Akan diperkuat ganda kan usaha dengan cuba save duit sekolah dengan puasa ke atau apa-apa je lah.. Demi kamera*sila baca dengan nada terharu sambil gengam tangan kata saya boleh*

Jadi bajet dah ada Rm 300.. Nak sampai sasaran lagi Rm 500.. Psst,harap nanti dia buat promosi ke atau apa je lah yang buat harga dia turun.. *Amin


Just love photography very much.. Sebenarnya ada sejarah di sebalik Solehah dan Kamera tapi nanti kalau rajin Solehah taip lah ye? Just love Photographi Very much..

#korang sekarang ni adakan simpan Bajet untuk beli apa-apa?Share lah dekat kotak komen bawah tu..

6 2697 budak baik:

Liyana Anuar said...

bagus2..lebih baik nerusaha sendiri...bari kita tau susah senang mak ayah kita tu.huhu~~ :)


saya tgh kumpul duit nak wat kenduri kawin..beribu tu nak kena simpan~~~

Unknown said...

insyaAllah awk pasti dpt beli kamera tu.. amin.. :)

~Cik Sweety~ said...

dh dpt nnti bole la jdi potograper smbilan..(^_^)

Arina Shamsul said...

alololo..sedih pulak kak baca entri ni dik :'( takpe dear disiplinkan diri untuk dapatkan apa yg diimpikan ye :)

doakan solehah cepat2 dapat kamera idaman :)

Chic Na said...

raya xlama dah, nnti kumpul duit raya byk2. bleh tambah bajet. huhu.. bagusla usaha sndiri. Insyaalah, dptla tu nanti. :)

9n0L4 said...

nak beli iPAd! hee. ;)

Animated Pink Pencil